Soo Mi terasa tidurnya diganggu. Dia membuka mata dan meliarkan pandangan ke sekitar bilik. Akhirnya matanya bertemu dengan sepasang mata dan mereka saling bertatapan sebelum Soo Mi melarikan pandangan.
Suga memboloskan diri ke dalam bilik lalu menutup pintu. Dia meletakkan beg di kerusi meja belajar sebelum mengambil tuala di tempat penyidai. Suga berjalan ke arah katil . Tempat di mana Soo Mi duduk ketika ini. Soo Mi mula cuak.
' Apa dia nak buat nih? ' desis hati Soo Mi . Rambut Suga yang basah dengan peluh diperhatikan. Wajahnya jelas kelihatan letih. Tiba-tiba terasa ada satu tangan melekap di dahinya. Agak lama. Soo Mi memandang wajah Suga yang serius. Kemudian terdengar suara Suga melepaskan nafas. Nafas lega.
" Nasib baik kau dah agak sihat. Panasnya dah berkurang. Tadi hyung kata kau tak sihat lagi tapi kau buat kerja rumah? " kata Suga. " Soo Mi kan dah menumpang semalaman. Jadi kena lah buat sesuatu. " balas Soo Mi. " Dah tu masak sotong pedas goreng kilas tak bagi kat aku pun. Aku lapar tahu. " ujar Suga. Terselit nada rajuk di situ.
Soo Mi membulatkan mata tidak percaya. Aku dah simpan untuk dia dengan Jimin la. Dia segera melompat turun dari katil dan berlari turun ke tingkat bawah. Suga hanya tergelak kecil melihat kekalutan Soo Mi. Dia segera memasuki bilik air untuk membersihkan diri.
Sementara itu , Soo Mi mencari makanan yang disimpannya di dalam peti sejuk tadi. " Mana bekas-bekasnya nih? " gumam Soo Mi perlahan. " Soo Mi cari apa? " tegur Jin. Soo Mi menutup peti sejuk dan memandang Jin. " Cari makanan yang Soo Mi simpan untuk Jimin oppa dan Yoongi oppa. " jelas Soo Mi.
" Ouh. Jin oppa tak tahu pula Soo Mi ada simpan untuk dia orang. " tipu Jin. Soo Mi melepaskan keluhan. " Takpelah. " ucap Soo Mi lemah sebelum naik ke tingkat atas. Jin memandang Soo Mi yang melangkah lemah . ' Maafkan Jin oppa, Soo Mi. Yoongi suruh buat macam ni. ' bisik hati Jin sebelum tersenyum kecil.
Soo Mi menolak pintu bilik Suga perlahan-lahan sebelum memboloskan diri. Dilihat Suga sudah pun lena dibuai mimpi di atas katil dalam posisi mengiring. Soo Mi mendekati katil sebelum menarik gebar menyelimuti tubuh Suga. Kemudian dia bergerak ke meja belajar dan duduk di situ.
Tangannya gatal mencapai sebuah barang-barang yang berada di atas meja tersebut.
[ 6:06 petang ]
Suga meliarkan pandangannya di sekitar bilik. ' Mana Soo Mi? ' desis hati Suga sebelum menolak gebar dan berjalan keluar dari bilik. Kakinya laju menuruni tangga dan dilihat hanya ada Taehyung, Jungkook dan Jimin yang sedang tidur.
" Yoongi cari apa? " tanya Jin yang sedang mengesat tangannya yang basah dengan kain. " Huh? " Yoongi masih mamai disebabkan itu dia bingung disoal sebegitu. " Ouh. Cari Soo Mi. Hyung ada nampak? " tanya Suga.
" Dia dah balik. " jawab Jin dan bergerak ke ruang tamu untuk mengejut Jungkook, Jimin dan Taehyung. " Balik? Tak bagitahu pun. " kata Suga. Terselit nada rajuk di situ. Suga menaiki tangga semula untuk ke biliknya. Jin tersenyum kecil melihat perangai Suga yang makin pelik.
Skip~
" Annyeong Soo Mi! " tegur Jhope dan Jimin di belakang Soo Mi. Soo Mi berpaling dan melemparkan senyuman pada mereka. Dia membayar yogurt strawberinya dan mengambilnya sebelum berjalan pergi. Jimin dan Jhope cuba menyaingi Soo Mi.
" Susah betul nak jumpa Soo Mi sekarang ni. Semalam tak rehat ke? " ujar Jhope. Soo Mi tersengih. Ya. Dah dua hari mereka tak berjumpa. Soo Mi sibuk menguruskan hal ehwal pelajar dan unit disiplin yang baru.
" Semalam? Erm...rehat. Tapi junior yang belikan makanan. " balas Soo Mi. Jimin dan Jhope hanya mengangguk faham. " Jom la rehat dengan kami. " pelawa Jimin menarik lengan baju blazer Soo Mi. Soo Mi hanya menurut.
Sesampainya mereka di meja, Jin, Jungkook, Taehyung, Namjoon dan Jhope melemparkan senyuman sementara Suga buat tidak tahu. Suga berpaling daripada memandang Soo Mi. Soo Mi mula tertanya-tanya manakala mereka yang lain sudah terukir senyuman mengusik.Soo Mi memandang mereka meminta penjelasan apa yang berlaku pada Suga. " Ala...ada orang tu merajuk dengan Soo Mi sebab hari tu balik tak bagi tahu. " terang Taehyung sebelum menghamburkan tawa. Mereka yang lain turut ketawa.
" Pastu...nak pulak Soo Mi tak rehat dengan kita orang lagi, lagi la orang tu berangin saja~ " sambung Jungkook sebelum menyambung tawa. Mereka pun bantai ketawa lagi. Habis merah padam wajah mereka kerana ketawa terlalu banyak. Namjoon dengan Jin sampai tepuk-tepuk meja. Apa yang kelakar pun tak tahu. 😂
Suga tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Ketawa mereka semua mati dan mereka memandang Suga. " Aku nak pergi masuk kelas. Tak sihat. " kata Suga sebelum berlalu pergi. " Tak sihat sebab takde orang pujuk la tu! " usik Namjoon sebelum mereka menghamburkan ketawa sekali lagi.
Suga sempat menangkap usikan itu semasa dia berjalan pergi. Rasa ingin saja ditutup mulut mereka semua. Buat malu aku jeh. Soo Mi pun buat tak tahu. Huhu. ㅠㅠ Suga berjalan lemah ke kelas.
Soo Mi hanya tersenyum melihat mereka ketawa. Pandangannya dialihkan pada Suga yang sudah jauh dan matanya sempat menangkap seorang perempuan sedang berjalan bersama Suga?
To Be Continued...
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...