Tiga Puluh Enam [ 36 ]

3.6K 288 6
                                    

Suga dan Namjoon jalan beriringan menuju ke rumah Jun Ha. Sesekali terdengar bunyi perut Suga berbunyi. " Hyung...kita singgah makan dulu la. " ajak Namjoon. Bimbang Suga jatuh pengsan lagi seperti pagi tadi disebabkan semalam Suga tidak menjamah makan malamnya kerana tidak sabar bertemu dengan Soo Mi keesokan harinya.

Suga menggeleng lemah. Dia tidak berselera apabila Soo Mi tidak ada di sampingnya. Tidurnya juga tidak lena kerana bimbang tentang Soo Mi. Namjoon melepaskan keluhan. " Takpe. Nanti balik kita makan. " ujar Suga untuk menyedapkan hati adiknya. Namjoon hanya mengangguk.

Baru sahaja Suga ingin memanggil Jun Ha sebaik sahaja berada di hadapan rumah Jun Ha, mereka berdua terdengar jeritan seseorang dari dalam rumah. Namjoon menghalang Suga dari memanggil Jun Ha sebaliknya mendengar apa yang berlaku dari dalam rumah. Suga terkedu apabila mendengar namanya disebut dan kemudian terdengar suara orang merayu-rayu minta maaf.
" Hyung...itu bukan suara Soo Mi ke? " soal Namjoon. Suga memandang Namjoon sebelum pandangannya dihalakan semula pada rumah Jun Ha. Dia ingin tahu siapa yang berada di dalam rumah Jun Ha. Tanpa membuang masa, dia memanggil Jun Ha untuk keluar.

" Annyeonghaseyo. Jun Ha ya! "

Panggilan tersebut menghentikan perbuatan Jun Ha yang baru sahaja mahu mengelar leher Soo Mi. Soo Mi menarik nafas lega namun lehernya terasa pedih apabila terluka sedikit. " Kau tunggu sini. Kita teruskan nanti. " ujar Jun Ha mengusap lembut pipi Soo Mi sebelum berjalan keluar dari bilik.

" Eo? Namjoon. Oppa. waeyo? " tanya Jun Ha lembut. Pandangannya tidak dilepaskan dari memandang Suga membuatkan Suga tidak selesa. " Ouh. Ni ada kerja sekolah Pn. Lee bagi. Jun Ha tak sihat ke sampai tak datang sekolah? " balas Suga. Jun Ha sekadar mengangguk. " Siapa yang menjerit kat dalam tadi? " tanya Namjoon.

Sementara itu, Soo Mi cuba mencapai pisau yang berdekatan dengannya untuk memotong tali ikatan namun tidak berjaya. Suara Namjoon dan Suga membuatkan Soo Mi ingin menjerit memanggil nama mereka namun mulutnya diikat menyukarkan dia untuk menjerit meminta tolong. ' Jagi ...tolong Soo Mi. ' rintih hati Soo Mi.

" Ouh. Itu? Tv je. Cerita pasal orang kena culik. " balas Jun Ha tersenyum namun dalam hatinya menyumpah seranah Soo Mi kerana menjerit tadi. Bunyi kaca pecah membuatkan Suga tidak betah menunggu di situ lalu meluru masuk ke dalam rumah. Jun Ha cuba menahan dan meminta Suga supaya pulang namun Suga tetap berjalan ke tingkat atas.

Suga memulas tombol pintu salah sebuah bilik dan menekan suis lampu supaya menerangi bilik tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Soo Mi yang tersandar lemah pada dinding dengan keadaan lebam-lebam dan kelihatan lemah. " Sayang...." panggil Suga.

Panggilan tersebut membuatkan Soo Mi membuka mata dan air matanya mula mengalir lesu. Suga pantas mendapatkan Soo Mi dan cuba membuka ikatan tali di tangan dan di kaki Soo Mi untuk melepaskan Soo Mi. Sebaik sahaja berjaya, Suga memeluk Soo Mi erat.

Selepas beberapa saat kemudian, Suga meleraikan pelukan dan mengesat air mata Soo Mi. Tangannya mengusap pipi Soo Mi yang luka. " Kita balik ya sayang..." ujar Suga sebelum cuba mengendong Soo Mi secara bride style . Namun perbuatannya terhenti apabila kepalanya diacu sebuah pistol.

" Baik oppa letak Soo Mi sekarang. Letak dia kat bawah balik! Jun Ha belum puas seksa dia sebelum dia mati! " jerit Jun Ha garang. Suga hanya patuh. Jika tidak, pasti nyawanya atau Soo Mi akan melayang. " Jun Ha...apa yang Jun Ha buat nih. " ujar Suga lembut.

" Ini semua untuk oppa! Jun Ha sayang oppa! Jun Ha nak selamatkan hubungan kita dari perempuan perampas ni. Tapi oppa yang tinggalkan Jun Ha. Oppa jahat. " kata-kata Jun Ha bertukar menjadi lirih di hujung ayat. Suga terkedu. Air liurnya ditelan kesat. " Jun Ha bagi oppa pilihan. Jun Ha atau Soo Mi? " soal Jun Ha.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now