Nia melepaskan keluhan, sambil mengemop lantai tandas. Zenny pula lari entah kemana. Memang tak guna!baik dia siapkan kerjanya supaya nanti bolehlah dia pergi melawat adiknya.
Nia menguatkan hatinya sebelum menyambung semula kerjanya. "Sini pun kau"kata wade baju panjang lengan disinsing sambil membawa sebaldi air dan mop. Nia terkejut beruk memandang wade,apahal pula mamat ni?
Apabila nia menyedari wade memegang mop dan sebaldi air.
Nia terkaku takkan anak pengetua nak tolong aku cuci tandas!"Apa yang kau nak buat?"nia menyoalnya lagi walaupun dia dah tahu jawapannya. "Aku nak tolonglah"jawab wade dengan wajah blank seperti selalu. Nia berasa tidak selesa, nanti rosaklah imej kacak mamat ni.
"Wade tak perlu pun.."belum sempat nia menghabiskan kata-katanya wade telahpun memulakan kerjanya. Kata-kata nia tidak diendahkan, nia yang dah tak tahu nak buat apa hanya mengangkat kedua-dua bahunya.
Mereka berduapun memulakan kerja. 30 minit kemudian, setelah semua kerja siap dan barang-barang mencuci disimpan ditempatnya. Nia dan wade mencuci tangan mereka diluar stor.
Muncul satu idea gila semasa nia mencuci tangan. Dia mencuri pandang kearah wade yang tengah sibuk membersihkan lengannya. Nia menutup pili air sebelum perlahan-lahan menuju kebelakangnya.
"Boo!"
Nia menyentuh pinggangnya tapi langsung tiada reaksi dari wade.
Wade menoleh kearahnya, satu senyuman jahat terukir dibibir wade. Nia yang mulai berasa tidak sedap hati berundur kebelakang, wade terus mengangkat nia dibahunya seperti guni beras."Ahh!!" Nia menjerit wade memusingkan badannya nia ketawa berasa seronok. "hahaha! Wade.!!"jeritnya ,wade berhenti dan terus menurunkannya. Wade tersenyum manis lesung pipitnya jelas kelihatan. Dia berasa gembira apabila melihat nia gembira.
Nia yang masih ketawa memegang perutnya. Terasa kejang, masalah yang dihadapi bagaikan dilupakannya seketika.
Tanpa disedari mereka sangat dekat ketika itu kedua-dua bahu nia dipegang wade.Nia berhenti ketawa apabila matanya bertentang dengan mata wade yang berwarna biru.
Masa bagaikan terhenti jantung nia berdegup dengan laju. Dia terpesona melihat mata biru wade yang tajam menikam hatinya."I love you" satu ayat yang keluar membuat nia bungkam.
Lidahnya keluh. Degupan jantungnya meningkat. Nia tunduk dia mulai tidak keruan,
Wade memegang dagu nia dan memaksa nia mendongak "I really love you nia"ucapnya, wajah wade kelihatan serius.Wade mendekatkan wajahnya diwajah nia. Cup! Satu ciuman hinggap dibibirnya.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...