" Haish Soo Mi! Pabo! Kenapa la aku tak ajak sesiapa teman aku berbual dengan Mingyu tu? " Soo Mi bermonolog sendirian sambil mengetuk kepalanya perlahan. ' Kan Yoongi oppa dah merajuk. ' sambung hati Soo Mi.
Disebabkan semalam dia berbual dengan juniornya yang agak terkenal di sekolah iaitu Mingyu, gosip tentangnya sudah tersebar luas habis di seluruh sekolah. Tambahan pula Mingyu memanggilnya ' noona '. Makin ramai yang salah sangka. Mujur masih belum sampai ke pengetahuan guru-guru.
Jika tidak, jatuhlah namanya sebagai ketua pelajar. Namun malangnya ia sudah sampai ke pengetahuan Suga dan adik-beradiknya. Bagaimana dia tahu? Layanan Suga menjadi kasar ketika di waktu rehat tadi. Puas sudah dia menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Mingyu.
Namun Suga buat tidak tahu dan paling membuatkan hatinya tersentap adalah dengan kata-kata Suga yang masih berlegar di ruang mindanya. " Aku tak kisah kau nak ada hubungan dengan sesiapa pun. Itu hak kau. Hal kau , hal kau. Hal aku, hal aku. Jadi jangan masuk campur hal aku, dan aku takkan masuk campur hal kau. "
Selepas Suga berkata begitu, dia terus berlalu meninggalkan Soo Mi yang terkebil-kebil di hadapan Jin dan yang lain. Hampir sepanjang hari Soo Mi tidak fokus di dalam kelas. Hye Rin dan Hanbin yang selalu mengajaknya berbual pun menjadi fedap dengan perangainya yang pelik.
Soo Mi mengeluh entah buat kali ke berapa. Eommanya selalu pesan, jangan mengeluh kerana ia seolah-olah tidak menerima ketentuan dirinya. Soo Mi cuba kuatkan semangat. ' Harap Yoongi oppa hanya merajuk. Berbanding marah atau lebih teruk membenci. ' bisik hati Soo Mi.
Disebabkan Soo Mi leka berfikir, dia tidak perasan akan sebuah kenderaan yang sedang memecut laju ke arahnya ketika sedang melintas. Tiba-tiba terasa tubuhnya melayang . Terasa seluruh tubuh badannya sakit sekali apabila tercampak ke tepi jalan terutama di bahagian tangan dan kaki.
Dalam kesamaran, dia ternampak sekujur tubuh tertiarap lemah berlumuran darah sedang memandangnya lemah sebelum pandangannnya kelam tidak sedarkan diri.
[ Hospital ]
Suga membuka matanya perlahan-lahan untuk melawan kesakitan yang mencucuk-cucuk kepalanya. Tangan kirinya serta-merta memegang kepalanya yang berbalut. Dia cuba menggerakkan tangan kanannya, namun terasa keras dan sakit sekali. Dia cuba pula menggerakkan kaki kanannya.
Suga melepaskan nafas lega. Namun apabila dia cuba menggerakkan kaki kirinya pula, bagai tidak terasa kakinya. Kakinya terasa sakit dan kejang. Suga mula resah. " Hyung!! Jimin! Hoseok-ah! Namjoonie! Tae! Kookie! " Semua nama adik-beradiknya dipanggil. Dia mula cemas dengan keadaan dirinya.
Seketika cuma, susuk tubuh adik-beradiknya mula kelihatan. " Waeyo Yoongi-ah? " soal Jin cemas. " Kenapa Yoongi tak rasa kaki kiri Yoongi? Yoongi tak lumpuh kan? " tanya Yoongi mendesak. Jin dan lain terdiam.
" Yah! Jawab la soalan Yoongi! Jimin! Tae! Kookie! Kaki hyung okay kan?! " tanya Suga mendesak lagi. " Hyung...kaki hyung..." kata-kata Namjoon terhenti apabila seorang doktor masuk ke dalam bilik. Suasana menjadi sepi. " Macam mana keadaan kamu Yoongi? " tanya doktor tersebut sambil menulis sesuatu.
" Doktor! Kaki saya okay kan? " tanya Suga kepada doktor di hadapannya pula. Doktor tersebut hanya tersenyum sebelum mengangguk. " Kaki dan tangan kamu okay sahaja. Cuma terseliuh. Oleh sebab itu kamu berasa sakit dan kejang. Dalam seminggu atau dua minggu, kaki kamu bakal pulih. " ujar doktor tersebut.
Yoongi menarik nafas legas. " Mujur kamu tidak cedera teruk. Selalunya orang dilanggar pasti akan koma atau lumpuh, namun kamu adalah antara mangsa yang bertuah. " ujar doktor itu lagi. Semua hanya mengangguk faham.
Bunyi ketukan di pintu membuatkan semua mata terarah pada muka pintu. " Kami dari Balai Polis ***** . Kami datang untuk soal siasat pasal langgar lari yang berlaku. " kata salah seorang anggota polis yang berpakaian seragam polis. Suga mengangguk membenarkan.
" Hyung...hyung nak kami balik atau nak kami tunggu? " tanya Taehyung. " Balik la. " arah Suga. Kasihan dengan adik-beradiknya. Telefon yang sudah retak cerminnya ditatap. " Wow...dah satu hari aku pengsan. " Suga bermonolog sendirian apabila melihat tarikh di skrin telefonnya.
Soal siasat dimulakan setelah adik-beradiknya pulang. Setelah dua jam berlalu, akhirnya soal siasat tamat. Yoongi menyandarkan kepalanya pada kepala katil. Kepalanya dipalingkan menghadap tingkap. Hari sudah mula gelap menandakan siang akan berganti malam.
Bunyi pintu ditolak membuatkan Suga mengalihkan pandangan pada pintu. Wajah risau Jun Ha jelas di ruang matanya. " Duduklah. " arah Suga perlahan. Jun Ha mengambil tempat di kerusi yang disediakan. " Oppa okay? " tanya Jun Ha risau.
Yoongi hanya menganggukkan kepala. " Jun Ha bukan nak tambah sakit oppa tapi tadi, Jun Ha nak pergi lawat Soo Mi. Soo Mi keluar hospital hari ni. Jun Ha nampak Mingyu ada dengan Soo Mi tadi. Jun Ha pun malas la nak ganggu sebab dia orang nampak sweet je" jelas Jun Ha.
' Soo Mi masuk hospital? Keluar hari ni? Kenapa tak lawat aku? ' desis hati Suga pula panas dan bahang dengan api cemburu dan kemarahan . Tambahan pula mendengar nama Mingyu. Ketika itu juga pintu ditolak dari luar. Maka terserlahlah wajah Soo Mi yang pucat di hadapannya ketika ini.
" Kau nak apa? " soal Suga dingin. Kepalanya tidak sedikit pun menghadap Soo Mi. Benci melihat muka Soo Mi yang pucat dan polos itu bakal mengundang simpati. " Yoongi oppa dah okay? " tanya Soo Mi risau. Suara lembut Soo Mi bagai minyak panas menyimbah hati Suga ketika ini.
Suga pantas berpaling dan memberi pandangan tajam pada Soo Mi. " Aku nak kau keluar sekarang dari bilik ni. Pergi! " tengking Suga. " KAU SENGAJA NAK BUAT AKU TERBUNUH SAMA MACAM JIN HYUNG KAN?! " Kata-kata tersebut membuatkan Soo Mi terkedu. Dia tidak faham maksud Suga.
" AKU BENCI KAU DARI DULU SEBAB KAU YANG BUAT JIN HYUNG HAMPIR TERBUNUH! "
" KAU SENGAJA UMPAN JIN HYUNG SUPAYA SELAMATKAN KAU DAN JIN HYUNG DILANGGAR! "
" KAU INGAT AKU SUKA KAU KE HUH? AKU BENCI KAU SEJAK JIN HYUNG KEMALANGAN. "
" AKU BENCI KAU. AKU BENCI KAU. AKU TAK PERNAH SUKA KAU. APATAH LAGI CINTA. "
" MUNGKIN KAU RASA KAU SEDANG JATUH CINTA, TAPI TAK PADA AKU. AKU BERBAIK DENGAN KAU SEBAB EOMMA, APPA, EOMMA KAU DAN ADIK BERADIK AKU. "
" AKU BAIK DENGAN KAU SEBAB AKU NAK BUAT KAU JATUH SUKA KAT AKU DAN SUPAYA KAU TERSEKSA MACAM SEKARANG. "
" PERGI! "
" Jun Ha . Halau dia keluar. " arah Suga lalu memalingkan wajah. Wajah Soo Mi yang basah dengan air mata, tidak dihiraukan. Yang penting hatinya puas melepaskan semua yang terbuku. Jun Ha mula tersenyum sinis apabila diarahkan untuk menghalau Soo Mi.
To Be Continued...
Maaf di atas kesalahan ejaan.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...