Dua Puluh Lapan [ 28 ]

3.6K 307 34
                                    


Sedar tidak sedar, sudah masuk bulan Jun . Ini juga bermakna sudah 6 bulan Soo Mi bersekolah. Soo Mi mempercepatkan langkahnya ke kantin apabila perutnya mula berbunyi minta diisi. Dia perlu makan dengan segera kerana selepas rehat, dia perlu mengurus sesuatu.

" Eh Soo Mi! " tegur dua suara serentak. Soo Mi berpaling ke belakang dan menghadiahkan senyuman pada orang yang menegurnya. Setelah membayar yogurt dan roti, Soo Mi melangkah pergi. Jhope dan Jungkook segera mengejar langkah Soo Mi.

" Soo Mi, jom rehat dengan kita orang. " ajak Jhope lalu menarik hujung lengan blazer Soo Mi. Soo Mi hanya mengekori langkah mereka berdua ke sebuah meja. Jantungnya berdegup semakin laju apabila kakinya semakin dekat dengan meja mereka. Tambahan pula apabila ternampak Jun Ha yang sedang berbual dengan Suga.

" Hai saeng~ " sapa Jimin, Taehyung, Jin dan Namjoon kecuali Suga yang sibuk berbual dengan Jun Ha. Suara Jimin yang teruja menegur Soo Mi menarik perhatian Suga untuk menegur Soo Mi." Ouh hai Soo Mi. " sapa Suga .

Soo Mi hanya melemparkan senyuman. Sejak empat lima bulan ini, hubungan Soo Mi dan Suga semakin baik dan rapat namun Jun Ha membuatkan Soo Mi serba salah untuk mendekati Suga lagi. Kepalanya masih terngiang-ngiang kejadian ketika di kem dahulu.

" Eh Soo Mi. Bukan kamu kena bertugas ke? " tanya Jun Ha tiba-tiba memotong perbualan Soo Mi dengan yang lain yang sudah mula rancak. Soo Mi memandang Jun Ha dihadapannya. Pandangan tajam Jun Ha membuatkan Soo Mi terdiam. " Ouh ha'ah. Soo Mi gerak dulu ya. " pinta Soo Mi meminta diri.

Mereka hanya mengangguk membenarkan. Soo Mi bangun dari duduknya dan beredar dari kantin. ' Aku tak bertugas sebenarnya...tapi ...mesti Jun Ha sunbae-nim tak selesa. Lagipun aku kena urus sesuatu. ' desis hati Soo Mi membawa diri ke tandas terlebih dahulu.

Ketika Soo Mi membasuh tangan di sinki, dia terundur ke belakang apabila rambutnya ditarik oleh seseorang dan dalam sekelip mata terasa dahi dan kepalanya sakit. Soo Mi memegang dahinya apabila terasa ada cecair likat mengalir selepas kepalanya terhantuk di bucu sinki.

Dalam beberapa saat, dia dipaksa berdiri walaupun tidak berdaya. Pandangannya yang agak kabur mula jelas apabila dapat melihat dua wajah yang tajam menikamnya. Jun Rae dan Hyun Ree ialah dua diva yang paling dikenali di sekolah dan juga ahli kelab sorak.

Jun Rae mencengkam pipi Soo Mi dengan kasar. " Kau! Han Soo Mi pelajar 5 Sains 2 . Ketua Pelajar dan Unit Disiplin . Kan? " tanya Jun Rae kasar. " Kau juga perampas kumpulan lelaki antara paling hot kat sekolah. Bangtan. " sambung Hyun Ree dengan pandangan tajam .

" Aku nak cakap...kau jangan cuba rapat dengan dia orang terutama Yoongi. " Jun Rae memberi amaran keras. Hyun Ree menarik kuat rambut Soo Mi sebelum Jun Rae menghadiahkan sebuah penampar pada Soo Mi.

" Ini...untuk kau . Hadiah dari kawan baik kami. Ini baru permulaan." ujar Hyun Ree sebelum tersenyum sinis dan berlalu pergi bersama Jun Rae. Soo Mi tersandar lemah di penjuru tandas sebelum melurut jatuh perlahan-lahan. Air matanya jatuh berjuraian membasahi pipinya.

Darah yang terasa di hujung bibir akibat tamparan tadi hanya dibiarkan. Dia mengesat air matanya sebelum bangun untuk ke bilik rawatan secepat mungkin sebelum ada yang perasan.

[ Bilik Kesihatan ]

" Seonsaengnim...buat perlahan-lahan. Appeo. " rengek Soo Mi pada Pn. Jung yang bertugas. Pn. Jung hanya menarik senyuman kelakar melihat Soo Mi yang ingin menangis. " Macam mana la boleh jadi macam ni Soo Mi? " tanya Pn. Jung risau. Soo Mi hanya mengjongket bahu pura-pura tidak tahu.

Pn. Jung menggelengkan kepala melihat sikap Soo Mi yang jarang mengadu. " Kamu bukan kena urus persiapan Hari Sukan Daerah ke ? " tanya Pn. Jung. Soo Mi menganggukkan kepala. " Lepas ni saya akan terus ke padang . Lagi 2 hari je tapi banyak lagi nak kena urus. " kata Soo Mi.

" Soo Mi! "

Suara di muka pintu membuatkan Soo Mi dan Pn. Jung memandang ke arah pintu. Jelas kelihatan raut risau di wajah Jimin ketika ini. " Saeng! Kenapa jadi macam ni? " tanya Jimin risau. " Ni kalau Jin hyung tahu ni...confirm membebel. " ujar Jimin. Soo Mi hanya tersengih.

" Okay. Dah siap. " ujar Pn. Jung beberapa minit kemudian. " Jimin, jaga Soo Mi elok-elok. " pesan Pn. Jung sambil menepuk bahu Jimin. Jimin menganggukkan kepala laju sebelum Pn. Jung berlalu. " Ni okay lagi tak nak berlatih? " tanya Jimin.

Soo Mi menganggukkan kepala dan turun dari katil rehat. " Kaja. " ajak Soo Mi dan berlalu keluar dari bilik kesihatan tersebut. Jimin menggelengkan kepala melihat Soo Mi yang agak degil.

[ 4:00 petang ]

" Hey saeng. Kenapa dengan kepala tu? " tegur Namjoon pelik melihat kepala Soo Mi yang berbalut. Soo Mi hanya menjongketkan bahu pura-pura tidak tahu. " Jatuh. " balas Soo Mi sepatah. " Namjoon oppa dengan Hoseok oppa tak masuk apa-apa acara? " tanya Soo Mi.

" Tak. " balas mereka sepatah. " Jin oppa mana? " tanya Soo Mi. " Kelab memasak. " balas Namjoon sambil duduk di kerusi yang berada di dalam gelanggang bola keranjang. " Taehyung berlatih acara larian. Jungkook pun sama. " kata Jhope tanpa Soo Mi pinta. Soo Mi menganggukkan kepala faham.

Soo Mi memerhati pelajar yang sedang membantunya memasang bendera sementara Namjoon dan Jhope memerhati pemain bola keranjang sekolah sedang berlatih.

" Soo Mi! Hati-hati! "

Jeritan beberapa suara membuatkan Soo Mi berpaling ke arah suara tersebut dan seketika cuma dia terjelepok jatuh duduk di atas lantai gelanggang sambil memegang kepalanya. Semua pemain bola keranjang berlari ke arah Soo Mi. Begitu juga Namjoon dan Jhope.

Ahli sorak yang berada di situ hanya memerhati dari jauh dan ada segelintir daripada mereka menunjukkan riak meluat kerana menyangka bahawa Soo Mi hanya berlakon dan lemah.

" Soo Mi! Gwaenchana? "

" Okay tak? "

" Sakit ke? "

" Weyh apehal dengan kepala dia? "

" Kita yang buat ke?!

" Mianhaeyo Soo Mi-ah! "

" Saeng okay tak?! "

Soo Mi hanya menggelengkan kepala menjawab segala persoalan mereka semua. " Takpe. Soo Mi okay. " jawab Soo Mi. " Soo Mi nak kami bawa ke bilik kesihatan? " tanya Jhope risau. Soo Mi menggelengkan kepala.

" Soo Mi. kau okay tak? "

Suara tersebut membuat Soo Mi membuka mata memandang gerangan yang bersuara. Kelihatan riak risau di wajah Suga. Soo Mi menggelengkan kepala lalu tersenyum. " Takpe. Kau orang sambung berlatih. " arah Soo Mi.

Mereka semua mengangguk dan berlalu pergi dengan berat hati. Soo Mi bangun dari duduknya dan menyambung tugasannya. Namjoon dan Jhope hanya memerhati dengan risau. Begitu juga Jimin dan Suga yang sedang berlatih. Namun ada segelintir pelajar yang memandang Soo Mi dengan pandangan tidak puas hati.

To Be Continued...

abaikan typo. 😌

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now