Bab 34

1.8K 66 7
                                    

nia melepaskan keluhan kecil makanan yang berada didepan tidak disentuh. danise yang dari tadi memerhatikan nia yang asyik mengeluh berasa risau.

dia ingin membuka mulut menanyakan soalan tentang kejadian tempoh hari. kenapa nia lari dari hospital? tapi dia merasakan soalan itu tidak sesuai untuk persoalkan sekarang. "kenapa ni?"danise menyoalnya, nia terkejut dari lamunannya dan terus memandang  danise.

nia tersenyum hambar.
"murung je aku nampak.kau ada masalah?"soal danise cuba untuk tahu apa masalah kawannya. nia  susah untuk membuka mulut ketika itu, kerana dia bukan jenis yang suka meluahkan masalahnt kepada orang lain.

tapi dia takut pula danise  terasa hati sebab dia seperti membina tembok pada hubungan persahabatan mereka. "nanti aku bagitahu"kata nia, danise mengangguk cuba untuk memahami kawannya.

belum sempat danise membuka mulut seorang perempuan berambut blond mencurahkan air dikepala nia. "opss! maaf" ujarnya sambil ketawa bersama geng-gengnya yang lain. make up tebal baju tidak cukup kain, mereka kelihatan seperti barbie hidup.

"zenny ini ke perempuan yang kau cakapkan tu?"kawannya yang berambut pendek menyoal.
"kau rasa?" dia dengan sinis memandang nia. nia cuba untuk bersabar apabila dia dimalukan didepan orang ramai! kerana pada ketika itu semua pelajar yang berada dikantin memandang kearah mereka. Ingin tahu siapa yang menjadi mangsa kali ini.

"jomlah danise"nia cuba untuk mengelak, dia menarik lengan kawannya walaupun  danise masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"dialah perempuan yang menyundal dengan wade!"zenny menyatakannnya dengan kuat.sengaja menguar-uarkannya agar semua pelajar tahu tentang perkara ni.

bukk!!!

nia menumbuk wajah zenny. danise dan kawan zenny yang lain terngangah. termasuk zenny selama dia hidup dia tidak pernah ditumbuk! dia memegang pipinya yang bengkak "ka..kau!" dia memandang nia dengan marah.

manakalah nia memandangnya dengan tajam. nafasnya turun naik menahan amarah "wade? menyundal dengan dia? " suara nia meninggi, dia dah tak dapat bersabar lagi! perempuan ni memang tak guna!!

"berani kau tumbuk aku!! aku akan pastikan kau dibuang sekolah"ugutnya, nia ketawa seperti kata-
kata zenny hanyalah gurauan wajahnya terus berubah menjadi serius "aku tak takut! buatlah!!"ujar nia dia mendekati zenny dengan berani.

zenny  mengetap gigi dan terus meluruh kearahnya rambut nia ditarik dengan kuat.

bukk!!

nia menumbuk perut zenny "argh!" zenny mengerang kesakitan, rambut nia dilepaskan. nia mengambil kerusi yang berada berdekatan dengannya.

dia terus mengangkat kerusi itu dan bercadang untuk memukul zenny dengan kerusi itu.

"berhenti!!!"

niatnya terhenti apabila guru disiplin datang.
    
         ******************

"berani kamu buat masalah disekolah!!"

nia dan zenny ditengking guru disiplin aka cikgu jayden guru sukan nia. nia tunduk zenny dengan wajah bengkaknya memandang cikgu jayden dengan rasa meluat.

"kamu berdua akan didenda cuci tandas selama seminggu!"katanya dengan tegas. nia terus memandang cikgu jayden tidak setuju dengan keputusannya.

"tapi cikgu.." nia cuba untuk protes tapi belum sempat dia menghabis kata-katanya cikgu jayden memotong "tiada alasan" nia bungkam.

1 jam kemudian setelah dicuci telinga oleh cikgu jayden nia keluar dari bilik disiplin dengan wajah mendung. zenny  yang berada dibelakang nia melanggar bahunya sebelum meninggalkan bilik disiplin dengan rasa marah.

nia membuka langkahnya. kenapa banyak betul masalah yang dihadapi? nia merasakan dirinya sangat malang. mood nia tidak berapa baik pada masa itu, dia seperti hendak menangis.

dia melajukan langkah tapi langkah nia terhenti apabila dia terlanggar seseorang. dia mendongak kelihatan wade tengah memandangnya.

nia berundur setapak kebelakang bercadang untuk meninggalkan wade kerana dia hendak bersendirian.

"nia"

langkah nia terhenti apabila wade memanggilnya.
"apa yang kau nak?"soal nia dengan suara yang bergetar. tiba-tiba dia menjadi emosional, diapun tidak faham dengan dirinya.

Wade memegang bahu nia lalu memusingkan kearahnya agar dia dapat melihat wajah nia dengan lebih dekat. "Mesti kau rasa teruk sekarang ni"kata wade memandang wajah nia yang penat.

"Kau takkan faham"balas nia sambil tunduk,menyembunyikan wajahnya. Wade memeluk nia kepala nia berada didada bidangnya. "Aku memang tak faham. Tapi aku boleh jadi pendengar yang baik"kata wade sambil tersenyum menampakkan lesung pipit dipipi kanannya.










Obsesi CintaWhere stories live. Discover now