bab 20

2.5K 79 2
                                    

Kring!!kring!!

Telefonnya berdering dengan kuat. Wade yang tengah sibuk memasak mematikan apinya.

Telefonnya dijawab apabila nama 'jonath' tertera diskrin telefonnya. Dia menuju keruang tamu dan terus melabuhkan punggungnya disofa.

"Bos kami dah dapat orangnya.."suara garau jonath menyapa telinganya.

Wade menyilang kakinya, dia menyandarkan tubuh dengan tenang. "Jangan biarkan dia terlepas, aku akan pergi sana sekejap lagi"balasnya selepas itu dia terus mematikan panggilannya.

Dia menuju keatas.. dia menjenguk kebiliknya. Kelihatan nia telahpun dibuai mimpi apabila melihat posisinya yang agak lucu badan nia terlentang dengan selimutnya terlurut kebawah.

Dia menuju kearahnya selepas itu dia terus menyelimutinya dengan betul. Dia tersenyum lembut.

Nia dah banyak menderita, dia sangat sakit hati apabila nia diperlakukan begitu.

Kan bagus kalau dia bertemu dengannya  lebih awal. Tapi kali ni dia tidak akan membiarkannya lagi.

Dia akan hapuskan mereka semua ataupun lenyapkan mereka. Membuatkannya lebih baik lagi dia akan buat nia menjadi miliknya.

Tanpa ada halangan dan masalah. Dia akan membuatkan nia bergantung dengannya sampai dia tidak  memandang sesiapa lagi.

Sampai hanya dia saja yang berada dimata nia. Dia dah tak kisah sebab dia yakin dia akan dapat apa yang dia inginkan seperti selalu.

Dia mengambil jaket kulit berwarna hitam, dan berlalu keluar. Sebelum dia keluar dia berpesan kepada orang gajinya agar masak bubur untuk nia dan jangan biarkan dia keluar.

Dia menuju ketempat yang jonath maksudkan pada mesej yang baru diterima. Dia memandu keretanya dengan laju.

Dia menekan minyak keretanya wajahnya kelihatan selamba. Sampainya dia disebuah gudang lama dia terus memberhentikan kereta.

Gudang itu agak sunyi dengan lampu jalannya yang telah rosak.
Rumputnya tumbuh dengan tinggi, dia memandang keluar tingkap.

Dia memakai jaket kulit yang dibawa kerana suhu pada malam itu agak sejuk. Dia keluar dari kereta sejurus saja melihat jonat yang bertubu sasa dan tinggi keluar dari gudang bersama orangnya.

Lengannya penuh dengan tatoo,rambutnya dipotong bersih. Wajah kelihatan serius.

"Mana lelaki tu?"soal wade dia kelihatan seperti tidak menghiraukan mereka semua.

"Didalam bos"balasnya wade terus masuk kedalam. Jonath menyusul dari belakang.

Walaupun wade agak muda tetapi baginya lelaki ni sangat bahaya. Dia sangat lain dengan ayahnya dan sangat berbeza.

Kelihatan seorang lelaki yang terkulai lemah diatas tanah. Badannya penuh dengan lebam, bajunya telah kotor dengan tanah bercampur darah. Lelaki itu berumur disekitar 30-an.

Wade berdiri didepannya lelaki yang masih sedar itu terus mendongak memandangnya. Dia kelihatan sangat takut.

Wajahnya wade tidak menunjukkan sebarang perasaan, "a...apa ya..yang kau nak sebenarnya?dengan bibir yang terketar-ketar dia menyoal wade.

Dia tahu wade pasti ketua mereka, apabila melihat lelaki begis yang membelasah dengan teruk kelihatan sangat takut sejurus saja wade masuk kedalam.

Wade mengangkat keningnya "aku nak tahu siapa yang beli dadah ni?"wade mengeluarkan botol kaca kecil milik nia yang dijumpai dibiliknya.

Lelaki itu kelihatan takut, "a..aku tak tahu..banyak pelanggan yang beli dadah dari aku jadi aku memang tak tahu"jujurnya dia memang tidak boleh menipu ketika itu. Kerana apabila dia memandang mata lelaki muda itu dia tahu dia takkan hidup lama jika dia cuba untuk menipu.

Matanya sangat dingin wajahnya tidak berperasaan. Wade mengeluarkan sesuatu dari koceknya "jadi lelaki ni kau kenal?"gambar seorang lelaki berambut hitam ditunjukkannya.

Lelaki itu terdiam dia seperti pernah nampak wajahnya, ya!! Lelaki ni lah yang membeli dadah darinya 3 tahun lalu.

Bulatnya memandang gambar itu. "Dia salah satu pelanggan aku dulu"balasnya perlahan.

"Dia adalah pelanggan tetap aku dulu"dia menjelaskan semuanya diingatnya. Pada waktu itu dihanya fikir untuk menyelamatkan dirinya.

"Kau tahu dimana dia sekarang?"soal wade dengan nada yang mendatar. Lelaki itu mulai berpeluh sejuk apabila pandangan tajam dihalakan kepadanya.

"Tak..aku tak tahu, hanya itu saja yang aku tahu"dia mengelengkan kepalanya dengan kuat. Dia kelihatan takut.

"Itu je?"

Wade memandangnya ingin kepastian dari. "Ya..itu saja yang aku tahu jadi tolonglah lepaskan aku"rayu lelaki itu.

Wajah wade berubah menjadi bosan. Lelaki itu merayu sambil melutut..

Air mata mulai mengalir dipipinya tetapi itu langsung tidak membuatkan wade berasa kasihan dengannya.

"Bagi pistol kau jonath"wade menoleh kearah joneth yang dari tadi memandang mereka.

Orang suruhan joneth memandang wade dengan terkejut. "Tapi bos.."dia kelihatan ragu-ragu.

"Kau nak aku ulang lagi?"wajah wade menjadi serius, "tak..sebenar"belum sempat joneth menghabiskan kata-katanya wade terus mengambil pistol yang diletakkan  dipinggangnya.

"Tolonglah!!"lelaki itu merayu apabila menyedari wade hendak menembaknya.

Bang!!!

Satu das tembakan dilepaskan tepat dikepalanya. Bunyi bergema diseluruh gudang itu.

Lelaki yang merayu sebentar terus rebah jatuh ketanah. Darah mulai keluar dari kepalanya.

Bau hamis mulai menusuk hidung mereka. Jonath memandang wade dengan terkejut, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tetapi orang suruhannya lebih terkejut dengan tindakan wade.

Wade kelihatan tenang.. lelaki ni dah tak berguna..dan hanya membawa masalah kepadanya.

Bang!!bang!!bang!!

Dia menembak lagi lagi lelaki yang telah mati itu bertubi-tubi.

Wade kelihatan seronok apabila melihat darah yang mengalir dengan banyak.

Jonath terus menghalangnya dengan memegang pistolnya "Bos sudahlah tu"kata jonath memberhentikan tindakan wade.

Dia manusia juga jadi dia juga mempunyai perasaan kasihan. Mereka pasti terkejut apabila anak kepada pemilik syarikat yang dikenali sangat baik mempunyai anak yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Wade memandangnya dengan tajam, keadaan pada waktu itu agak tegang.

Dia kelihatan sangat dingin "bakar mayat ni"arah wade dia terus pergi dari situ tanpa memandang mereka.




















Obsesi CintaWhere stories live. Discover now