" Soo Mi. " panggil Jin. Soo Mi mengangkat kepala memandang Jin. " Hyung panggil. " ujar Namjoon. Soo Mi segera bangun dari duduknya dan mula bergerak ke tangga. Langkahnya nampak berat dan lemah. Mungkin takut. " Soo Mi, kami nak ke kafe sekejap. Nanti petang kami balik bawa makanan. " ujar Jin.
Soo Mi hanya mengangguk. Jam di dinding rumah menunjukkan pukul 1:30 petang. Dia melangkah naik ke tingkat atas dengan debaran. Setelah sampai di hadapan pintu bilik Suga, pintu diketuk perlahan. Sebaik sahaja Suga menyuruhnya masuk, tombol pintu dipulas perlahan sebelum memboloskan diri ke dalam bilik.
Kepalanya sedari tadi ditundukkan. Tidak berani bertentang mata dengan Suga. " Kau jalan dengan kepala ditundukkan, nampak ke apa yang berada di hadapan? " tegur Suga. Soo Mi hanya mendiamkan diri. Kakinya bagai dipaku berdiri di hadapan pintu. Tidak sedikit pun berganjak.
Soo Mi mula pelik apabila suasana sepi dan tidak lagi mendengar suara Suga. Soo Mi mengangkat kepala apabila mendengar suara orang merintih sakit. Terbuntang mata Soo Mi melihat Suga yang cuba bangun dari katil menggunakan bantuan tongkat.
" Yah! Buat apa ni? Nak pergi mana? " soal Soo Mi cemas sambil memeluk bahu Suga untuk membantu Suga berdiri. Suga tersengih tiba-tiba membuatkan Soo Mi pelik. Jarak muka di antara mereka amat dekat sehingga Soo Mi dapat merasakan hembusan nafas Suga.
Chupp~
Serta-merta pegangan pada bahu Suga terlepas membuatkan Suga jatuh terduduk di birai katil manakala Soo Mi jatuh melurut ke lantai . " Weyh. Kau apehal jatuh terduduk nih? Pipi merah pulak tu. " soal Suga lalu menghamburkan tawanya. Soo Mi pula masih terkedu.
" Tapi pipi sebelah je merah. Meh aku buat lagi sebelah. " ujar Suga menayang sengihannya. Wajahnya didekatkan pada wajah Soo Mi yang masih diam tidak berkutik. Bibirnya sudah menghampiri pipi kiri Soo Mi...
" Hyung...nak ap..." pertanyaan Taehyung terhenti apabila pandangannya dijamu dengan adegan yang membuatnya kecut perut. " Kookie! Jaga mata kau! " ujar Taehyung lalu menekup mata Jungkook di sebelahnya dan turut menekup matanya. Suga menarik kembali wajahnya lalu pandangan dialihkan ke muka pintu.
" Kau orang nak apa? " soal Suga sambil tangannya dihulurkan pada Soo Mi supaya bangun. Soo Mi menyambut huluran tersebut dan segera bangun dan berlalu ke sofa yang berada di tepi tingkap. " Sebenarnya...kami nak tanya hyung nak apa-apa ke...tapi nampaknya macam tak je. Hehehe. " ujar Taehyung lalu tersengih.
Setelah mereka menutup pintu, Suga memandang Soo Mi yang sedang membuang pandang ke luar tingkap. " Soo Mi. " panggil Suga. Namun Soo Mi membuat tidak tahu dan pura-pura tidak dengar. Sebenarnya dia masih malu dengan apa yang berlaku tadi. " Pn. Min~ " panggil Suga seraya tersengih.
Soo Mi segera berpaling ke arah Suga. Suga hanya ketawa kecil. " Come here. " panggil Suga sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya. Soo Mi teragak-agak untuk mengikut arahan itu. " Sini la. Tolong aku. Aku nak tidur." panggil Suga lagi. Soo Mi akhirnya bergerak ke katil Suga dan membantu Suga untuk baring. Gebar ditarik dan membaluti tubuh Suga.
" Soo Mi..." panggil Suga ketika Soo Mi sedang membetulkan gebar di tubuh Suga. " Nae? " balas Soo Mi. Matanya bertemu dengan mata milik Suga membuatkan suasana menjadi sepi seketika. " Baring sebelah aku. " pinta Suga. " Mwo?! " Soo Mi terjerit kecil akibat terkejut. Suga ketawa kecil.
" Baring sebelah aku. Teman aku tidur. Duduk sebelah aku pun jadi la. " kata Suga. Akhirnya Soo Mi akur. Dia hanya duduk di sebelah Suga sambil menunggu Suga melelapkan mata. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran dengkuran halus menandakan Suga telah tidur. Soo Mi menutup mulut apabila dia mula menguap.
[ Bunyi guruh ]
Soo Mi terjaga apabila terdengar bunyi guruh berdentum. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Langit kelihatan gelap menandakan hujan lebat bakal turun. Soo Mi mula bergerak ingin turun dari katil namun pergerakannya terkunci.
Mata Soo Mi terarah pada tangan kirinya yang berada di dalam genggaman tangan Suga. Soo Mi mula gelabah dan cemas. " Aku nak kejut ke tak ya? " Soo Mi bermonolog sendirian. Akhirnya Soo Mi mengambil keputusan tidak mahu menganggu tidur Suga yang nampak pulas. Namun tangan kirinya cuba membantu tangan kanannya terlepas dari genggaman.
Dengan perlahan-lahan tangan kanannya cuba melepaskan tangan Suga dari terus menggenggam tangan kirinya. Namun seketika cuma, Soo Mi terbaring di sebelah Suga apabila Suga menarik tangan kanan Soo Mi secara mengejut. Disebabkan tangan kanan Suga yang sakit membataskan dia untuk mengiring menghadap Soo Mi.
Suga hanya memalingkan kepala memandang Soo Mi yang berada di sebelahnya. " Soo Mi..." panggil Suga lembut. Terkerdip-kerdip mata Soo Mi sambil dadanya menahan debaran. " Aku lapar...." bisik Suga. Soo Mi segera bangun dari baringan dan terus berlalu ke pintu. " Just a second. I will cook. " ujar Soo Mi segera keluar dari bilik. Suga hanya tertawa kecil melihat Soo Mi yang agak gelabah.
Selepas 30 minit kemudian, Soo Mi muncul dengan menatang dulang . Dulang tersebut diletakkan di atas meja belajar terlebih dahulu sebelum mengambil sebuah meja lipat dan diletakkan di atas katil. " Mokgeo. " arah Soo Mi setelah meletakkan dulang di atas meja lipat tersebut.
" Mianhae sebab tak dapat masak sedap-sedap . Bahan mentah dah habis. Jin oppa pun belum balik." kata Soo Mi dengan rasa bersalah. Namun Suga masih tidak menunjukkan sebarang riak apabila terpandang dulang yang hanya terdapat semangkuk nasi, sepinggan telur gulung dan sepiring kimchi.
" Kenapa kau tak call je? " soal Suga. " Errrr...." Soo Mi masih berfikir-fikir untuk menjawab soalan itu. " Aku tak nak makan la. Tak selera. " tolak Suga. Mukanya mula kelat kerana perutnya sedari tadi berbunyi. Soo Mi mula geram. Dia mengambil penyepit dan mula menyepit nasi dan telur gulung lalu disua ke mulut Suga.
Pada mulanya Suga tidak mahu namun dia tetap menyambut suapan tersebut setelah Soo Mi mendesak. " Bersyukur la awak boleh makan sedangkan negara yang berperang tak dapat makan nasi atau tak dapat makan langsung. " Soo Mi sudah mula bermukadimah.
Suga terdiam. Sebenarnya dia sengaja ingin memprotes. Dia mahu melihat sejauh mana kesabaran Soo Mi ingin menjaganya . Sengaja ingin bermanja . Dapat disuap tu memang betul tapi kena ceramah pula. Setelah selesai makan, Soo Mi mula mengemas untuk membawa turun.
" Soo Mi, tadi aku dengar benda pecah kat bawah. Kau okay ke? " tanya Suga risau. " Okay. Tadi cuma terkejut sebab guruh. " balas Soo Mi bersahaja. " Kau duduk sekejap. " arah Suga. Soo Mi akur. " Mana telefon kau? " tanya Suga. " Errrr...pecah? " balas Soo Mi. " Kenapa pecah?! " soal Suga pantas. " Sebab terjatuh. " jawab Soo Mi.
" Then...kenapa dengan tangan kau? " tanya Suga sambil menarik tangan kiri Soo Mi yang berbalut di bahagian tapak tangan. Genggaman lembut tersebut membuat Soo Mi gugup. " Er...pun jatuh. " balas Soo Mi. Suga membawa tangan Soo Mi yang berbalut ke mulutnya. Sebuah ciuman lembut diberikan. Berharap supaya sembuh.
Soo Mi hanya memerhati . Sebenarnya...dia agak terkejut, namun dia cuba tampak biasa dan tidak gelabah. Suga memandang mata Soo Mi. " Mulai hari ini, kau isteri aku yang sebenar. " ucap Suga.
" Hah?! "
To Be Continued...
Patut la tak ramai yang vote. Bila baca balik, tak best pun. 😆
#sedardiri. 😂Abaikan kesalahan ejaan.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...