Tiga Puluh Lima [ 35 ]

3.8K 285 5
                                    

Suga berdiri sambil meliarkan pandangan mencari seseorang. Suasana di taman ini agak lengang. Sesekali Suga mengerling jam di skrin telefonnya yang sudah menunjukkan pukul 9:25 pagi . ' Huh. Janji pukul 9. Dah lebih 20 minit aku tunggu. ' kata hati Suga sebel.

" Oppa. " panggil satu suara. Suga melepaskan nafas mendengar suara tersebut. Raut wajah Jun Ha dipandang. " Kita duduk dulu. " ajak Jun Ha. Suga hanya patuh. " Ada masalah apa-apa ke Jun Ha? " tanya Suga hanya beriak biasa. " Erm...malam semalam yang dengan oppa tu Soo Mi ke? " tanya Jun Ha.

Suga terkedu. " Ya. Soo Mi. " balas Suga tenang. " Oppa dengan Soo Mi takde apa-apa hubungan kan? " tanya Jun Ha. " Oppa dah lama tak luangkan masa dengan Jun Ha. Jun Ha pun sibuk dengan ahli kelab sorak. Sekarang ni Jun Ha dah tak sibuk. Jom kita keluar malam ni. " ujar Jun Ha lalu tangannya menyentuh tangan Suga.

Suga menepis perlahan. " Tak boleh kut. " balas Suga. " Erm...takpe . Kita pergi esok? " ujar Jun Ha tidak berputus asa. Dia tidak boleh kalah dengan Soo Mi yang lebih banyak meluangkan masa dengan Suga sekarang. " Jun Ha..." panggil Suga. " Nae? " balas Jun Ha. " Apa kata kita putus? " kata Suga.

Skip~

' Kenapa Yoongi jumpa Jun Ha unnie? ' desis hati Soo Mi. Kakinya melangkah pulang sebaik sahaja dia melihat kelibat Jun Ha berjalan ke arah Suga di taman. Niatnya ingin mengikut Suga sebaik sahaja melihat Suga keluar dari rumah . Tapi tidak menyangka Suga ingin bertemu dengan seseorang.

Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Jun Ha yang cantik. Tangannya dimasukkan ke dalam poket sweater kesayangannya. Tiba-tiba ada sebuah van berhenti di hadapannya lalu dia ditarik masuk ke dalam van tersebut sebelum dibawa pergi.

[ 9:00 malam ]

Suga memandang sekitar kafe setelah selesai membuat air yang dipesan pelanggan tadi. ' Mana Soo Mi? ' desis hati Suga risau. Tingkah lakunya pada malam ini serba tidak kena. Bimbang dengan isterinya. " Hyung. Soo Mi ke mana sebenarnya? " tanya Jungkook. " Entah la. Hyung pun tak tahu. Dah la dia takde telefon. " balas Suga. Terselit nada risau di hujung ayat.

" Takpe. Hyung try tanya ahli kelab dia. Mana tau dia ada dengan salah seorang ahli kelab dia. " kata Jin. Suga hanya mengangguk. ' Sayang...jangan buat jagi risau macam ni. ' rintih hati Suga risau. Tiba-tiba cawan kafe yang dipegangnya terjatuh ke lantai menyebabkan cawan tersebut pecah berderai.

Suga mula tidak sedap hati. " Hyung! Hyung okay tak?! " soal Jimin cemas. Tangan Suga terkena air panas menyebabkan tangan Suga yang putih pucat menjadi merah. Namjoon segera menarik tangan Suga untuk dialirkan di bawah air paip supaya melecurnya kurang.

[ 2 Hari Kemudian ]

Suga berlari ke arah kelas 5 Sains 2 dengan perasaan tidak sabar. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Pelajar-pelajar yang melihat Suga berlari dengan senyuman berasa agak pelik dengan senior mereka itu. Tambahan pula itu bangunan tingkatan 5 dan bukannya tingkatan 6.

" Hye Rin! Han Bin! " panggil Suga teruja apabila melihat mereka berdua berbual di luar kelas. " Eo? Sunbae-nim! Waeyo? " soal Hye Rin. " Soo Mi mana? " tanya Suga tidak sabar. Disebabkan Hye Rin yang agak terkedu dan lambat menjawab soalannya , dia pantas memasuki kelas mereka dan terkejut apabila tidak ada bayang Soo Mi.

" Kenapa sunbae tanya Hye Rin pasal Soo Mi? " tanya Han Bin pada Suga yang masih terkedu. " Mesej ni mengatakan Soo Mi ada dengan Hye Rin selama 2 hari. " kata Suga lalu menunjukkan telefonnya.

Jagi...sayang ada di rumah Hye Rin selama dua hari tau. Sayang jagi.

" Tapi sunbae-nim...Soo Mi takde datang rumah saya pun. " kata Hye Rin menambah kerutan di dahi Suga. " Arasseo. " balas Suga lemah sebelum berjalan keluar dari kelas mereka. Hatinya hampa.' Huh...terpaksa la jumpa si Woozi tu. ' kata hati Suga sambil berjalan ke kelas 4 Sains 4.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now