Dua Puluh Lima [ 25 ]

3.9K 314 59
                                    


BAMMM!!!














Soo Mi ditembak dan akhirnya mati
The end.

































Huhu. Okay. Back to the story. 😆




BAMMM!!!

Suga dan Soo Mi serta-merta memandang pintu bilik yang sudah terbuka luas dan terpapar la wajah-wajah yang membuatkan wajah Soo Mi merah padam. Taehyung, Jungkook, Jin, Namjooon dan Jhope segera bangun dari lantai.

Mereka berlima tersengih-sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. " Kami...kami nak panggil hyung pergi sekolah. " jawab Jhope tersengih-sengih. " Takpelah. Kami tunggu kat bawah. " ujar Jin lalu menarik mereka untuk keluar dari bilik. Pintu tertutup semula.

Suga kembali memandang Soo Mi yang menundukkan wajah. Dia menundukkan kepala cuba mengintai wajah Soo Mi yang sudah berbahang. Suga menarik sengihan. ' Man...muka dia merah pulak. ' kata hati Suga ingin ketawa.

" Okay la. Aku nak pergi sekolah. Kau nak aku balik awal atau balik lambat? " pertanyaan Suga membuatkan Soo Mi mengangkat kepala. Wajahnya jelas menunjukkan riak bingung dengan pertanyaan tersebut.

" Aku dengan Jimin ada latihan bola keranjang . Jadi kalau kau nak aku balik awal, aku tak pergi latihan. " jawab Suga apabila melihat riak Soo Mi sambil tangannya menyarung blazer sekolah berwarna merah ke tubuhnya.

" Heish. Habis baju aku basah kena air mata kau. Nasib baik boleh sorok dengan blazer sekolah. " bebel Suga di hadapan cermin. Soo Mi tersengih mendengar bebelan Suga. Dah mai dah Suga yang swag plus cool tu.

Setelah siap, Suga bergerak ke meja belajar untuk mengambil beg sekolah sebelum berjalan keluar dari bilik. " Kau jangan lupa mandi. Satu hari pakai baju sekolah. Habis busuk katil aku. Haha. " ucap Suga dengan tawanya.

Soo Mi menjulingkan mata ke atas. " Baju kau, aku dah ambil pagi tadi kat rumah kau. Jap. Aku lupa. Kau nak aku balik awal atau lambat nih? " tanya Soo Mi. " Lambat. " balas Soo Mi sepatah. " Tahulah tak suka aku ada kat rumah. " rajuk Suga lalu memuncungkan bibir.

Soo Mi tergelak kecil. " Kau banyakkan rehat. Jangan bergerak lagi. Demam kau belum kebah. Aku pergi dulu. " ucap Suga lalu menutup pintu bilik. Soo Mi menarik sengih apabila mengingati wajah masam mencuka Suga sebelum dia pergi tadi.

' Sejak bila pula dia pandai merajuk? Ayat dia kedengaran manis je kat telinga aku...macam nama timangan dia. Suga ~ '

Skip~

Suga memberhentikan langkahnya di tengah tangga apabila mendengar suara adik beradiknya yang riuh. Dia memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka di ruang tamu.

" Kau ni...apehal sampai terkantoi? " marah Namjoon. Jimin dan Taehyung tersengih. " Tadi Jimin dengan Taehyung gaduh nak dengar apa yang dibuat Yoongi hyung. " terang Jimin dengan muka tak bersalahnya.

" Then hyung-hyung tertolak kami kan. Kemudian jatuh la kita semua. " sampuk Jungkook yang berpeluk tubuh di sebelah Jin. Jin hanya menggelengkan kepala. " Tapi kan....Yoongi hyung tu sweet jugak kan? " soal Jhope. Mereka semua mula tersengih.

" Itu la...sweet woi. Nasib baik aku dah 18 tahun. Hohoho!!! " kata-kata Taehyung disambut oleh tawa mereka yang lain. Suga segera melangkah turun dari tangga.

" Lebat sembang. Cerita apa? "

Suara Suga membuatkan mereka berhenti ketawa. Masing-masing terpaku tidak menyangka Suga sudah turun dari tingkat atas. " Errr....ahhh, bunga yang Jin hyung jaga tu mati lepas Namjoon hyung sentuh bunga tu semalam. " Taehyung menjawab soalan Suga.

' Bila pula aku tanam bunga? ' desis hati Jin tertanya-tanya. Namjoon pula agak terkejut apabila namanya naik terutama mendengarkan bunga itu mati kerana disentuhnya? " Ha'ah hyung. " Jimin mengiakan. Namjoon memberikan pandangan tajam pada Jimin dan Taehyung.

Taehyung meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh Namjoon hanya mendiamkan diri. Jungkook dan Jhope cuba sedaya upaya menahan ketawa. " Hurm...dah la. Jom ke sekolah. " kata Suga dan berlalu ke pintu rumah.

Jin , Jhope dan Jungkook terus berjalan ke pintu utama sementara Jimin dan Taehyung masih teragak-agak untuk ke pintu utama apabila melihat pandangan tajam Namjoon. " Kau cakap apa tadi? " tanya Namjoon serius.

" Ala hyung...ki-kita orang gu-gurau je . " jawab Jimim tergagap-gagap. " Bak sini dahi kau orang. " arah Namjoon. Jimin dan Taehyung berpandangan sesama sendiri sebelum mendekatkan dahi mereka pada Namjoon. " Habis la kita Tae...hyung punya jari dah la panjang. " bisik Jimin.

" Confirm sakit. " bisik Taehyung kembali sebelum menutup mata. Namjoon menjentik dahi Jimin dan Taehyung selepas mematah-matahkan jari . Orang kata panaskan jari. 😂 " Ouch! " aduh Taehyung dan Jimin serentak menggosok dahi mereka yang merah.

" Namjoon! Jimin! Taehyung! " panggil Jin. " Cepat la hyung...kita dah lambat nih. " keluh Jungkook.

[ 2:00 petang. ]

" Mana dia orang ni? Tak balik-balik pun. " gumam Soo Mi perlahan. Kepalanya masih terasa sakit tapi dia harus melakukan sesuatu di dalam rumah ini kerana dia sudah menumpang semalaman. Jadi dia mengemas rumah dan memasak makanan tengah hari untuk mereka.

Dia duduk di sofa sambil termenung. Mindanya berputar kembali saat dia dipeluk oleh Suga pagi tadi. Dakapannya sangat hangat dan menenangkan masih terasa sehingga kini. Pipinya terasa panas dan bahang tiba-tiba apabila mengingati kejadian itu.

" Kami dah balik! "

Suara Jungkook dan bunyi riuh-rendah di luar pintu rumah mematikan lamunan Soo Mi. " Hai Soo Mi. " sapa Jhope ceria. Soo Mi melemparkan senyuman pucatnya. Kepalanya terjenguk-jenguk mencari seseorang apabila semua sudah masuk ke dalam rumah.

" Cari Yoongi hyung ke? " tanya Taehyung tersengih mengusik. Mereka yang lain turut tersenyum nakal. Soo Mi menganggukkan kepala. Namun seketika cuma dia pantas menggelengkan kepala atas keterlanjurannya yang jujur tentang perasaannya.

Semua menghamburkan ketawa apabila Soo Mi kalut menafikan perasaannya. " Tak payah sorok la Soo Mi. " usik Jin dengan tawanya yang masih berbaki. Merah padam wajah Soo Mi menahan malu.

" Yoongi hyung dengan Jimin ada latihan bola keranjang. " ujar Namjoon apabila dia melihat wajah merah padam Soo Mi. Kesian pula. " Ouh. Nak makan? Soo Mi ada masak. Dah siap atas meja makan. " kata Soo Mi menutup malu.

Dia terlupa pula bahawa Suga ada latihan bola keranjang. Dia juga yang menyuruh Suga balik lambat. Buat malu je. Soo Mi mengetuk kepala perlahan. " Jinjja?! Kaja meogja!!! " jerit Jhope. " Meogja!!! " sambut Taehyung turut menjerit teruja.

Mereka semua bergerak ke meja makan dengan pakaian sekolah masih melekat di badan dan beg sekolah masih bersama mereka. " Wahhh!!! Ada sotong pedas goreng kilas! " kata Jungkook teruja. Mereka semua mula terliur sebelum mengambil tempat masing-masing. Author pun terliur. 😂

" Telur gulung. Sup rumpai laut. Sotong pedas goreng kilas. Kimchi. Semua ni Soo Mi yang buat ke? tanya Namjoon tidak percaya. Soo Mi hanya mengangguk bersama senyuman pucatnya. " Muka dan bibir Soo Mi tu pucat lagi. Kalau tak sihat...rehat je. Nanti Yoongi marah pula. " nasihat Jin.

Soo Mi hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Pergilah rehat. " Namjoon, Jhope, Jungkook dan Taehyung berkata serentak membuatkan rumah yang sederhana besar itu bergema. Soo Mi akhirnya mengangguk kepala.

" Soo Mi...naik atas dulu ya. " pinta Soo Mi meminta diri. Mereka mengangguk. " Pasal pinggan-pinggan, nanti kami basuh. " kata Jungkook. " Kau je yang basuh kay. Aku tak nak. " tolak Taehyung mula menyumbat mulutnya dengan makanan. Soo Mi menggelengkan kepala sebelum berlalu naik tangga apabila mereka mula hergaduh.

To Be Continued...

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now