Jun Ha menarik Soo Mi keluar dari wad sehingga ke luar bangunan hospital . Soo Mi merentap tangannya yang digenggam kuat oleh Jun Ha. Kuku Jun Ha yang panjang dan cantik berkilau bagai mencarik-carik kulitnya. Mujur tidak terluka.
" Ini padahnya kalau cari pasal dengan Choi Jun Ha. Aku akan pastikan Suga tak nak tengok langsung muka kau. " kata Jun Ha lalu menolak bahu Soo Mi membuatkan Soo Mi jatuh terduduk. Soo Mi mengaduh sakit apabila tangan kirinya tertusuk kaca pecah yang berada di situ.
Soo Mi segera bangun dari jatuhnya sebelum berjalan masuk semula ke dalam bangunan hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum bergerak ke tempat kerja walaupun sudah lewat.
[ Kedai Serbaneka ]
" Eh Kim? Kau kerja ke? Bukan sekarang time aku? " tanya Soo Mi pelik sebaik sahaja dia memasuki kedai tersebut. Kim terdiam. Mukanya menunjukkan dia rasa bersalah ketika ini.
" Aku..."
Belum sempat Kim menjawab soalan Soo Mi, satu suara lain menyampuk. " Awak dipecat , Soo Mi. " ujar Cik Lee selaku pengurus kedai tersebut. Soo Mi terkejut. " Tapi...apa salah saya? " tanya Soo Mi tidak percaya. " Tolong Cik Lee...saya kena cari duit untuk makan. " pujuk Soo Mi.
" Saya tak kisah. Asal awak yang cari duit? Mana eomma appa awak? Dia orang tak reti bagi makan kat anak ke? " tanya Cik Lee sinis. Soo Mi terkedu apabila eomma dan appa nya dihina. Air mata bersama api kemarahan yang mula membara cuba ditahan sebaik mungkin.
" Kasihan ada eomma appa yang tak bertanggungjawab. Atau awak...anak pungutan? " soal Cik Lee tanpa rasa bersalah. Soo Mi makin terkedu. " Errr...Cik Lee. Soo Mi anak yatim piatu. " jelas Kim. Kasihan melihat wajah rakan sekerjanya yang sedih.
" Ouh ya? Saya minta maaf. Ermm...Saya pecat awak sebab awak dah banyak kali datang lambat. Termasuk hari ini. Dan semalam, awak tak datang. Awak ingat ini kedai keluarga awak? Atau kedai awak boleh masuk kerja sesuka hati? " kata Cik Lee sinis.
" Saya...saya minta maaf. " ujar Soo Mi. Cik Lee menghadiahkan sebuah senyuman sinis sebelum berlalu. Soo Mi akhirnya mengangkat kepala daripada terus tertunduk. Pandangannya dialihkan pada Kim sebelum tersenyum. " Mianhae Soo Mi-ah. " ucap Kim .
" Cheonma. Jaga diri baik-baik. Aku balik dulu. Annyeong. " ujar Soo Mi sebelum berlalu ke pintu keluar. Hujan rintik-rintik mula membasahi tubuh Soo Mi yang hanya memakai baju berlengan panjang tanpa sweater yang selalu dipakai.
Skip~
Taehyung menolak pintu bilik dan diluaskan supaya Suga yang dipapah oleh Namjoon dan Jungkook dapat masuk. Suga dibawa duduk dikatilnya dengan perlahan dan berhati-hati. Jhope masuk membawa beg pakaian milik Suga lalu diletakkan di sisi katil.
Jimin masuk lalu duduk di birai katil bersebelahan Suga. Jin masuk beberapa minit kemudian bersama wajah kusut. " Hyung...kenapa? " tanya Jimin pelik. " Soo Mi...hyung dah call berkali-kali tapi tak dapat. " balas Jin." Kenapa hyung nak kena call dia? " soal Suga dingin. " Yoongi benci dia. Apatah lagi mendengar nama. Jadi Yoongi tak nak nampak bayang dia dalam rumah ni. " sambung Yoongi dingin. Semua terdiam.
" Annyeonghaseyo.."
Suara tersebut bersama bunyi loceng ditekan membuatkan semua terkedu. " Soo Mi..." bisik Taehyung perlahan. " Biar Hoseok pergi tengok siapa. " ujar Jhope. Jungkook mengekori Jhope turun ke bawah.
Beberapa minit kemudian, mereka kembali masuk ke dalam bilik bersama seorang perempuan. " Soo Mi? Kenapa Jin oppa cuba telefon tapi tak dapat? " tanya Jin. Suga tidak percaya melihat Soo Mi yang masih boleh tersenyum selepas tengkingannya tempoh hari.
" APA KAU BUAT KAT SINI?! "
" AKU DAH CAKAP! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI! "
" AKU BENCI KAU ! SAMPAI BILA-BILA! "
" DASAR PEREMPUAN TAK TAHU MALU! "
" ORANG DAH BENCI...TAPI MASIH BERANI MENUNJUKKAN MUKA! "
" KELUAR SEKARANG! "
" Yoongi! " " Hyung! " tegur mereka serentak pada Suga yang baru sahaja menengking Soo Mi. Soo Mi yang berada di belakang Jhope , hanya mendiamkan diri. " Soo Mi...boleh tunggu kat bawah? " tanya Jin. Soo Mi mengangguk lalu berlalu ke tingkat bawah.
" Hyung...apa hyung cakap ni? " soal Jungkook tidak puas hati. " Kau tak tahu ke dia lah penyebab Jin hyung kemalangan dulu. " ujar Suga . Semua membuntangkan mata kerana terkejut tapi tidak pada Jin.
" Sebab tu hyung benci dia. " sambung Suga. " Bukan macam tu Yoongi. " sampuk Jin membuatkan Suga memandang Jin. " Dulu hyung selamatkan dia sebab ada kereta nak langgar dia. Sama macam kes Yoongi. Tapi kereta tu sengaja nak langgar hyung sebenarnya. " ujar Jin membuka cerita.
" Hyung ada kekasih..." kata-kata Jin terhenti apabila terdengar suara orang menahan ketawa. " Hey. Ingat hyung ni tak laku ke?! " marah Jin apabila melihat adik-beradiknya ketawa termasuk Suga. Keadaan menjadi gamat seketika.
" Kyaa Kyaa ! Stop ketawa la. Bila hyung nak cerita nih! " marah Jin apabila melihat adik-beradiknya masih tidak berhenti ketawa. Selepas cuba berhenti, pasti ketawa lagi. Disebabkan itu masih berpanjangan.
" Mianhae hyung. " ucap Namjoon dengan tawa yang masih bersisa. " Kekasih hyung tu playgirl . Hyung minta dia berubah. Mungkin sebab itu dia marah dan rancang nak langgar hyung. Disebabkan dulu hyung rapat dengan Soo Mi, dia umpan dengan Soo Mi. " cerita Jin setelah ketawa mereka semua reda.
Suga terdiam dengan cerita Jin. " Hyung...maafkan Soo Mi. " kata Taehyung. " Dia tak bersalah. Dia tak tahu pun dia akan dilanggar. " kata Jungkook pula. " Hyung...Mingyu tu hanya junior dia. " sampuk Jhope. " Hyung kena rendahkan ego hyung kalau hyung sayangkan Soo Mi." sampuk Namjoon pula.
" Dan hyung kena ingat...Soo Mi tu isteri hyung. " kata-kata Jimin membuatkan Suga terkedu. Isteri? Ya. Sudah hampir setahun mereka berkahwin. Hanya tinggal sebulan sebelum genap setahun. Dulu, Soo Mi amat marah dengan Suga kerana Suga bersetuju mengikut kehendak eomma Soo Mi.
Soo Mi amat marah dengan Suga sehingga dia tidak mahu bertemu Suga. Dan dia tidak mahu mendengar mereka semua mengingatkan bahawa dia ialah seorang isteri. Tambahan pula umurnya ketika itu baru 16 tahun. " Yeah. Mula-mula hyung agak marah sebab eomma pilih Yoongi untuk jaga Soo Mi...
tapi hyung percaya yang pilihan eomma tak salah. Jaga Soo Mi elok-elok , Yoongi. " pesan Jin. " Lagipun hyung...siapa Jun Ha yang hanya seorang kekasih berbanding Soo Mi yang mempunyai pangkat seorang isteri? " soal Jimin. Suga terdiam menelan kata-kata mereka semua yang ada betulnya.
Suga mengangkat wajah memandang adik-beradiknya yang turut memandangnya menunggu balasan dari mulut Suga. Jhope mendekati Suga dan memeluk Suga. Suga agak terkejut. Jungkook, Taehyung, Namjoon dan Jimin turut memeluk Suga. Jin turut menyertai acara pelukan beramai-ramai.
" Yah! Lemaslah! " rungut Suga. " Yelah! Yelah! Apa kau orang kata tu betul. " jawab Suga. Akhirnya dia terlepas dari pelukan yang menjerutnya. Jangan risau. Pelukan adik-beradik. 😂 " Kami turun dulu. " ujar Jin. Mereka yang lain mengikuti langkah Jin ke tingkat bawah.
" Hyung. Jangan buat benda pelik tau. Soo Mi masih bawah umur. " usik Jhope disambut tawa Taehyung, Jimin dan Jungkook. Suga menayangkan buku limanya menandakan dia geram. Mereka akhirnya meninggalkan Suga seorang diri di dalam bilik.
To Be Continued....
Saya nak ucapkan terima kasih kepada readers yang masih setia membaca walaupun tak vote. Takpe. Saya reda. 😂😆
Teruskan membaca! 😆
Abaikan kesalahan ejaan. 😌
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...