Suga menekan nombor di kod kekunci rumah sebelum masuk ke dalam rumah dengan mata yang hampir tertutup kerana penat yang dirasai. " Gelapnya. " kata Suga perlahan lebih kepada diri sendiri. Namun matanya tertancap pada satu cahaya yang datang dari ruang tamu. ' Takkan tak tidur lagi? ' desis hati Suga pelik.
Sebaik sahaja Suga berada di ruang tamu, senyumannya terukir apabila melihat Soo Mi yang sudah tidur di atas sofa. Suga menutup televisyen sebelum bergerak mendekati sofa. Wajah polos dan tenang Soo Mi ketika tidur menggigit-gigit tangkai hatinya untuk terus menatap wajah itu. Sebuah ciuman kasih dihadiahkan di dahi Soo Mi.
" Appa..."
Suga mengalihkan pandangan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menghadapnya sambil memejam mata. Di tangan kanak-kanak lelaki tersebut terdapat patung beruang Kumamon. " Yunho..." panggil Suga perlahan supaya Soo Mi tidak terjaga. " Kenapa tak tidur lagi? " tanya Suga sambil berjalan ke arah Yunho.
" Nak appa tidurkan...." balas Yunho mamai. Suga tersenyun sebelum mendukung Yunho untuk naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja sampai di bilik Yunho, Suga membaringkan anaknya lalu gebar ditarik menyelimuti badan Yunho. Suga turut berbaring di sebelah Yunho. Badan Yunho ditepuk lembut dan perlahan untuk mendodoikannya.
" Yunho...sayang appa. " ucap Yunho sebelum matanya mula terkatup rapat. " Appa pun sayang Yunho. " balas Suga sebelum mencium dahi Yunho. Suga bangkit dari katil dan berjalan keluar dari bilik Yunho selepas menutup suis lampu. Kakinya berjalan turun dari tangga dan menghala ke ruang tamu.
Tubuh Soo Mi diangkat lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Suga membaringkan Soo Mi lalu menarik gebar menyelimuti tubuh Soo Mi. " Tidur ya sayang... Sweet dream. " ucap Suga lalu mencium dahi Soo Mi lembut. Dia berlalu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Soo Mi pantang apabila Suga pulang dari kerja tidak membersihkan diri dahulu sebelum tidur. Demi isteri tersayang, dia ikutkan jua walaupun matanya seakan tidak boleh dibuka lagi.
[ 7:00 a.m. ]
Soo Mi terjaga dari tidurnya dan matanya memandang sekeliling bilik. ' Aku kat bilik? Bukan aku tidur kat ruang tamu ke malam tadi? ' desis hati Soo Mi sebelum cuba bangun dari katil namun pergerakannya terkunci. Soo Mi memandang tangan yang erat memeluk pinggangnya. Badannya dipusingkan menghadap Suga yang sedang tidur nyenyak.
Wajah Suga yang tenang ketika tidur namun masih terlukis garis-garis kepenatan di wajahnya diusap lembut oleh Soo Mi. Soo Mi meleraikan tangan Suga di pinggangnya lalu bergerak keluar dari bilik untuk menjenguk Yunho. " Yunho..." panggil Soo Mi sebaik sahaja pintu bilik ditolak.
" Eomma..." panggil Yunho yang baru sahaja bangun sambil menggosok-gosok matanya. Tangannya didepakan minta didukung oleh Soo Mi. Soo Mi tersenyum sebelum mendukung Yunho. Mereka berjalan turun dari tangga dan menuju ke ruang tamu. " Yunho duduk sini. Eomma ke dapur. " kata Soo Mi meletakkan Yunho di sofa.
Tepat pukul 10 pagi, Suga turun dengan mata masih terpejam. Tangannya naik menekup mulut apabila dia mula menguap. Kakinya melangkah terus ke dapur. Soo Mi yang sedang menyuap Yunho makan, hanya memandang gerak-geri Suga yang sedang berjalan ke arah meja makan.
" Jamkkanman Yunho-ah..." ujar Soo Mi lalu bangun dari duduknya dan berlalu ke almari mengambil gelas dan air di dalam peti sejuk. Suga hanya memandang anaknya yang turut memandangnya. Suga menarik senyuman kecil melihat mulut Yunho yang agak comot. " Kenapa comot-comot ni..." ujar Suga sambil ibu jarinya mengelap mulut Yunho. Yunho tergelak kecil.
" Minum ni. " arah Soo Mi lalu menghulur segelas susu kepada Suga. Suga hanya menyambutnya tanpa bantahan. Susu diteguk perlahan sebelum gelas kosong diletak atas meja. Soo Mi kembali duduk di tempat asalnya dan mula menyuap Yunho kembali. " Sayang..." panggil Suga. Soo Mi mengalihkan pandangan pada Suga.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...