Lapan Belas [ 18 ]

3.8K 332 9
                                    

Jhope , Jimin , Taehyung dan Jungkook mendepakan tangan menikmati udara yang segar di situ . Min Hyuk dan Jungshin yang baru turun dari bas sengaja merempuh Jhope , Jimin , Taehyung dan Jungkook yang berada di hadapan pintu bas .

" Woi . Apa ni ! " marah Jhope . " Lain kali jangan ' pasang khemah ' depan pintu . " kata Min Hyuk disambut dengan gelak Jungshin . Mereka berenam mula bertekak . Jin dan Namjoon yang baru turun hanya menggelengkan kepala . " Okay . Kamu semua pergi dekat depan pondok sana . Beratur dan fasi akan membahagikan kumpulan . " arah En. Kim iaitu salah seorang guru yang membimbing kem ini .

Mereka semua mula bergerak ke pondok yang dikatakan . Chanyeol dan beberapa fasi menguruskan bas pertama manakala Soo Mi dan beberapa fasi yang lain mengurus bas kedua . " Soo Mi , tolong cek bas . Bimbang ada barang yang tertinggal sebelum bas bertolak pergi . " arah Pn. Jung .

Soo Mi mengangguk faham . Dia berlalu ke bas pertama dan melakukan pemeriksaan . Kemudian dia naik ke bas kedua . Soo Mi menarik nafas lega apabila tiada apa-apa yang ditinggalkan . Seketika cuma , kakinya terkaku . Dia memandang lelaki yang sedang nyenyak tidur .

Soo Mi mendekati kerusi yang dia duduk tadi . " Suga ..." panggil Soo Mi untuk mengejutkan Suga . " Suga oppa..." panggil Soo Mi lagi . Kali ini panggilannya berjaya apabila Suga mula menggosok-gosok matanya . Kemudian matanya terarah pada Soo Mi di hadapannya .

" Semua pelajar dah ada kat pondok . Tunggu masa untuk dibahagikan kumpulan . " kata Soo Mi . Suga segera bangun dari kerusi lalu menggeliat kecil sebelum dia mengambil begnya dan berlalu keluar . Soo Mi hanya memandang Suga yang turun dari bas .

Suga memberhentikan langkahnya di tangga bas . " Gomawo sebab kejutkan . " ucap Suga dingin sebelum meneruskan langkahnya . Soo Mi pula yang terpana . Jarang sekali mendengar suara Suga bercakap dengannya . Walaupun dingin , dia tetap dapat merasakan keikhlasannya .

Soo Mi berjalan ke arah pondok yang menempatkan ahli-ahli kelab Seni dan Fotografi . " Okay . Sekarang kita bahagikan kumpulan . " kata Chanyeol . Semua mula mendiamkan diri dan fokus memandang Chanyeol . " Kumpulan pertama , Taehyung , Jhope , Min Hyuk dan....Jun Ha . Fasilitator untuk kumpulan pertama adalah Seo Jung Woo . " kata Chanyeol .

Taehyung , Jhope dan Min Hyuk mula bersorak riang . Walaupun selalu bergaduh , mereka tetap rapat . Namun Soo Mi terkejut mendengar nama Jun Ha . Setahunya Jun Ha kelab pasukan sorak , bagaimana dia boleh berada dalam kem ini ?

" Jun Ha jumpa Pn. Jung untuk sertai kem ini . Pn. Jung benarkan untuk penuhkan bas . " beritahu Jin perlahan kepada Soo Mi yang berada di sebelahnya seakan tahu apa yang difikirkan Soo Mi . Soo Mi hanya mengangguk faham .

Namun Soo Mi lega apabila Jun Ha tidak sekumpulan dengan Jin . Bimbang penyakit gugup Jin datang lagi . " Kumpulan kedua , Min Jae , Suga , Jimin dan Geu Rin di bawah tanggungjawab Soo Mi . Jimin bersorak riang dengan Min Jae dan Geu Rin . Suga hanya diam .

Soo Mi hanya tersenyum . Chanyeol meneruskan pembahagian kumpulan . Jungkook dan Jin berada di dalam kumpulan 3 . Manakala Namjoon berada di dalam kumpulan 5 bersama Jackson .

Selepas pembahagian kumpulan tamat , mereka diarahkan untuk berada di dalam kumpulan masing-masing . " Semua dah berada di dalam kumpulan masing-masing ? Kita akan ke tapak perkhemahan sekarang . " kata Chanyeol .

Tiba-tiba mereka diberikan sebuah peta untuk setiap kumpulan . " Tapi ...tak best la kan kalau tak mencabar . " sambung Jung Woo . Mereka semua mula mengeluh . " Ada banyak jalan untuk ke tapak perkhemahan dan kamu semua akan berhenti di sebuah jambatan gantung . " kata Chanyeol .

" Kalau dah sampai di jambatan gantung , di seberangnya adalah tapak perkhemahan . " sambung Jun Woo . Mereka mendengar dengan tekun walau pada mulanya mereka tidak sukakan aktiviti tersebut . " Okay. You may start now. " arah Chanyeol. Guru-guru yang membimbing sudah pun berada di tapak perkhemahan.

Mereka pula berada di tengah sebuah padang yang luas dikelilingi hutan simpan negara. Sebaik sahaja Chanyeol memberi arahan, mereka dilepaskan mengikut kumpulan. Kumpulan pertama akan dilepaskan terlebih dahulu dan selang 10 minit, kumpulan kedua akan dilepaskan. Begitulah untuk kumpulan yang berikutnya.

Min Jae dan Jimin membaca peta sementara Suga hanya berdiri di belakang mereka. Geu Rin dan Soo Mi berada di belakang sekali . " Ada 3 jalan. Nak amik jalan kiri? kanan? atau tengah? " tanya Min Jae. " Amik jalan tengah! " sampuk Geu Rin. " Aniya! Amik jalan kanan! " bangkang Min Jae.

" Takde-takde. Amik jalan kiri! " bangkang Jimin pula. " Eh tak la. Amik jalan atas." sampuk Suga tiba-tiba. Semua mula berpandangan sesama sendiri mendengar lawak hambar Suga. Seperti ada burung gagak lalu di kawasan tempat yang sunyi menyatakan betapa hambarnya lawak Suga.

" What? Apesal kau orang diam? tak nak gaduh lagi? " kata Suga dengan sinis. " Kita amik jalan tengah kalau ikut peta ni. " sampuk Soo Mi. Dia sempat melihat peta di tangan Jimin semasa mereka bertengkar. " Apa ni. Ikut cakap senior la. " bangkang Min Jae. Jimin juga ingin membuka mulut membangkang namun Suga pantas mengetuk kepala Jimin menghentikan niat Jimin.

" Kalau dengar cakap kau orang, sesat nanti... ada yang makan kasut aku yang cantik ni. " ugut Suga sambil menunjuk kasut sport kesayangannya yang berwarna kelabu. Jimin dan Min Jae dengan pantas menggeleng kepala dan tersengih seperti kerang busuk. Soo Mi hanya tersenyum manakala Geu Rin ketawa kecil.

Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menjumpai sebuah jambatan gantung. " Yes! Kita sampai dulu. " jerit Min Jae teruja. Mereka pantas berjalan melalui jambatan gantung tersebut dan akhirnya sampai ke tapak ke perkhemahan. Pn. Jung menggamit mereka untuk datang kepadanya.

" Finally kamu sampai juga. Kumpulan pertama pun tak muncul-muncul lagi. " kata Pn. Jung. " Kamu boleh mula pasang khemah. Amik dua beg khemah berwarna biru yang berada di situ dan sebab kamu sampai dulu, kamu boleh pilih tempat kamu . " arah En. Kim. Mereka berlima mengangguk faham dan berlalu mengambil beg khemah.

" Yahoo! Dah siap! " jerit Min Jae dengan Jimin selepas siap memasang khemah. Geu Rin pula hanya menepuk tangannya teruja manakala Suga tersenyum puas. " Soo Mi! " tegur satu suara cemas. Semua berpaling ke arah suara tersebut.

Kelihatan beberapa titisan darah mengalir melalui tangan Soo Mi. Semua mula gelabah dan cemas melihat kejadian tersebut. " Soo Mi, jom saya hantar ke khemah rawatan. " kata Jackson. Namjoon yang bersama Jackson juga mula cemas.

Jungkook dan Jin pula terpinga-pinga kerana mereka agak jauh dari tempat Soo Mi berada. " Gwaenchana. Soo Mi pergi sendiri. " balas Soo Mi tersenyum manis dan berlalu ke khemah rawatan. Jimin dan Min Jae hanya terpaku memandang Soo Mi yang berlalu ke khemah rawatan.

Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana terkejut. Jhope dan Taehyung juga turut terpaku. " Unnie. Jom Geu Rin tolong. " kata Geu Rin ingin menolong. " Ani. Geu Rin teruskan tolong dia orang ya. " tolak Soo Mi lembut.

Sebaik sahaja Soo Mi sampai di khemah rawatan, dia mengeluh perlahan apabila melihat tiada siapa di dalam khemah tersebut. " Sakit. " keluh Soo Mi lemah. Dia duduk di kerusi yang berada di situ sambil merenung tangan kanannya yang masih mengalirkan darah.

" Eomma..." rintih Soo Mi sayu.

------------------------------------------------------

Abaikan kesalahan ejaan. 😌

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now