Tujuh Belas [ 17 ]

3.8K 362 9
                                    

Soo Mi memasukkan pakaiannya yang terakhir ke dalam beg perkhemahannya . " Soo Mi ... " panggil Pn. Han lembut . " Eo ~ Jamkkanman . " balas Soo Mi lalu membawa keluar beg perkhemahannya . " Eomma . " panggil Soo Mi apabia melihat eommanya yang sibuk mencuci pinggan . Batuk yang kedengaran teruk menyapa telinga Soo Mi sebaik sahaja eommanya habis mencuci pinggan .

Dia mula risau . Dia duduk di kerusi meja makan menunggu eommanya untuk bersarapan bersama . Sarapan mereka hanya ditemani dengan sudu berlaga dengan mangkuk makanan . Keadaan sunyi sepi dan senyap tidak seperti biasa . Mungkin hati Soo Mi terasa berat untuk meninggalkan eommanya yang tidak sihat .

Selepas 15 minit berlalu , Soo Mi membantu eommanya mengemas meja apabila sudah habis bersarapan . " Soo Mi . Jaga diri baik-baik ya . " pesan eommanya menghantar Soo Mi di hadapan pintu rumah . Tangan eommanya digenggam dan pipi eommanya dicium .

" Eomma jangan lupa makan ubat . Okay ? " pesan Soo Mi yang mula tidak sedap hati . " Arasseo . " balas Pn. Han tersenyum . Soo Mi mula berjalan ke sekolah sambil kepalanya tidak sudah menoleh melihat eommanya yang masih di luar rumah . Hatinya berat sekali . Bagai ada sesuatu yang akan terjadi .

Sebaik sahaja Soo Mi sampai di sekolah , dia terus mendapatkan Chanyeol yang berada di pondok berhampiran pagar sekolah sedang berbincang dengan beberapa orang guru . " Ha Soo Mi . Sampai pun . " tegur Pn. Jung tersenyum . Soo Mi turut melemparkan senyuman manis .

Kelihatan ahli-ahli kelab Seni dan Fotografi juga sudah ramai berada di pondok basikal menunggu untuk masuk ke dalam bas . " Chanyeol . Kamu setelkan bahagian kumpulan ni . Saya nak pastikan mereka bersedia . " arah Pn. Jung dan berlalu pergi . Chanyeol hanya mengangguk faham .

" Okay guys . Kat sana nanti saya akan bahagikan setiap seorang fasi dapat satu kumpulan . Arasseo ? " terang Chanyeol . Yang lain mengangguk mengerti termasuk Soo Mi . Mereka bergerak masuk ke dalam bas dan meletakkan barang . Setelah beberapa minit kemudian , para ahli kelab sudah mula memenuhi bas mengambil tempat sebelum bas bertolak . Kedengaran riuh-rendah suasana di dalam bas kerana keterujaan yang tidak dapat disorokkan oleh mereka .

Soo Mi memerhati semua pelajar di dalam bas tersebut untuk memastikan mereka sudah pun bersedia . Selepas itu , dia meninjau untuk mencari jika ada tempat duduk yang masih kosong untuk dia duduk . Jhope dan Jimin melambai tangan menggamit Soo Mi untuk duduk di kerusi belakang mereka . Sesampainya dia di kerusi yang kosong tersebut , baru dia perasan akan seseorang yang sedang membuang pandang ke luar tingkap .

Namun dia tiada pilihan melainkan terpaksa duduk di sebelah lelaki tersebut apabila guru yang membimbing meminta semua pelajar untuk duduk . Suga berpaling ke kanan apabila merasakan ada seseorang di sebelahnya . Kemudian dia berpaling semula ke luar tingkap . Earphone miliknya disumbatkan ke dalam telinga lalu dia memejamkan mata . Dia cuba tidak mengendahkan persekitarannya.

Bas pun mula bertolak ke tapak perkhemahan . Soo Mi melayan Jhope , Jimin dan Taehyung berbual manakala Jungkook tidur . Namjoon dan Jin pula berbual sesama sendiri . Soo Mi mengeluarkan sebuah bekas dari beg galasnya . Penutup bekas tersebut dibuka dan dihulurkan kepada Taehyung , Jimin dan Jhope . " Wahhh !!! Ladu goreng ! " Jhope terjerit kecil membuatkan Namjoon dan Jin berpaling ke arah mereka . Jimin dan Taehyung mula teruja .

" Jin oppa dengan Namjoon oppa amik la . " jemput Soo Mi . Taehyung menyiku lengan Jungkook yang sedang tidur . Terpisat-pisat Jungkook yang masih mamai . " Aaa...." arah Taehyung supaya Jungkook membuka mulut . Jungkook patuh lalu Taehyung memasukkan ladu ke dalam mulut Jungkook . Jungkook menikmatinya sambil matanya masih terpejam . Masih mengantuk .

Suga yang terganggu dengan bunyi bising adik-adiknya mula berpaling ke arah mereka untuk melihat apa yang dikecohkan . Seketika cuma air liurnya ditelan kesat . Kecur air liurnya melihat ladu goreng . Dia juga terasa lapar ketika ini . Kemudian dia terdengar pula suara Yonghwa dan Jungshin yang berada di belakang mereka turut riuh .

" Sedapnya ladu goreng ni . Kamsahamnida Soo Mi-ah . " ucap mereka . " Suga ...nak ? " tanya Soo Mi tiba-tiba . Dia tidak berani memanggil ' oppa ' . Bimbang disembur seperti hari itu . Suga mengangguk dingin . Dia mengambil ladu tersebut .

Tanpa secalit senyuman dia mengucapkan terima kasih . Soo Mi hanya tersenyum kecil walaupun Suga dingin dengannya . Beberapa saat kemudian , Suga mengerling ke arah Soo Mi dan adik-adiknya yang rancak bersembang . Perutnya terasa lapar lagi . Ingin sahaja dia meminta coklat daripada Jin namun malu pula di hadapan Soo Mi .

Suga mengeluh perlahan . Dia memejamkan mata cuba untuk tidur tanpa menghiraukan perutnya yang sedang berbunyi . Seketika cuma , dia terasa ada sesuatu di atas ribaannya . Dia pantas membuka mata dan mendapati bahawa bekas ladu goreng milik Soo Mi berada di atas ribaannya .

' Makanlah . Dia orang semua dah makan banyak . Jin oppa kata Suga tak sarapan pagi tadi . Kalau lapar lagi...minta Jin oppa coklat . '

Suga membaca perlahan nota yang berada di dalam bekas tersebut . Soo Mi yang sedang rancak berbual dipandang sebelum dia melarikan pandangan apabila Soo Mi berpaling memandangnya . Entah kenapa hatinya sangat tenang dengan sikap Soo Mi . Ladu goreng yang masih berbaki di dalam bekas disuap ke dalam mulutnya bersama senyuman .

--------------------------------------------------------

Minta maaf la sebab dah makin hambar. 😭 Maafkan segala kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya. 😆

Suga: Entah author ni. Hambar gila cerita aku dibuatnya. 😒

Soo Mi: Jangan la kecam author. *usap kepala author untuk pujuk author. 😆

Aminta maaf la ya kalau cerita ni Hiatus lama gila. Agaknya sampai raya kut. Kut la. 😂

Terima kasih sebab vote. 😘

Nak minta tolong satu perkara. Lakukan 4 langkah dibawah: - 😉

1) bangtanized_ < tekan nama ni.

2) Cari BTS One Shot.

3) Baca

4) Vote dan Comment.

Hehehe. 😆😂

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now