BAB 1

8.7K 187 1
                                    

Nia memandang kearah cermin sebelum turun kebawah. Ini adalah hari pertama dia kesekolah barunya nia hanya memakai baju T-shirt kelabu kegemarannya Dan memakai seluar jeans warna hitam.

Dan membiarkan rambut ditocang kebelakang, dia bukannya suka sangat lepaskan rambutnya sebab berasa rimas apabila membiarkannya.

Selepas siap dia mengambil begnya yang diletakkan dimeja belajarnya bersama telefon Dan fon telinganya lalu diletakkan poket seluarnya. Dia mengeluh beberapa Kali dia memang membantah keras apabila maknya ingin dia bersekolah disekolah menengah dia memang tak suka pergi kesekolah.

Dia lebih suka belajar dirumah seperti tahun sebelumnya. Dengan langkah yang berat dia terus kebawah, bunyi pinggan mangkuk berlaga antara satu sama lain boleh kedengaran mungkin maknya baru keluarkan Dari kotak ataupun maknya tengah menyusun didalam almari.

"Selamat pagi sayang"ucap maknya apabila nia menuju kemeja makan. "Pagi"Balas nia pendek lalu duduk berhadapan dengan adik lelakinya yang tengah sibuk bermain game. "Adam berhenti main game tu"tegur maknya apabila melihat Adam yang masih belum menyentuh sarapannya.

Adam tak mengendahkan maknya, nia memandang adam lalu mengambil PSP yang dipegangnya "akak!!"marah Adam "Adam makan sarapan tu dulu"kata nia sambil memandang adiknya.

"Bagilah kak"adam merengek sambil menghentak hentakkan kakinya. Nia tidak mengendahkan adiknya lalu memakan sarapannya.

"Daniel makan sarapan tu"tegur maknya lalu mengambil jus Oren didalam peti sejuk Dan menuangkannya didalam gelas nia dan Adam. Adam memandang nia dengan geram lalu menjelirkan lidahnya, "Adam tak baik buat begitu" tegur maknya lagi, nia mengangkat keningnya sambil senyum mengejek, Adam memandang nia dengan rasa tak puas hati.

Selepas mereka sarapan nia Dan adam pun dihantar kesekolah. adam dihantar oleh maknya terlebih dahulu kerana sekolah adam lebih dekat berbanding sekolah nia.
Beberapa minit kemudian mereka pun sampai kesekolahnya ia agak besar lebih besar daripada dibayangkannya.

Sekolahnya bagaikan Istana lama yang telah wujud berkurun lamanya. tapi ia boleh dikatakan lebih moden kerana bangunan baru yang dibina,entahlah mungkin dia boleh sesat kerana kawasannya agak besar.

"Mak ini ke sekolahnya ataupun mak dah salah tempat"kata nia tidak percaya,tak mungkin ini sekolahnya. "Inilah sekolahnya"jawab maknya dengan senyuman lebar, lalu memandu masuk kedalam.

"Mak dah daftarkan awak dalam sekolah terbaik ni"kata maknya dengan gembira,nia mengeluh "t..tapi mak takkanlah sampai macam ni sekali"kata nia dengan kecewa, dia mengeluh beberapa Kali macam manalah kehidupannya lepas ni..

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now