Tiga Puluh Tiga [ 33 ]

4.1K 341 41
                                    

" Hah?! "

Soo Mi agak terkejut. Dia tidak faham apakah maksud di sebalik ayat itu. " Aku nak kau jadi isteri aku yang sebenar. Bukan hanya di atas borang perkahwinan yang kau tandatangan dulu. " ujar Suga sekali lagi. Kedua-dua tangan Soo Mi ditarik dan digenggam lembut.

" Aku nak kau layan aku macam suami. Jaga makan minum aku. Jaga pakaian aku. Macam isteri sebenar. " sambung Suga. " Tapi...." ayat Soo Mi tergantung. Malu dan takut untuk menyambung apa yang difikirnya. Suga menarik senyuman. " Jangan risau. Kau takkan mengandung selagi tak bersedia. " kata-kata Suga membuat Soo Mi menarik nafas lega.

Namun seketika cuma, Soo Mi menundukkan wajah apabila terasa pipinya panas. Suga tertawa kecil. Entah kenapa hatinya terasa lapang ketika ini. Melihat senyuman malu menghiasi wajah Soo Mi bagai mencuit hatinya untuk turut tersenyum.

" Hah!!!! Buat apa tu!!! "

Sergahan Jhope dan Jimin membuatkan Soo Mi menarik tangannya daripada terus digenggam Suga. Soo Mi segera mengangkat dulang untuk dibawa turun dengan niat untuk melarikan diri. " Kau orang ni sibuk la! " rungut Suga tak puas hati.

Jhope dan Jimin tersengih. " Jangan buat aksi terlarang hyung. Kecut perut author yang menaip. " kata Jimin. " Mana kau kenal author? " tanya Jhope. " Scandal jimin. " ujar Jimin sebelum tersengih. " Jangan buat lawak. Sekarang blah sana. Hyung nak rehat. " halau Suga. Jimin dan Jhope akhirnya berlalu pergi setelah menutup pintu.

Skip~

" Nanti...kita akan adakan spot check . Bagitau kat pengawas lain ya. " kata Soo Mi pada Woozi yang berjalan di sebelahnya. Juniornya ini kecil dan comel sahaja. Sudah dianggap seperti adiknya. Woozi juga ialah kawan kepada Mingyu dan Hoshi. " Baiklah sunbae-nim. Sunbae nak pergi rehat ke? " tanya Woozi.

" Yep. Kenapa? " tanya Soo Mi kembali. " Nak join dengan Woozi? Jeonghan kata dah lama tak jumpa sunbae. " balas Woozi. Soo Mi tertawa kecil. Dia dan Hye Rin suka melihat rambut Jeonghan yang lembut dan mukanya yang flawless mengalahkan perempuan.

Belum sempat Soo Mi menjawab pelawaan Woozi, namanya dipanggil. Serta-merta Soo Mi dan Woozi memandang ke belakang serentak. Kelihatan Suga sedang berjalan ke arahnya. Ya. Kaki Suga sudah sembuh sepenuhnya. Berkat urutan Soo Mi pada setiap malam dan usaha Suga untuk sembuh, akhirnya ia sembuh.

" Annyeong sunbae-nim " tegur Woozi. Suga melemparkan sebuah senyuman. " Woozi, boleh sunbae amik Soo Mi? " tanya Suga sekadar berbasi-basi. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik Soo Mi pergi. " Boleh. Jumpa nanti sunbae. " kata Woozi sebelum berlalu pergi.

Suga menarik tangan Soo Mi memaksa Soo Mi mengikut langkahnya. " Nak bawa pergi mana ni? " tanya Soo Mi. " Sakitlah..." rintih Soo Mi apabila tangannya digenggam kuat oleh Suga. Tangannya dilepaskan sebaik sahaja dia dan Suga berada di dalam bilik khas untuk ketua pelajar.

" Kenapa buat macam tu depan Woozi? Soo Mi baru je nak rehat dengan dia. Boleh jumpa Jeonghan. " bebel Soo Mi sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi. Raut wajahnya jelas tidak puas hati. Begitu juga Suga. " Salah ke? Yoongi pun nak rehat dengan Soo Mi! " lawan Suga.

" Balik nanti kan jumpa. " rungut Soo Mi. Suga memuncungkan mulut. " Nak bermanja pun tak boleh. " rungut Suga perlahan. " Aigooo...awak bukan budak-budak okay. " kata Soo Mi lalu mencubit pipi Suga. " But I'm your husband. Jadi penting okay . " lawan Suga. Soo Mi menggelengkan kepala.

Sudah hampir sebulan lebih Suga berperangai sebegini. Pening kepala Soo Mi. " Dah. Pergi rehat sana. Soo Mi ada banyak kerja. " halau Soo Mi. Raut Suga jelas tidak puas hati . " Rehat dengan Woozi nak je. Rehat dengan aku tak nak. " Suga bermonolog sendirian sebelum keluar dari bilik tersebut.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now