Empat Puluh Satu [ 41 ]

3.8K 282 51
                                    

Soo Mi berjalan menaiki tangga setelah mengemas rumah. Tubuhnya terasa amat letih dari biasa sedangkan mengemas rumah sudah menjadi rutin harian sebelum pergi ke tempat kerja. Jam menunjukkan pukul 7:45 pagi. Dia harus mengejutkan Yunho untuk pergi ke tadika pukul 8:30 pagi nanti.

" Yunho sayang...bangun. " kejut Soo Mi sambil memulas tombol pintu bilik. Soo Mi menekup mulut apabila dia mula terasa mual. " Eomma okay? " tanya Yunho mamai. Soo Mi menganggukkan kepala. " Pergi mandi ya. Nanti turun sarapan. " pesan Soo Mi. Yunho mengangguk sebelum berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Soo Mi keluar dari bilik Yunho dan bergerak ke biliknya untuk bersiap. Sebaik sahaja dia menolak pintu bilik, dia mula terasa mual kembali. Dia bergegas ke bilik air lalu memuntahkan segala isi perutnya di sinki. Suga yang sedang dibuai mimpi terjaga apabila mendengar suara orang muntah di dalam bilik air. Dia segera bangun dari baringan dan melihat keadaan isterinya.

" Sayang...kenapa ni? " tanya Suga risau di muka pintu bilik air. Oleh sebab Soo Mi tidak menjawab, Suga masuk ke dalam bilik air dan mengusap belakang badan Soo Mi. " Kenapa ni? " tanya Suga risau setelah Soo Mi tersandar lemah di dinding bilik air. " Tak sihat ke? " tanya Suga lalu tangannya naik melekap di dahi Soo Mi.

" Panasnya. Sayang demam ni. " kata Suga lalu menarik Soo Mi keluar dari bilik air. Soo Mi didudukkan di birai katil. Yunho yang baru sahaja siap berbaju tadika memasuki bilik Soo Mi dan Suga dengan wajah berkerut. " Eomma kenapa? " tanya Yunho. " Eomma demam, sayang. " kata Suga sebagai balasan kepada soalan Yunho.
" Demam? " Yunho mula duduk di birai katil bersebelahan Soo Mi. Mukanya bertukar sedih. Suga pula sedari tadi cuba menelefon seseorang. " Sayang rehat dulu. Nanti kawan jagi datang. " kata Suga lalu membaringkan Soo Mi. " Sayang...appa minta Tae ahjussi dengan Jungkook ahjussi hantar ya? " tanya Suga. Yunho mengangguk.

" Kaja. Jangan risaukan eomma. Eomma okay je. Jom kita sarapan dulu." ujar Suga lalu menarik Yunho keluar dari bilik. " Sayang...hari ni tak payah kerja. Jagi dah telefon Jae Hyun yang sayang tak sihat. " kata Suga sebelum keluar dari bilik bersama Yunho. Soo Mi ialah seorang akauntan di syarikat Jae Hyun iaitu abang kepada Hye Rin, kawan baik Soo Mi.

~~~

Dua bulan kemudian...

Soo Mi memulas tombol pintu sambil membawa segelas air. Sebaik sahaja dia meletakkan air di atas meja kecil bersebelahan katilnya, Soo Mi duduk di birai katil sambil menunggu Suga keluar dari bilik air. Beberapa minit kemudian, Suga berjalan keluar dari bilik air dengan keadaan lemah lalu tubuhnya direbahkan ke atas katil. Mata dipejamkan cuba menghilangkan rasa sakit di kepala.

Jatuh simpati Soo Mi melihat Suga yang lemah ketika ini. Soo Mi turut berbaring di sebelah Suga lalu tubuh Suga dipeluk dari belakang. " Sorry..." ucap Soo Mi lalu menyembamkan wajah ke belakang badan Suga. " Gwaenchana..." balas Suga lemah. " Kesiannya jagi kena alahan teruk. " kata Soo Mi lirih. " Kyaa kyaa! Baju jagi basah ni...kenapa?! Uljima! " marah Suga.

Dia tahu Soo Mi menangis kerana rasa bersalah. Kalau tidak, baju dia takkan basah. " Mianhae..." ucap Soo Mi. " Jangan la minta maaf lagi. Jagi pulak rasa bersalah kalau macam ni. " ujar Suga. " Macam mana jagi kat sana nanti? " tanya Soo Mi risau. Suga menghela nafas. Sekejap lagi dia harus berangkat ke Los Angeles untuk concert world tour.

" Jangan risau. Jin hyung ada...Namjoon, Jhope, Jimin, Taehyung, Kookie...semua ada. " kata Suga cuba menyedapkan hati Soo Mi. " Mana Yunho? " tanya Suga. Dia pelik kerana suasana rumah sunyi sekali sedangkan hari ini adalah hari Sabtu. " Yunho ada dengan eomma dan Eun Woo. Ji Hyo unnie tengah free. Jadi dia nak jumpa Yunho. " balas Soo Mi.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now