Tiga Puluh Tujuh [ 37 ]

3.5K 276 18
                                    

Setahun kemudian...

Suga mengenggam erat tangan isterinya yang berada di riba. Sesekali tangan isterinya yang sejuk di bawa ke bibirnya. Soo Mi hanya tersenyum kecil. Dia tahu Suga risau dan berdebar. Soo Mi mengalihkan pandangan pada bangku di sebelahnya yang dihuni oleh Jin, Namjoon, Jimin, Jhope, Taehyung dan Jungkook.

Mereka juga kelihatan berdebar tapi teruja. " Soo Mi okay ke nanti? " soal Jin. Raut wajahnya jelas terpamer riak risau. Semua mata memandangnya menagih jawapan. " Jangan risau. Soo Mi akan okay. " balas Soo Mi tersenyum. Hakikatnya, perasaan dia juga bercampur baur ketika ini.

" Busan ke Seoul . Busan ke Seoul. Kereta api akan tiba dalam beberapa minit. Sila berdiri di belakang garisan merah bagi tujuan keselamatan. "

Mereka mula berdiri dan bergerak ke belakang garisan merah. " Saeng~ Jaga diri! " ucap Jhope dan Jimin. " Jaga diri, kesihatan dan makan. " ujar Namjoon. " Kalau ada apa-apa masalah, telefon kami. " kata Jungkook. Taehyung mengiakan. " Jangan risau pasal Yoongi. Kami akan jaga dia. Soo Mi jaga diri. " ucap Jin tersenyum.

Mereka bertujuh berpelukan sementara Suga hanya memerhati. Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri dan tidak sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Setelah mereka berpelukan, Jin dan yang lain mula memasuki kereta api. Soo Mi mengalihkan pandangan pada Suga.

" Jagi.... " panggil Soo Mi. Suga menarik Soo Mi ke dalam pelukan. " Jagi jaga diri. Jangan risau. Soo Mi okay. " kata Soo Mi cuba menyedapkan hati Suga. " Janji sayang jaga diri? " ucap Suga. Soo Mi hanya menganggukkan kepala.

" Jagi janji uji bakat ni sekejap je dan jagi akan balik. " ujar Suga sambil merenung mata Soo Mi. Soo Mi mengangguk kepala sambil tersenyum. Suga menghadiahkan sebuah ciuman lembut di dahi Soo Mi. Lama. Mungkin berat hati meninggalkan isterinya.

Suga masuk ke dalam kereta api dan melihat Soo Mi melalui tingkap. Sebaik sahaja kereta api bergerak, Suga melambai tangan begitu juga mereka yang lain. Soo Mi membalas lambaian tersebut sambil kakinya mengikut kereta api yang mula bergerak namun langkah terhenti apabila sampai di penghujung platform dan kereta api sudah bergerak jauh.

Soo Mi berjalan keluar dari stesen kereta api dan mencari teksi untuk pulang. Kepalanya terasa sakit dan berdenyut memaksa Soo Mi untuk duduk di sebuah bangku. Belum sempat dia duduk, pandangannya mula kelam dan dia jatuh tidak sedarkan diri.

[ Hospital ]

Soo Mi membuka mata perlahan-lahan dan cuba mengingati apa yang telah berlaku. " Baguslah. Dia dah sedar. " ucap doktor yang berkot putih. Seorang perempuan yang turut memandangnya hanya tersenyum lega. " Macam mana keadaan dia , doktor? " tanya perempuan tersebut.

" Dia disahkan mengandung 2 minggu. Jadi badannya terasa lemah. Dia perlu berhati-hati selepas ini kerana buat masa ini, kandungannya belum kuat. " balas doktor tersebut sebelum berlalu pergi setelah meninggalkan beberapa pesanan pada perempuan tadi. Perempuan tersebut mula mendekatkan diri pada Soo Mi yang berada di atas katil.

" Erm...boleh unnie tanya. Kandungan ni anak siapa? " tanya Ji Hyo berhati-hati. Dia risau sekiranya Soo Mi mengandung anak yang tidak sah dan mula melakukan sesuatu perkara yang merbahaya untuk gugurkan kandungan itu. " Kandungan ni...anak Yoongi. Suami saya. " balas Soo Mi tersenyum kecil sambil mengusap perutnya yang belum menampakkan bentuk.

Ji Hyo tersenyum lega. Tangannya naik mengusap kepala Soo Mi. Entah kenapa baru pertama kali melihat wajah polos Soo Mi, hatinya sudah jatuh sayang. " Nama unnie apa? " tanya Soo Mi. " Ji Hyo. Song Ji Hyo. " balas Ji Hyo lalu tersenyum. " Nama saya Soo Mi. Han Soo Mi. " ujar Soo Mi.

" Jadi...mana suami Soo Mi? Kerja ke? " tanya Ji Hyo. Soo Mi menundukkan kepala. " Erm...dia baru je pergi dari sini. " jawab Soo Mi. " Bwo?! Pergi dari sini?!! " Ji Hyo terjerit kecil. " Ani. Dia bukan larikan diri. Dia dan adik-beradiknya pergi uji bakat nyanyian sebuah syarikat. " ujar Soo Mi. Ji Hyo mengangguk faham. " Jom kita balik rumah unnie. " ajak Ji Hyo lalu membantu memapah Soo Mi.

Selepas beberapa minit Ji Hyo memandu, akhirnya kereta berhenti di hadapan sebuah rumah banglo yang agak besar. Sama macam rumah tujuh beradik itu. " Unnie tinggal sini? " tanya Soo Mi. Ji Hyo menganggukkan kepala. " Sebelah tu rumah Soo Mi. " ujar Soo Mi. " Tapi kenapa tak pernah nampak unnie? " sambung Soo Mi.

" Family unnie baru je pindah. Lagipun appa dengan eomma unnie jarang balik sebab ada urusan kat China. Sekarang baru boleh tinggal menetap lama kat sini. " cerita Ji Hyo. Terangguk-angguk kepala Soo Mi mendengar cerita tersebut. " Eomma. Appa. Eun Woo-ah! " panggil Ji Hyo sambil membuka pintu rumah dan menjemput Soo Mi masuk.

" Eung...Ji Hyo-ah. Bila sampai? " tanya En. Song mesra sambil memeluk anak perempuannya. Pn. Song turut melakukan perkara yang sama. " Noona!!! " jerit Eun Woo dari tingkat atas sebelum memeluk kakaknya. " Eomma, appa, Eun Woo...ni Soo Mi. " kata Ji Hyo lalu menarik Soo Mi untuk berdiri di sebelahnya.

" Eo? Ni noona yang sebelah rumah tu kan? " soal Eun Woo. Soo Mi tersenyum lalu menganggukkan kepala. " Kami selalu nampak Soo Mi. Tapi tak berkesempatan nak menegur. Dapat juga jumpa akhirnya. " ucap Pn. Song mesra. En. Song mengangguk setuju. Mereka berbual-bual sambil Ji Hyo menceritakan bagaimana dia berjumpa Soo Mi sehinggalah tentang kandungan Soo Mi.

4 bulan kemudian...

Soo Mi bermundar-mandir di platform kereta api sambil matanya memandang papan tanda tentang ketibaan kereta api dari Seoul. Telefon di tangannya digenggam erat. Mesej dari Suga dibaca berulang-ulang kali.

" Sayang...jagi akan balik hari ini. Tunggu jagi di stesen kereta api. Miss u so much. "

Matanya tidak berhenti mencari kereta api yang hampir tiba. Sebaik sahaja mendengar pengumuman kereta api dari Seoul, Soo Mi segera menunggu di hadapan pintu keluar kereta api. Namun hatinya hampa apabila tidak ada pun kelibat lelaki yang dirinduinya. Icon mesej ditekan dan sebuah mesej yang baru masuk dibuka.

" Sayang...jagi minta maaf. Jagi tak dapat balik. Jaga diri. Arasseo? Annyeong. "

Soo Mi mencari bangku kosong sebelum melepaskan sebuah keluhan. Hatinya meronta-ronta ingin memarahi Suga namun dia harus faham tanggungjawab Suga ketika ini. Jarinya laju menekan papan kekunci dan mesej yang mengatakan dia tidak apa-apa dihantar sebelum tangannya mengusap perut yang sudah mula menampakkan bentuk.

' Anak eomma...mianhae. Appa tak balik lagi. ' kata hati Soo Mi sedih. " Noona. " panggil satu suara. Soo Mi mengangkat kepala memandang gerangan yang memanggilnya. " Noona okay? " tanya Eun Woo bimbang melihat air mata yang bertakung di pelepuk mata Soo Mi. Soo Mi mengangguk lemah.

Eun Woo membantu Soo Mi untuk bangun dan beredar dari situ. Suga yang berada di sebalik tiang terpaku melihat adegan itu. ' Kau curang! ' jerit hati Suga. Tambahan pula melihat perut yang sedikit berubah bentuk. Adakah Soo Mi mengandung? Adakah itu anak Soo Mi dan lelaki itu?

Skip~

" Eun Woo...jaga eomma, appa dan Soo Mi tau! " pesan Ji Hyo sambil memasukkan bagasinya ke dalam kereta. Eun Woo mengangguk kepala sebelum tersenyum. " Noona pun jaga diri! " pesan Eun Woo. " Mana Soo Mi? " tanya Ji Hyo. " Rasanya dalam rumah kut. " jawab Pn. Song.

" Unnie. " panggil Soo Mi. " Eung? " balas Ji Hyo. Semua mata memandang ke arah Soo Mi menanti kata-kata yang ingin dikeluarkan olehnya. " Boleh Soo Mi ikut unnie ke Seoul? " tanya Soo Mi nekad. " Andwae. Siapa yang nak uruskan anak Soo Mi? Kalau kat sini...eomma boleh tolong. " bangkang Pn. Song.

Wajah Soo Mi bertukar muram namun matanya amat mengharap persetujuan Ji Hyo. " Boleh. Soo Mi pergi kemas barang. " ujar Ji Hyo membuatkan Soo Mi tersenyum gembira dan berlalu untuk mengemas barang. " Ji Hyo-ah..." tegur Pn. Song. Wajahnya jelas tidak puas hati dengan keputusan anak perempuannya.

" Eomma...kalau Soo Mi pergi Seoul, dia mungkin dapat jumpa suaminya balik. Takpe eomma...nanti Ji Hyo akan belikan tiket flight kalau eomma nak datang Seoul untuk tengok Soo Mi. Ji Hyo akan jaga dia. " kata Ji Hyo menyedapkan hati eommanya. Akhirnya Pn. Song mengangguk pasrah.




To Be Continued...

Abaikan kesalahan ejaan. 🙆
Maaf sebab cerita dah makin mengarut. 😆

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now