bab 28

1.9K 70 3
                                    

nia perlahan-lahan membuka matanya "nia!" ujar danise apabila menyedari yang dia telah sedarkan diri perbualan dia dengan paul terhenti tanpa menghiraukannya dia terus mendekatinya. wajahnya kelihatan risau paul hanya berdiri dan memandang mereka berdua, dia memang kenal dengan perangai adiknya yang mudah susah hati terutamanya dengan orang yang dia ambil berat.

"aku kat mana ni?"soal nia wajahnya kelihatan binggung. "hospital..kau kat hospital"jawab danise dia duduk disebelahnya. "hospital?bukan aku.." ayatnya mati,memori dia melarikan diri datang menerpa. "apa yang dah jadi?"soal nia dia memandang wajah polos danise.

danise melepaskan keluhan sepatutnya dia yang menyoal nia apa yang dah jadi dengan dirinya. tangan nia digenggamnya dengan erat "ada orang jumpa kau pengsan didalam hutan. apa yang dah jadi sebenarnya nia kenapa kau boleh berada disana??"bertubi-tubi soal dilemparkan.

mulut terasa berat, dia ligat berfikir mempertimbangkan sama ada dia patut bagitahu atau tidak. kalau dia bagitahu nanti danise salah anggap dengan wade, kalau dia tak bagitahu nanti danise terasa dengannya. buat apa dia nak risau pasal wade bagitahu jelah habis cerita tapi..

dia kelihatan ragu-ragu "sebenarnya aku..." dia cuba untuk menjawabnya tetapi suaranya seperti tersekat kerongkong. "jangan paksa dia nis.."paul yang tadi berdiam diri bersuara, dia berpeluk tubuh. "dia masih belum sihat.."tambahnya  lagi, wajah danise kelihatan hendak memprotes tapi apabila melihat wajah paul yang serius dia akhirnya mengalah.

paul kalau dah serius dia memang tidak boleh bantah kata-katanya. "maafkan aku danise.."ujarnya dengan wajahnya yang bersalah. danise tersenyum hambar dia memang nak tahu sangat apa yang dah jadi tapi kelihatan nia masih belum bersedia untuk memberitahunya semuanya.

"tapi yang pelik ni mak kau kata kau ada dirumah"kata danise dahinya berkerut sedikit, rumah? dia tak cari aku ke? dah lebih seminggu aku tak balik rumah. semakin dia memikirkan perkara tersebut semakin kusut fikirannya.

kring!!kring!!

"aku nak jawab telefon kejap..kamu berbual lah dulu"ujar danise apabila nama emaknya tertera diskrin telefon. danise berdiri dia pun menjawabnya "hello mak" ujarnya sambil berlalu keluar, keadaan didalam bilik itu agak kekok.

sebab dia jarang berbual dengan paul, kalau berbualpun danise pasti ada disisinya. "maaflah danise memang macam tu"jelas paul dia tersenyum, nia membalas senyumannya "aku okay je..tak perlu nak minta maaf"jujurnya dengan ikhlas.

"dan aku sebenarnya bukan layak nak cakap macam ni.. kau kena berhati-hati dengan wade"kata paul, nia terkaku seketika "kenapa kau  cakap macam tu?"soal nia, dia cuba untuk berlakon tenang ketika itu. walaupun jantung berdegup dengan laju, dia tahu?kenapa dia takut sangat ni padahal dialah mangsa keadaan.

"aku sebenarnya nampak wade didepan rumah kau beberapa hari yang lepas semasa nak hantar buku rujukan yang danise pinjam, jadi aku fikir mungkin kamu rapat..sebenarnya wade"belum sempat dia menghabiskan kata-katanya danise menjenguk kedalam "paul mak nak kau balik kejap kerumah"katanya.

nia cuba untuk bersuara tapi niatnya terhenti, paul memandangnya sejenak dan terus pergi keluar bilik nia hanya mampu memandang kelibatnya pergi . jadi wade ada pergi kerumah dia beberapa hari yang lalu, apa yang dia buat..

dia tiba-tiba teringatkan mimpi tersebut, tak..tak mungkin dia sedaya upaya untuk menidakkan perkara tersebut. selimutnya digenggam dengan erat, "tak..tak mungkin"katanya dia cuba untuk berfikiran positif, sambil menghalang fikiran negatif yang datang kemindanya.

"da..danise!"dia memangil kawannnya.. "danise..!" panggilnya lagi, danise masuk kedalam "kenapa nia?"soalnya wajah nia kelihatan risau ketika itu, dia mendongak memandang danise.

"boleh pinjam telefon kau kejap saya nak telefon mak saya"katanya, danise mengangguk dia pun menhulurkan telefonnya. nia mengambilnya sambil cuba untuk tersenyum  "thanks"ucapnya "nia aku nak ketandas kejap"katanya nia mengangguk dia pun keluar dari bilik. nia menelefon ibunya beberapa kali tetapi tidak dijawab.

dia mulai berasa tidak sedap hati, dia menelefonnya lagi tapi tiada yang menjawab. 'aku bunuh dia sebab kau' kata-kata ketika didalam mimpi tergiang-ngiang ditelinga. nia berdiri serta merta.. "tak.. tak mungkin" dia kelihatan tidak keruan tanpa banyak cakap begnya diambil dan dia terus keluar dari bilik.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now