Dua Puluh Sembilan [ 29 ]

3.6K 292 14
                                    

Dua hari kemudian...

Soo Mi memandang dirinya buat kali terakhir melalui pantulan cermin sebelum dia menggalas beg sekolahnya. Kakinya melangkah keluar dari rumah dan mula berjalan ke sekolah.

" Saeng! " panggil beberapa suara sebaik sahaja dia melalui sebuah rumah. Soo Mi memberhentikan langkah dan berpaling memandang mereka yang sudah lengkap berpakaian sukan. Sebuah senyuman manis dihadiahkan.

" Kita jalan ke sekolah sekali jom! " ajak Taehyung. Jimin, Jungkook, Jhope berjalan mendapatkan Soo Mi sementara Jin dan Namjoon menunggu Suga yang masih belum keluar. " Soo Mi....hensem tak Jimin oppa? " tanya Jimin menjongket kening.

" Arhhhh...aku lagi hensem dari kau! " ujar Taehyung. " Takde-takde! Hyung paling flawless , paling gorgeous , paling hot ...pokoknya semua paling arghh! kan Soo Mi? " sampuk Jhope berbangga. Baru sahaja Soo Mi ingin membuka mulut , Jungkook menyampuk.

" Ani! Kookie la! Kookie hensem, comel, adorable ..." belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Soo Mi sudah mengangkat tangan menyuruh mereka berhenti bergaduh. " Okay. Oppa-oppa semua hensem dan segak. Okay? " ujar Soo Mi supaya mereka tidak berbalah lagi.
Mereka akhirnya mengangguk kepala pasrah. Setelah Jin siap mengunci pintu, Jimin dan Taehyung menarik Soo Mi untuk berjalan terlebih dahulu. Soo Mi menolehkan kepala ke belakang mencari Suga. Kelihatan Suga sedang berjalan seorang diri di antara Namjoon dan Jin di belakang manakala Jhope dan Jungkook di hadapan Suga.

Suga yang perasan apabila Soo Mi memandangnya, segera memalingkan wajah. Soo Mi mengeluh dan memandang hadapan semula. Suga juga turut memandang ke hadapan semula setelah Soo Mi tidak memandangnya lagi.

' Semalam masa aku keluar, Soo Mi pergi keluar dengan adik-beradik aku sebab Jimin ajak. Then Soo Mi belanja dia orang semua ice blended dan roti pintal a.k.a donat. Dah tu tak bawa balik untuk aku. Call suruh datang pun tak. Mana la aku tak merajuk. ' kata hati Suga sendirian.

Sesampainya di sekolah, mereka dan Soo Mi berpecah kerana banyak perkara yang Soo Mi harus selesaikan. Soo Mi berjalan bertemu dengan guru terlebih dahulu.

[ 1:30 petang ]

" Soo Mi, kejap lagi acara awak. Jangan risau. Tugas awak, saya bagi kat pengawas lain. Pergi tukar baju sekarang. " kata Pn. Kim. Soo Mi menganggukkan kepala dan berlalu pergi. Soo Mi berjalan ke arah bilik persalinan untuk menukar pakaian.

" Saeng...saeng ada kat dalam ke? " tanya Jimin sambil mengetuk pintu bilik persalinan perempuan. " Jamkkanman. " balas Soo Mi sambil mengikat rambutnya. Beberapa minit kemudian, Soo Mi keluar setelah lengkap berpakaian sukan.

" Aigoo! Kyeopta! " puji Jhope sebaik sahaja melihat Soo Mi keluar dari bilik persalinan. Soo Mi hanya tersengih. " Kaja. Acara dah nak mula. " kata Jimin. Jhope dan Soo Mi mengikut langkah Jimin.

" Yah. Soo Mi. Ppali! Acara dah nak mula. " kata Hye Rin sambil menarik tangan Soo Mi sebaik sahaja Soo Mi sampai di padang. Soo Mi dan Jimin mengambil tempat di barisan peserta sementara Hye Rin dan Jhope duduk di tempat pengunjung.

Jimin bangun dari duduknya apabila namanya dipanggil. " Jimin oppa! Fighting! " kata Soo Mi sambil menggenggam kedua-dua tangannya sebagai tanda memberi semangat. Jimin menganggukkan kepala dan membuat perkara yang sama sebelum bergerak mengambil busur dan anak panah.

Setelah selesai, Jimin duduk semula di tempatnya tadi. Jimin mendapat 15 mata. Panahan pertama , Jimin mendapat 6 mata. Panahan kedua, 2 mata. Panahan ketiga, 7 mata. " Soo Mi! Fighting! " jerit Hye Rin apabila nama rakannya dipanggil. Soo Mi mengangguk kepala menerima sahutan itu.

Hye Rin dan segelintir pelajar sekolahnya yang berada di situ bersorak riang apabila Soo Mi berjaya mendapat 10 mata untuk setiap panahan. Ini bermakna Soo Mi mendapat 30 mata. Suga tersenyum gembira melihat Soo Mi berjaya walaupun dari jauh. Dia bergerak ke gelanggang bola keranjang untuk bersedia.

" Tahniah beb! " ucap Hye Rin lalu memeluk Soo Mi. Soo Mi membalas pelukan tersebut sambil tersenyum manis. " Tahniah saeng~ " ucap Jimin dan Jhope. Soo Mi hanya tersengih. " Soo Mi ! " jerit Taehyung dari jauh. Jungkook melambai tangan pada Soo Mi.

Soo Mi turut melambai tangan dan tersenyum. " Saeng! Tahniah ! " ucap Jin dan Jungkook. " Terbaik la ! " kata Taehyung teruja. " Hyung. Jimin kena bersiap sedia untuk bola keranjang. Yoongi hyung mesti dah ada kat sana. " ujar Jimin. Jhope mengangguk kepala setuju.

" Jom kita gerak. " ajak Jin. " Saeng...jom pergi tengok Yoongi hyung main bola keranjang? " ajak Jungkook pada Soo Mi. " Hye Rin pun jom la. " ajak Namjoon. " Gwaenchana. Hye Rin kena cari Hanbin. Soo Mi...aku pergi dulu ya. " Hye Rin pun berlalu pergi setelah meminta diri. Soo Mi hanya mengangguk membenarkan.

[ Gelanggang Bola Keranjang ]

" Kau orang semua duduk sana. Jimin nak jumpa Yoongi hyung. " kata Jimin dan berlalu pergi. " Kaja. kita cari tempat. " ujar Jin. Setelah beberapa minit mereka duduk, Taehyung dan Namjoon tiba-tiba bangun. " Kau orang nak pergi mana? " tanya Jin.

" Nak pergi beli makanan. Nak ikut? " tanya Namjoon. " Nak ikut! " ujar Jhope. " Boleh la. Hyung ikut. " balas Jin. Maka tinggallah Soo Mi dan Jungkook. Tiba-tiba Jungkook bangun dari duduknya. " Saeng. Pegangkan kamera ni. Nak cari kawan kejap. " kata Jungkook.

Soo Mi menganggukkan kepala dan menyambut kamera yang dihulurkan. ' Haih...apa aku nak buat ni. Lamanya dia orang pergi. ' kata hati Soo Mi sendirian setelah 10 minit berlalu. Tangannya mula gatal menekan butang-butang yang ada pada kamera tersebut. Soo Mi memerhati sekeliling dan ternampak Suga yang sedang memanaskan badan.

Kamera dihalakan ke arah tempat Suga berada dan gambar diambil. Soo Mi tersengih sendirian kerana dapat mencuri gambar Suga. Soo Mi mencari gallery untuk melihat gambar yang diambil tadi serta gambar yang berada di dalam kamera.

Tiba-tiba matanya terpaku apabila gambar dirinya berada di dalam kamera. Agak banyak terutama di kem kelabnya pada bulan lepas. Pada bulan lepas, Kelab Alam Sekitar mengadakan sebuah kem dan paling mengejutkan Suga adalah antara fasilitator yang bertugas untuk kemnya.

" Tapi...ini kamera Jungkook oppa. Jungkook oppa takde masa kem. " Soo Mi menggumam perlahan. Soo Mi mula tidak sedap hati. Namun akhirnya matanya tertancap pada nama yang berada di kamera tersebut. ' Yoongi swag ' Soo Mi membaca dalam hati. " Yoongi? Jadi ini kamera Yoongi oppa? Kenapa ada gambar aku? " Soo Mi bermonolog sendirian.

" Saeng! Kita orang ada bawa makanan! " ujar Jhope teruja lalu mengambil tempat di sebelah Soo Mi. Soo Mi pantas memulangkan kembali kamera yang dipegangnya pada Jungkook. " Terima kasih sebab tolong pegang. " ucap Jungkook. " Cheonma. " balas Soo Mi lalu tersenyum namun otaknya ligat berfikir sebab gambarnya berada dalam kamera Suga.

Skip~

" Wahhh! Tahniah kau orang sebab menang! " ucap Jin pada pasukan bola keranjang sekolah. " Tahniah hyung! " ucap Jungkook pada Jimin dan Suga. " Guys...tangkap gambar! " kata salah seorang pelajar. Setelah beberapa gambar diambil, tangan Soo Mi ditarik untuk bergambar bersama mereka semua.

Taehyung menarik tangan Soo Mi untuk berdiri di sebelah Suga. Suga agak terkejut namun riaknya masih bersahaja. " Hyung! Dekat la sikit. " arah Jimin. Suga merapatkan badannya dengan Soo Mi. Jantung Soo Mi berdegup dengan laju.

" Jom makan. Lapar la. " adu Jimin. Mereka semua mula bergerak ke gerai-gerai yang berdekatan. Soo Mi yang baru melangkah untuk mengekori mereka semua terhenti apabila namanya dipanggil. " Soo Mi sunbae-nim! " panggil Hoshi.

Soo Mi berpaling memandang dua pelajar yang sedang tersenyum. Soo Mi membalas senyuman mereka. " Soo Mi sunbae-nim, Mingyu nak cakap dengan sunbae. " kata Hoshi lalu menolak Mingyu untuk berdiri di sebelah Soo Mi.

Mingyu mengusap belakang lehernya untuk menyorok rasa malunya. Mingyu menunduk hormat pada Soo Mi. " Sunbae-nim, boleh Mingyu panggil noona? " tanya Mingyu. Soo Mi mengangguk kepala membenarkan. " Noona...Mingyu nak minta maaf pasal dua hari lepas masa kepala noona kena bola keranjang tu, Mingyu yang buat tapi tak berkesempatan nak minta maaf pada noona. " terang Mingyu panjang lebar sebelum menundukkan kepala seperti pesalah.

Soo Mi menarik senyum. " Cheonma. Noona okay je. " ucap Soo Mi sambil tersenyum menandakan dia baik-baik sahaja. Mingyu tersenyum lega. Mereka berbual-bual seketika sebelum Mingyu meminta diri. " Soo Mi! " panggil satu suara menggamit Soo Mi untuk bergerak ke sana. Soo Mi berjalan ke arah mereka yang sedang menunggu.


To Be Continued...

Maaf di atas kesalahan ejaan dan cerita yang semakin membosankan. 😂

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now