Dua Puluh Empat [ 24 ]

3.9K 307 19
                                    

" Kau ni larat jalan ke tak? " tanya Suga memandang Soo Mi yang berjalan di sebelahnya. Soo Mi hanya mengangguk lemah. Tiba-tiba Soo Mi terkaku apabila ada tangan yang memapah bahunya. " Kau ni...macam nak pengsan je. " ujar Suga.

Beberapa saat kemudian Soo Mi berlari ke longkang yang berdekatan. Habis segala isi di dalam perutnya dikeluarkan. Namun yang dilihatnya hanya air sahaja yang dikeluarkan. Suga mula risau. ' Dia ni tak makan ke ? Muntah pun muntah air je. ' desis hati Suga.

Soo Mi mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangan lalu terduduk lemah di kaki lima jalan untuk seketika. Terasa badannya amat lemah sekali. Soo Mi merapatkan matanya untuk menahan sakit di kepala. " Soo Mi. " panggil Suga. Soo Mi membuka mata .

" Jom aku gendong sampai rumah. Naik belakang aku. " ujar Suga mula melutut seperti seorang putera . ( omo. kelakar. 😂 ) Soo Mi masih tidak berganjak. " Ppali ya...aku nak dukung ni... Eh dukung pulak. Gendong. Bak kata orang piggyback. " kata Suga. Soo Mi tergelak kecil mendengar Suga membebel seorang diri.

" Tapi kalau kau nak aku buat cara bridestyle tu pun boleh. " ujar Suga ingin bangun dari melutut. Soo Mi segera menarik tangan Suga supaya melutut semula. Suga menarik senyum dalam diam. Dia sengaja ingin mengusik Soo Mi sebenarnya. Tidak sangka Soo Mi menjadi kalut.

' Daripada bridestyle...baik piggyback . ' desis hati Soo Mi lalu memegang bahu Suga. Suga bangun perlahan-lahan supaya dia dapat menyeimbangkan badan sebelum mula berjalan pulang. " Soo Mi...cuba duduk elok-elok. Nak terjatuh dah kau nih kat belakang. " tegur Suga.

Soo Mi dengan teragak-agak memeluk leher Suga. " Kan senang aku nak jalan. " omel Suga sendirian. Soo Mi tersenyum. Kuat membebel juga dia ni. Ketika itu juga kepalanya sakit kembali membuatkan dia melentokkan kepala di bahu Suga. Tangannya erat memeluk leher Suga.

Hampir terhenti nafas Suga apabila Soo Mi melentokkan kepala dan memeluk leher Suga dengan erat. Nafas ditarik perlahan sebelum dilepas berat. Jantungnya berdebar-debar dan berdegup dengan pantas.

[ Rumah ]

" Hyung. Lambatnya balik. " tegur Jungkook lalu meluaskan pintu rumah. Matanya terpaku melihat perempuan yang digendong Suga. ' Dah macam tuan putera dengan tuan puteri pula aku tengok . ' desis hati Jungkook sebelum tergelak kecil.

Namjoon, Jhope, Jimin dan Taehyung yang berada di depan televisyen hanya memerhati Suga yang berlalu naik ke tingkat atas tanpa berkelip. Jin yang sedang menuruni tangga juga hanya memandang Suga yang baru melaluinya. Dia pantas ke dapur mencari bahan-bahan masakan. Hari ini dia perlu ke kafe. Jadi dia perlu masak makan malam lebih awal.

Sementara itu, Suga menolak pintu biliknya yang tidak berkunci dan tidak tertutup rapat. Tubuh Soo Mi dibaringkan di atas katil miliknya. Gebar berwarna biru muda dan putih ditarik sehingga ke paras bahu Soo Mi. " Kau tidur elok-elok ya. Aku nak pergi mandi. " bisik Suga perlahan di telinga Soo Mi.

Selepas beberapa minit kemudian, Suga sudah lengkap berpakaian dan kakinya melangkah keluar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah. " Hai hyung. " tegur Taehyung yang sedang bermain permainan video dengan Jimin. " Apa yang hyung buat kat bilik sampai lama sangat nih? " usik Jhope .
Namjoon yang sedang membelek telefon hanya menggelengkan kepala. Suga memberikan pandangan tajam sebelum duduk di sebelah Jhope. Jhope hanya tersengih. " Hari ni kita kena pergi kafe kan? " tanya Jimin sambil matanya fokus di kaca televisyen.

" Hari ni memang kita kena pergi kafe. Tapi Yoongi tak payah pergi. " jawab Jin di muka pintu dapur dengan senduk di tangan. " Hah? Kenapa pulak? " soal Suga. " Siapa nak jaga Soo Mi nanti. " sampuk Namjoon. Suga terdiam. " Hyung, kalau Jimin tak ikut boleh? " tanya Jimin tersengih-sengih.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now