" Eomma..." rintih Soo Mi sayu sambil melihat darah dari tangannya menitis ke tanah. Air mata lesunya membasahi pipi. Jika eommanya ada ketika ini, pasti eommanya akan merawat dan memujuknya.
" Kau okay? " tegur satu suara.
Soo Mi pantas menyeka air matanya dengan menggunakan tangan yang terluka tanpa dia sedari apabila mendengar suara yang amat dikenalinya. Seketika cuma dia mengaduh pedih kerana lukanya terkena air mata yang diseka.
" Kau ni dah kenapa lap air mata dengan tangan berdarah tu? " marah Suga .
Soo Mi hanya menundukkan kepala apabila dimarahi. Suga menghulurkan sapu tangan kepada Soo Mi. Soo Mi mengangkat kepala memandang Suga tertanya-tanya. " Lap pipi kau. Habis tercalit darah. " kata Suga dan berlalu ke meja yang berdekatan untuk mengambil peti kecemasan.
Beberapa saat kemudian, Suga datang kembali dan membuka peti kecemasan lalu mengeluarkan kain kasa dan beberapa ubat . Penutup botol air mineral dibuka dan dicurahkan ke tangan Soo Mi yang luka untuk mencuci luka terlebih dahulu.
Soo Mi mengetap bibir menahan pedih. Bertakung air mata di pelupuk matanya apabila air tersebut terkena lukanya. Suga sempat mengerling wajah Soo Mi sebelum dia menutup kembali botol air tersebut.
Suga mengambil kapas dan penutup botol antiseptik dibuka sebelum lukanya dibersihkan. Mendengarkan jeritan kecil Soo Mi menghadirkan perasaan simpati di dalam hati Suga. " Aku nak letak ubat ni. Tahan sikit tau. " pesan Suga.
Kapas yang sudah dibasahkan sedikit dengan iodin dikesat perlahan ke luka Soo Mi. Soo Mi memejam mata menahan pedih. Sesekali Suga memandang raut wajah Soo Mi yang jeles kelihatan sakit. Beberapa saat kemudian, kain kasa yang telah dikeluarkan dari peti kecemasan sebentar tadi dibalut ke tangan Soo Mi .
Soo Mi memerhati raut wajah Suga yang tenang dan tidak setegang seperti selalu. Balutan di tangannya juga terasa lembut dan nampak sangat cermat . Apa yang buat dia jadi sebaik ini dengan aku? Desis hati Soo Mi sendiri. Sebaik sahaja balutan diperkemaskan , mata Suga terpaku pada mata Soo Mi yang turut memandangnya ketika ini.
Bagai ada perasaan halus sedang menjalar di dalam hati mereka berdua ketika itu. " Oppa? " suara gemersik Jun Ha mematikan renungan Suga. Suga dan Soo Mi serentak memandang ke arah suara tersebut. " Eo...Jun Ha. Waeyo? " tanya Suga sambil mengemas ubat-ubat tadi lalu dimasukkan ke dalam peti kecemasan semula.
" Soo Mi dah okay kan? Jom kita ke luar . Acara kumpulan dah nak mula. " ajak Jun Ha menarik lengan baju Suga. Suga menolak lembut tangan Jun Ha. Jun Ha agak terpaku pada mulanya namun dia faham sikap dingin Suga itu.
" Jun Ha pergi la dulu. Oppa pun dah nak keluar. " tolak Suga lembut. Jun Ha menganggukkan kepala lambat. Berat hatinya meninggalkan Suga dengan Soo Mi. Niatnya tadi ingin menarik Suga daripada mendekati Soo Mi, namun dia kena akur dengan suruhan Suga.
Bukan boleh dijangka sikap dingin Suga itu. Jun Ha melangkah keluar dari khemah rawatan dengan langkah yang berat meninggalkan Soo Mi dengan Suga. Hatinya penuh dengan amarah dan perasaan menyampah pada Soo Mi. Suga memalingkan semula wajahnya memandang Soo Mi.
" Kaja. Pn. Jung mungkin dah nak bagi tugasan. " ajak Suga sebelum bergerak keluar dari khemah. Soo Mi hanya mengekori dari belakang. " Unnie okay? " tanya Geu Rin sebaik sahaja Soo Mi berada di dalam kumpulannya. Jimin dan Min Jae juga memandang tepat wajah Soo Mi meminta jawapan. Soo Mi tersengih. " Unnie okay. " balas Soo Mi.
" Kita kena buat apa? " tanya Soo Mi memandang ahli kumpulannya. " Ouh. Kumpulan kita kena berpecah. Setiap kumpulan mesti ada wakil yang kena masak, cari kayu api dan ada yang kena siang ikan untuk makan tengah hari. " terang Min Jae.
" Disebabkan tangan Soo Mi berbalut macam tu...rasanya kena elakkan memasak dan siang ikan. " cadang Jimin. Min Jae dan Geu Rin menganggukkan kepala setuju. " Habis tu Soo Mi nak buat apa? " tanya Soo Mi. " Cari kayu api dengan Yoongi oppa. " ujar Geu Rin.
Min Jae dan Jimin mengangguk setuju. Suga menjongketkan kening apabila namanya disebut. " Geu Rin akan siang ikan . " kata Geu Rin menawarkan diri. " Kalau macam tu...aku pun nak siang ikan. " kata Min Jae.
" Dah tu ? Aku memasak? " tanya Jimin tidak percaya. Nadanya juga tidak puas hati. " Taehyung dengan Jin hyung ada kata sana, Jimin. " kata Suga. " Yeke? Aku on! " jawab Jimin bersemangat. Mereka pun bergerak melakukan tugas masing-masing.
Soo Mi mengekori Suga daripada belakang untuk mencari kayu api. Ramai juga ahli lain yang sedang mencari kayu api, tapi Suga pula berani mengambil risiko mencari kayu api jauh sedikit ke dalam hutan.
Sambil mereka berjalan jauh ke dalam hutan, mereka akan mengutip ranting-ranting kayu yang mereka nampak. " Bak sini kayu yang kat tangan kau tu. Dah banyak sangat kau bawa. " arah Suga. Soo Mi pula hanya akur. " Tapi Soo Mi nak tolong..." gumam Soo Mi perlahan.
" Tangan kau tu baru je balut. Karang berdarah lagi, naya aku kata aku mendera anak dara orang. " bebel Suga seorang diri. Soo Mi menarik senyuman kecil. Tercuit hatinya melihat sikap Suga yang prihatin. Sudah lama tidak lihat Suga sebaik ini padanya.
" Apehal kau senyum sorang-sorang? " tanya Suga menjongket kening. Terus mati senyuman Soo Mi dan dia terus menggeleng kepala. " Weyh...Soo Mi..." panggil Suga meleret. Bunyi seperti risau dan juga agak mencemaskan. Badan Soo Mi mula kaku. Bimbang ada binatang atau serangga melekat di kakinya atau bahunya.
" Katak..." ucap Suga sepatah. Soo Mi terus memeluk lengan baju Suga sambil menyorokkan sedikit badannya di belakang badan Suga. Terus jatuh semua ranting-ranting kayu yang dipegang Suga akibat terkejut. " Kau ni la kan...katak je pun. " kata Suga seraya menundukkan badannya mengutip kembali ranting-ranting kayu.
" Katak je pun ...siapa suruh mentioned ? Padan muka terkejut. " gumam Soo Mi perlahan. " Apa kau kata ? " tanya Suga memandang tajam pada Soo Mi. Soo Mi hanya tersengih sambil tunduk membantu Suga mengutip ranting-ranting kayu yang jatuh.
Mereka bergerak pulang ke tapak perkhemahan setelah tangan mereka penuh dengan ranting-ranting kayu yang dikutip. Sebenarnya tangan Suga sahaja yang penuh. Tangan Soo Mi hanya terdapat sedikit sahaja kerana dilarang keras oleh Suga.
" Aku baru teringat kau takut katak. Dulu masa kecik, kau mesti menjerit satu rumah bila Taehyung dengan Jimin sengaja bagi kau katak. " Suga mula membuka cerita sambil tergelak kecil apabila ingatannya terimbau kenangan lalu. Soo Mi juga tersenyum kecil.
" Dan Yoongi oppa akan tolong pujuk Soo Mi dan Jin oppa akan marah dia orang. " kata Soo Mi perlahan. Suga terdiam. Dia mengaku dulu dia amat rapat dengan Soo Mi . Begitu juga adik-beradiknya. Mungkin sebab faktor umur dan juga satu peristiwa membuatkan Suga amat marah dengan Soo Mi.
Adik-beradiknya juga mula tidak rapat dengan Soo Mi bila dia sendiri melarang adik-beradiknya dari rapat dengan Soo Mi. Tapi sejak tahun ini, Soo Mi dan adik-beradiknya mula rapat semula. Pada mulanya dia menyampah melihat Soo Mi, namun entah kenapa hatinya kini selesa bersama Soo Mi. Perjalanan pulang ke tapak perkhemahan hanya sepi dan tiada suara di antara mereka berdua.
To Be Continued ~
-------------------------------------------------------
Author nak minta maaf kalau Suga dah mula mesra sikit. Nampak drastik bukan? Hehehe.
Dan kalau perasan, author dah mula tukar Suga kepada Yoongi. Mungkin lebih sedap dipanggil. 😂😂😂
Di kesempatan yang ada ini..author nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah author lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. 😔
Author nak pesan...jangan main mercun tau! bahaya. Main bunga api pun jangan. Takut nanti melecur ke...luka ke...dah susah nak scroll baca cerita author. Pffffftttt....kelakar. 😆
Annyeong.  ̄﹏ ̄
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...