Bab 33

1.7K 65 4
                                    

"perlahan sikit!"jerit nia sambil memukul lengan wade beberapa kali. wade menekan minyak, kereta yang berada didepan dipotongnya.

jantung nia bagaikan luruh jatuh kelantai.

"wade!"

nia menoleh kearahnya. wajah wade kelihatan tegang dan risau. wade melajukan lagi, "ahh!!!!!" nia menjerit apabila kereta hitam didepannya hampir dilanggar.

skreett!!

wade menekan brek secara mengejut nia tertolak kedepan.

Bamm!!

wade terlanggar kereta didepannya.

nia  memegang dadanya, nafasnya turun naik jantungnya berdegup dengan laju. lututnya terasa lemah. wajah nia menjadi pucat lesih. wade kelihatan tenang walaupun dia baru melanggar kereta orang!

kereta yang dilanggar remuk dibahagian belakang. pintu kereta itu dibuka muncul seorang lelaki yang masih dengan pakaian kerjanya.
kemeja putih disinsingkan tali leher dilonggarkannya.

dengan wajah marah dan terkejut apabila keretanya remuk. dia menuju kearah kami. wajah stressnya jelas kelihatan, cermin dibahagian wade diketuk dengan kasar.

tok!tok!tok!

nia mulai takut dia memandang wade yang selamba membuka telefonnya. cermin diturunkan "tengok apa yang kau dah buat dengan kereta aku!!"marah lelaki itu.

"kau telefon peguam aku, nanti dia akan uruskan semua"ujarnya sambil memberi kad peguamnya yang diambil dari dompet.selepas memberinya
tanpa menghiraukan lelaki itu dia menutup cermin kereta sebelum berlalu pergi.

"what the fuck! come back here you retard!!" maki lelaki itu apabila  dia tidak dipedulikan. nia yang melihat kelibat lelaki itu menjauh hanya mampu salute tindakan berani wade.

"kalau dia lapor dengan polis nanti macam mana?"soal nia dia menelan air liurnya. wade menoleh kearah nia. takut? langsung tiada dimatanya. nia memang tidak tahu apa yang wade fikirkan.
memang susah untuk ditafsir apatah lagi diduga.

"peguam aku akan uruskan semua"jawab wade dengan nada yang mendatar. 5 minit kemudian mereka berhenti dihospital. nia mengerutkan dahi, keningnya hampir bertaut, apa yang wade nak buat dihospital?

nia keluar dari perut kereta apabila melihat wade meloloskan diri.

"kita buat apa disini?"

nia menyoalnya, "kau akan tahu nanti"jawab wade, nia mendongak memandangnya. mata mereka bertaut tidak sampai 2 saat nia terus melarikan anak matanya.
wajahnya merah.. memang susah, susah untuk dia meneka apa yang difikirkan wade.

mereka pun masuk kedalam.
jantung nia berdegup dengan laju secara mengejut. seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. hati kecilnya dapat meneka dengan betul apabila dia melihat ibunya puan lily tengah berdiri didepan wad.

puan lily berpeluk tubuh wajah risau jelas kelihatan.
apa yang dah jadi? pelbagai persoalan timbul dibenaknya.

"mak!!"panggil nia, puan lily agak terkejut dia terus memandang mereka berdua.
wajah wade menjadi dingin.
"apa yang dah jadi?"soal nia dengan risau. puan lily kelihatan hendak menangis.
dengan rambutnya yang tidak begitu terurus.

"adam koma nia" apabila mendengar kata-kata puan lily. nia bungkam adam? adik aku koma? "adam? m..macam mana.."lidahnya kelu.

"dia dilanggar kereta"jawab puan lily. tanpa banyak cakap dia terus masuk kedalam. kelihatan adam terbaring lemah diatas katil dengan bantuan pernafasan.
pengesan degupan jantung kelihatan lemah. badan dan kepala adam berbalut. nia menuju kearahnya.

adam!! macam mana boleh jadi macam ni? dia berasa sebak dan terkejut dengan apa yang berlaku seperti batu yang besar datang menimpa. Banyak betul dugaannya kenapa adam yang harus kena?

tubir matanya mulai berair.
nia hanya mampu berdoa dan berharap yang adam akan selamat.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"aku nak kau jangan dekat dengan anak aku lagi"puan lily memberi wade amaran dengan wajah penuh dengan kebencian. wade tersenyum sinis "apa hak kau?"balasnya dengan tajam.

puan lily yang tidak dapat membendung kemarahannya terus menampar wade.

papp!!

pipi wade merah, "mak!" nia yang terlihat kejadian itu terkejut. "apa yang mak buat ni?"nia memandang ibunya dengan benggang. nia terus melindungi wade dengan berdiri didepannya.

"mak tak suka kamu berkawan dengan dia"jawab puan lily dengan tegas.

"kawan dengan dia? apa yang mak cakap ni? apa salah wade dengan mak?"bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh nia kepada puan lily. puan lily memandang nia, jawapan nia tidak dijawab.

dengan rengusan kasar ibunya masuk kedalam wad.
nia melepaskan keluhan kecil "macam mana kamu berdua boleh kenal?"nia menoleh kearah wade.

wade diam membisu. macam ibunya juga soalannya ditinggalkan sepi.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now