Setelah siap membalut tangan Soo Mi, Jimin bersorak riang kerana berjaya membalut dengan cantik. Mereka yang lain hanya menggeleng kepala. Jhope tiada di situ kerana tidak mahu melihat darah Soo Mi yang membuak- buak keluar. " Terima kasih Jimin oppa dan Jin oppa juga. Sekarang Soo Mi nak kena masak sarapan. " kata Soo Mi dan mula bangun dari kerusi.
" Aniya. Duduk sini diam-diam. Nanti luka lagi. " larang Taehyung. Soo Mi terduduk semula di kerusi. Semua mula meninggalkan khemah rawatan. " Soo Mi. Mianhae tapi Yoongi hyung kata dia tak suka Soo Mi panggil dia, oppa. " kata Taehyung menyampaikan pesanan Suga dengan perasaan bersalah.
" Takpe. Gomawo Tae oppa. " ucap Soo Mi tersenyum pahit. " Nanti Jimin oppa hantar makanan. " kata Jimin lalu menarik tangan Taehyung untuk keluar. Soo Mi mula termenung mengenangkan kesalahannya sehingga Suga memarahinya. Tiba-tiba telefonnya bergetar di dalam poket seluar. Lantas dia mengeluarkan telefonnya dan menekan punat hijau setelah melihat nombor yang tidak dikenali di skrin telefon.
" Yeoboseyo. " sapa Soo Mi.
" Ni Cik Han Soo Mi ke? "
" Ye saya. Kenapa ya? "
" Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan bahawa eomma cik berada di hospital ketika ini. "
"........."
" Cik boleh datang untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya tentang eomma cik. "
" Nae. Kamsahamnida. "
Soo Mi mematikan panggilan dengan perasaan bercampur baur dan pastinya perasaan terkejut dan takut merajai hati. Dia terkedu seketika sebelum keluar dari khemah rawatan dan bergegas ke khemahnya yang dikongsi bersama Geu Rin. Geu Rin dan ahli bangtan yang perasan akan Soo Mi yang tergesa-gesa ke khemah, segera mengekori Soo Mi kecuali Suga.
" Unnie, kenapa kemas-kemas nih? Unnie nak pergi mana? " tanya Geu Rin risau. Tambahan pula melihat air mata Soo Mi yang berjuraian membasahi pipi. " Soo Mi, nak pergi mana? " tanya Jhope pula. Soo Mi mengeluh apabila tangannya yang berbalut menyukarkan dia untuk mengemas.
" Biar Geu Rin tolong. " Geu Rin menawarkan diri lalu menolong Soo Mi mengemas. " Yah Soo Mi-ah ...nak pergi mana? " tanya Namjoon. " Eo...eomma Soo Mi masuk hospital. Jadi, Soo Mi nak balik. " balas Soo Mi terketar-ketar. Mungkin takut sekiranya ada benda buruk berlaku terhadap eommanya.
Semua mula terkedu. Mereka juga rapat dengan eomma Soo Mi seperti eomma sendiri kerana eomma Soo Mi yang menjaga mereka sejak kecil. " Biar oppa call teksi. " ujar Jin yang mula mengeluarkan telefon dan mendail nombor teksi.
" Soo Mi boleh ke balik sorang-sorang? Nak kami teman? " tanya Jimin risau. Soo Mi hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum hambar. " Okay . Teksi tu akan sampai dalam masa 10 minit lagi. Jom kami hantar Soo Mi ke depan sana. " kata Jin.
" Takpe la hyung. Biar Tae dengan Kookie yang teman. " kata Tae. Jin hanya mengangguk. Taehyung dan Jungkook membantu Soo Mi membawa barang Soo Mi. Mereka mula keluar dari tapak perkhemahan tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang mereka.
Sekejap sahaja mereka sudah keluar dari tapak perkhemahan. Tidak sesusah seperti sebelum ini sehingga memerlukan peta. Sebenarnya ada jalan mudah untuk ke tapak perkhemahan. Cuma hari itu mereka terpaksa melalui hutan.
Taehyung dan Jungkook meletakkan barang-barang Soo Mi ke dalam but teksi. " Ahjussi, tolong pastikan saeng kami selamat sampai ya. " pesan Jungkook. Pemandu teksi tersebut hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. " Soo Mi, jaga diri ya. " pesan Taehyung. Soo Mi hanya menganggukkan kepala faham.
Teksi pun bergerak menjauhi tapak kem tersebut. Jungkook dan Taehyung hanya memandang teksi tersebut berlalu pergi. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Soo Mi hanya membuang pandang ke luar tingkap. Air mata mula membasahi pipi kembali apabila mengenangkan eommanya. Masalahnya dengan Suga dan Jun Ha ditolak tepi. Eommanya lebih penting ketika ini.
Skip ~
Sudah tiga hari berlalu, Soo Mi masih setia menjaga eommanya. Hari ini ahli-ahli kelab Seni dan Fotografi sudah tamat kem perkhemahan. Dia tidak ambil kisah pun bagaimana keadaan di sana. Yang penting ialah eommanya. Soo Mi memandang eommanya yang sedang tidur. Dia mengeluh perlahan.
" Annyeonghaseyo. " sapa beberapa suara. Soo Mi bangun dari duduknya apabila kelibat Jin dan yang lain muncul di muka pintu bilik wad. Ketika itu juga Pn. Han terjaga dari tidurnya. Sememangnya dia menunggu kedatangan tujuh orang lelaki itu.
" Eomma sihat? " tanya Jin. Pn. Han hanya menarik senyuman. " Sihat . " balas Pn. Han sepatah sebelum batuknya datang. Soo Mi kelam kabut mencapai gelas yang berisi air kosong dan diberikan kepada eommanya. Setelah gelas tersebut kosong, Pn. Han memandang wajah-wajah risau yang agak jelas terpamer di wajah tujuh orang beradik itu.
" Eomma nak buat satu permintaan dan pertolongan dari kamu semua...boleh? Terutama Soo Mi dan Suga. " kata Pn. Han lembut. Semua menganggukkan kepala manakala Suga agak terkedu apabila namanya disebut. " Eomma nak kamu jaga Soo Mi elok-elok bila eomma dah takde dan eomma nak Suga kahwin dengan Soo Mi. " sambung Pn. Han.
Suga dan yang lain terpana mendengar permintaan tersebut namun Soo Mi hanya terpana untuk seketika. " Eomma...Soo Mi tak nak. Eomma jangan cakap bukan-bukan. " ucap Soo Mi yang sudah mula mengalirkan air mata. Pn. Han memeluk lembut tubuh anaknya untuk memujuk.
Kaki Suga perlahan-lahan ke belakang sebelum dia bergerak keluar tanpa sepatah kata. Jimin, Taehyung dan Namjoon mengekori Suga. Jin masih terkedu sehinggalah Jungkook menepuk bahu Jin untuk menyedarkannya. Perasaan Jin bercampur baur. Ada rasa kecewa, marah dan sedih di dalam hatinya.
Kecewakah dia bila Soo Mi akan berkahwin dengan Suga? Sedihkah dia? Atau marah kerana Pn. Han memilih Suga berbanding dirinya? " Eomma minta maaf . Tapi ini permintaan terkahir appa kamu pada eomma. Eomma kamu juga mengharapkan perkara yang sama. " ucap Pn. Han apabila perasan akan perubahan air muka Jin.
Bukan dia tidak tahu anak muda itu menyimpan perasaan pada Soo Mi. Tapi dia tahu perasaan itu hanyalah sayang sebagai seorang abang. Jin masih mendiamkan diri. Jungkook dan Jhope sudah mengekori Suga. Mereka rasa Jin yang harus selesaikan perkara ini kerana Jin ialah abang sulung.
Jin merapati tubuh Pn. Han yang sedang bersandar di kepala katil sambil memeluk Soo Mi. Wajah Pn. Han yang pucat dipandang sekilas sebelum merapatkan bibirnya dengan telinga Pn. Han. " Eomma jangan risau. Jin akan pujuk Suga. Maafkan Jin kalau Jin ada marah eomma. " bisik Jin lembut.
Pn. Han menarik senyuman. Bahu anak muda itu ditepuk perlahan. " Gwaenchana. Eomma faham. Eomma maafkan dan percayakan kamu. " balas Pn. Han. " Jin pergi jumpa Suga dulu. " pinta Jin meminta diri. Pn. Han menganggukkan kepala membenarkan.
[ Kafeteria Hospital ]
" Hyung, hyung okay ke? " tanya Jimin apabila melihat wajah termenung Suga. Pertanyaan Jimin dibiarkan sepi apabila Jin baru mengambil tempat di sebelah Namjoon. " Yoongi okay? " tanya Jin.
Suga menggeleng kepala lemah. Wajahnya juga muram. Tapi tidak dingin seperti selalu. Mungkin fikiran dan hatinya mula kusut dan bercelaru. Jin memegang bahu Suga dan ditepuk lembut. " Hyung, Yoongi tak tahu nak buat apa. Yoongi...Yoongi tak nak kecewakan eomma. " jelas Suga lemah.
Jin tersenyum. " Ini bukan permintaan eomma Soo Mi sorang...ini juga permintaan appa dan eomma kita. " tambah Jin. Suga meramas rambutnya. Kusut. Suga mula termenung dan berfikir sementara adik beradiknya hanya mendiamkan diri.
To Be Continued...
Maaf kalau ada kesalahan ejaan. 😂
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...