5 bulan kemudian....
Soo Mi memandang eommanya yang sedang tidur. Dadanya turun naik bernafas menggunakan bantuan alat pernafasan. Bacaan nadi di mesin juga kelihatan lemah. 2 bulan lepas, eommanya sudah dibenarkan pulang. Tapi seminggu selepas itu, eommanya dimasukkan semula ke dalam hospital sehinggalah sekarang.
Soo Mi mengeluh perlahan apabila teringatkan kata-kata doktor sebentar tadi. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Bagaimana dia mahu hidup tanpa eommanya? Hanya eommanya sahaja satu-satunya yang dia ada di dunia ini. Tempat bergantung, tempat mengadu. Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan laju bila mendengar bacaan nadi di mesin semakin lemah.
Dengan pantas dia memanggil jururawat dan doktor yang bertugas merawat eommanya. Ketika itu juga Jimin menguak pintu bilik wad eommanya. " Soo Mi? Kenapa ni? " tanya Jhope apabila melihat jururawat dan doktor agak cemas memeriksa eomma Soo Mi.
" Encik-encik...sila keluar ya. Kami nak lakukan pemeriksaan. " ujar salah seorang jururawat. Tujuh orang beradik itu melangkah keluar dari bilik wad dengan tertanya-tanya. Soo Mi pula sudah terduduk lemah di kerusi luar wad. " Soo Mi...kenapa dengan eomma? " tanya Jin.
Soo Mi hanya menggelengkan kepala lemah tidak tahu. Muka mereka mula bertukar keruh. Risau akan keadaan eomma Soo Mi di dalam. Beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Pn. Han pun keluar. Namjoon, Jin dan Soo Mi segera mendapatkan doktor tersebut manakala yang lain hanya memandang resah.
" Macam mana dengan keadaan eomma saya? " tanya Soo Mi. Doktor Ryu hanya menggelengkan kepala lemah. " Kami tidak dapat berbuat apa-apa...kerana kanser tersebut sudah pun merebak ke seluruh sel-sel dan saraf eomma cik terutama di bahagian jantung. Jantung eomma cik semakin lemah. Jadi apa yang kami boleh buat...kami terpaksa tanggalkan alat pernafasan . " jelas Doktor Ryu.
Soo Mi sudah jatuh terjelepok di lantai. Air matanya mengalir deras sambil tangan kanannya menekup mulut tidak percaya. " Jadi, kami nak minta persetujuan encik berdua. Macam mana? " tanya Doktor Ryu. " Bagi kami ruang untuk berjumpa dengan pesakit dahulu. " balas Namjoon. Doktor Ryu menganggukkan kepala dan meninggalkan mereka.
" Hyung. Tolong Soo Mi tu. " kata Jimin kepada Suga yang hanya mendiamkan diri. Suga mengalihkan pandangan kepada Jimin yang memandangnya dan pandangannya berakhir pada Jin yang membuat isyarat mata supaya membantu Soo Mi bangun.
Suga mengeluh perlahan sebelum bangun dari kerusi. Dia memegang bahu Soo Mi dan cuba membantu Soo Mi bangun. Namun tangannya ditepis. " Jangan kacau dan sentuh aku. " kata Soo Mi sebelum cuba bangun sendiri. Dia terus berlalu ke dalam bilik wad eommanya. Semua mata memandang Suga dan sesama sendiri.
[ Bilik wad ]
" Eomma...jangan tinggalkan Soo Mi. " rintih Soo Mi sedih. Air matanya turut sama laju membasahi pipi. " Soo Mi...dah takde sesiapa dalam dunia ni. " sambung Soo Mi. " S-Soo Mi...a-ada...d-dia...o-orang...dan Yoongi. " balas Pn. Han tersekat mencari nafas. " Tapi Soo Mi nak eomma. " kata Soo Mi.
" M-maafkan eo..eomma, Soo Mi. " ucap Pn. Han. " Soo Mi..." panggil Jungkook. Soo Mi mengangkat wajah memandang Jungkook . Mereka yang lain turut memandang Soo Mi. Soo Mi mendapatkan mereka. " Kenapa? " tanya Soo Mi sambil mengelap matanya yang basah.
" Redakan hati Soo Mi untuk lepaskan eomma..." pujuk Jhope. " Andwae. " balas Soo Mi sambil kepalanya tergeleng-geleng. " Soo Mi...jangan seksa eomma. Eomma terseksa menahan sakit. " pujuk Taehyung pula. " Tapi..." Soo Mi sudah mula menangis kembali. Matanya sudah sembab dan hidungnya sudah merah.
" Kuatkan semangat Soo Mi. Kami tahu Soo Mi kuat. Eomma pun mesti nak tengok Soo Mi kuat. " pujuk Jin. Lambat-lambat Soo Mi menganggukkan kepalanya. " Biar Namjoon oppa panggil doktor " ujar Namjoon dan berlalu keluar.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanficAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...