Suga tekun menghadap komputer riba di meja kerjanya. Jun Hae datang mendekati dengan senyuman dan di tangannya terdapat secawan air. Suga mula mengeluh melihat kelibat Jun Hae yang datang mendekati. " Hai Suga~ " sapa Jun Hae dengan nada lembut dan suara yang sengaja dilunakkan.
" Ni...saya ada bawakan air. Minumlah. Mesti penat. " kata Jun Hae lalu meletakkan cawan yang dipegangnya ke atas meja. Tangan Jun Hae naik memegang bahu Suga lalu cuba mengurut bahunya. Suga mula tidak selesa lalu tangan Jun Hae yang berada di bahu cuba ditepisnya. " Jun Hae...stop it. " marah Suga tertahan.
" Why Suga? Kenapa tolak saya? " soal Jun Hae dengan nada sedih. " Kita hanya rakan sekerja. Tolong. Be professional. " kata Suga tegas dengan pandangan dingin. Jun Hae merengus kasar. " Bukan ke dulu awak terkejar-kejar kan saya? Bukan ke dulu awak suka saya? " soal Jun Hae tidak mahu mengalah. Pandangan Suga mula tajam menikam.
" Itu dulu. Masa sekolah rendah. Masa aku tak matang. Masa aku tak kenal apa itu cinta. Masa aku suka-suka. Masa kau senior aku di sekolah. SEMUA TU HANYA MASA AKU SEKOLAH RENDAH. " tegas Suga geram. Suaranya bertukar menjadi kasar. Jun Hae menghentak meja dan berlalu pergi.
Suga hanya menggeleng dan meneruskan kerja. Disebabkan tekaknya yang terasa haus, dicapai jua air yang diberi Jun Hae. Dia tidak berasa ragu-ragu kerana air itu dibeli di kafe bawah kerana cawannya yang berlabel nama kedai. Jun Hae yang melihat dari jauh hanya tersenyum sinis.
Dia memandang sekeliling pejabat yang sunyi dan tidak berpenghuni. Seketika cuma, dia dapat melihat Suga sudah terlentok di atas meja. Telefonnya dikeluarkan dan nombor seseorang didail. " Kau datang sekarang. " arah Jun Hae sebelum mematikan panggilan dan tersenyum jahat. Rancangannya berjaya.
~~~~~
Suga cuba melawan cahaya yang mencucuk-cucuk matanya sebelum pandangannya diliarkan ke sekeliling bilik yang gelap dan hanya diterangi dengan sebuah mentol. Itu pun cukup menerangi tempat dia berada ketika ini. Kepalanya berasa sakit ketika ini. Matanya tertancap pada tangan dan kakinya yang terikat.
' Aku kat mana ni? ' desis hati Suga resah dan pandangannya diliarkan ke sekitar bilik sekali lagi. Pandangannya berakhir pada pintu bilik yang sudah terbuka dan kelibat seseorang berada di muka pintu. Namun dia sukar mengecam siapa orang tersebut. " Kau siapa?! Aku kat mana ni?! " bentak Suga kasar.
Kelibat itu semakin menghampirinya dan mukanya jelas kelihatan apabila berada di hadapan Suga yang duduk di bawah cahaya lampu. " Lama gak kau pengsan kan? Hampir satu hari setengah kau pengsan. Kuat betul ubat tidur aku bagi tu. Hahaha. " kata Jun Hae sebelum ketawa jahat.
Terbeliak mata Suga apabila orang yang berada di hadapannya ini ialah Jun Hae? Dia yang buat semua ni? " Kau nak buat apa dengan aku ni hah?! " soal Suga kasar. Tangannya cuba dilepaskan dari ikatan namun sukar kerana ikatannya terlalu ketat. " Diamlah! Aku tak suka kau jerit! Kau fikir suara kau dah cukup sedap huh?! " tengking Jun Hae kasar.
" Jangan risau. Aku takkan buat apa-apa pada kau. " balas Jun Hae tenang sebelum tersenyum jahat. " Kau nak apa daripada aku?! Aku tak nak kau la. Aku dah ada isteri!!! " bentak Suga meronta-ronta untuk terlepas dari ikatan. " Jim. Kau pegang dia. " arah Jun Hae pada seorang lelaki yang agak tegap.
Jun Hae menampar pipi Suga kuat. Walaupun tidaklah berapa kuat bagi lelaki tapi cukup membuatkan pipi Suga menjadi merah. " Kau ni pabo la! Aku suka kau?! Hahahaha. " balas Jun Hae dan ketawa jahat. Jim turut menarik senyuman sinis. " Kau perlu tahu...semua ni bukan sebab aku suka kau. Aku suka kau? Kau ni cukup hot ke? Pergi balik kampung perah santan la der. " ujar Jun Hae sinis.
Suga mengerut dahi. ' Dia ni buat lawak ke macam mana? ' kata hati Suga pelik. Jun Hae mengeluarkan telefon dan menekan sesuatu sebelum skrin telefon ditunjukkan pada Suga. Suga tergamam dan matanya membulat apabila Jun Hae menunjukkan beberapa gambar lain. " KAU NAK BUAT APA DENGAN DIA HUH?! JANGAN BERANI SENTUH DIA! " bentak Suga semakin mengganas.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...