bab 30

1.8K 63 1
                                    

nia turun dari bas, hari semakin senja. langit kelihatan telah berubah warna. pada ketika itu nia langsung tak tahu yang dia berada dimana, dia memandang sekeliling dia kelihatan telah jauh dari bandar.

bangunan dan kedai langsung tidak kelihatan yang ada cuma perhentian bas. dia duduk diperhentian bas dengan wajah yang benggang, apa yang dah jadi? dia meraup wajahnya perlahan-lahan satu keluhan dilepaskan.

menjerit? itulah perkataan pertama yang timbul dibenaknya. satu masalah timbul satu lagi yang timbul. wade, ibunya mana satu yang dia nak percaya nia kelihatan keliru. apa akan jadi kalau dia ikut wade? argh!! aku tak nak fikir jeritnya dalam hati.

kata-kata paul terngiang-ngiang ditelinganya. kejadian ibunya bertemu ayahnya datang menerjah, nia menjadi keliru dia memegang kepalanya.

dia berdiri dan cuba untuk menghalau semua fikiran tentang masalahnya yang datang. "semuanya akan okey" nia cuba untuk menenangkan hatinya.

dia menarik nafas dan menghembuskannya.

bukk!!

satu hentakan hinggap dikepalanya secara mengejut! dunianya terus menjadi gelap.

***********

nia terjaga apabila sebaldi air disimbahkan kewajahnya. dia terbatuk-batuk apabila dia tertelan sedikit air.

matanya terbuka dengan luas, satu pancaran lampu mentol yang malap menerangi tempat yang gelap itu.

pada waktu itu dia berada diatas kerusi dengan kedua-dua tangannya diikat kebelakang dengan tali.

kepalanya terasa sakit berdenyut-denyut. seperti dipukul dengan benda yang keras.tangannya terasa kebas akibat diikat dengan kuat.

"ini ke betina tu?" suara seorang perempuan menyapa telinganya, ia kedengaran penuh dengan kebencian.

nia mendongak kelihatan seorang perempuan muda berusia dilingkungan 20 an tengah berdiri didepannya bersama dua orang lelaki berbadan sasa.

dia mengerutkan dahinya, pakaian perempuan itu sangat seksi dan tidak cukup kain.

seluar jeans pendek menampakkan kakinya yang panjang dan putih gebu. bajunya yang ketat dengan buah dada yang besar.

rambut blond yang panjang make up yang tebal. perempuan itu memandangnya dengan tajam.

apa hal dengan minah ni? ujarnya dalam hati. tak tahu apa kesalahannya sampai diheret ketempat yang menakutkan ni.

"apa ni? kenapa kau ikat aku macam ni?"soal nia sambil memandang minah tu.

dia tersenyum sinis rambutnya terus ditarik "argh!! apa ni!" marah nia berasa sakit dengan tindakan perempuan tu.

"sebab kau lah wade tak pandang aku lagi!!" katanya dengan kasar. nia memandangnya dengan binggung.

wade? apa hubungan perempuan ni dengan wade. cengkaman pada rambutnya bertambah kuat nia menahan sakit dengan mengetap giginya.

bagaikan nak tercabut rambutnya ketika itu. "wade milik aku! kenapa dia nak suka perempuan macam kau!!" dia melepaskan dengan kasar.

nafasnya turun naik perasaan cemburu memenuhi hati. dia memegang dagu nia dan memaksanya mendongak "aku lebih cantik dari kau! dan kaya!! apa yang kau buat sampai wade pandang kau!!!"dia kelihatan seperti telah hilang akal.

selama ni semua yang dia nak dia akan dapat! dan sekarang tiada siapa yang boleh halangnya memiliki wade.

nia hanya diam membisu, perempuan ni suka hati je nak tarik rambut aku! rasa marah memenuhi hati ia mengelegak dengan kuat seperti hendak meletus.

"kau dah gila ke?" nia bersuara tanpa sebarang rasa takut kerana perasaan marah  lebih mengatasinya. wajahnya kelihatan tenang..

"gila!?"perempuan itu memandangnya seperti hendak menelannya hidup-hidup.

"sejak bila wade suka aku? yang kau tarik rambut aku ni dah kenapa."nia sedaya upaya mengawal suaranya.

"jangan kau nak berlakonlah betina!! mesti kau menyundal dengan dia!!" tuduhnya sambil menunjal-nunjal kepala nia.

nia yang ditunjal kepalanya hanya mampu bersabar. kalau terbuka ikatan ditangannya alamat makan kaki perempuan ni.

"tolonglah..aku tak kena mengena dengan love story kamu berdua ni"ujar nia dengan nada yang meluat.

"hahaha...memang takde kena mengena tapi lepas aku hancurkan hidup kau"ujarnya sambil ketawa sinis.

tangannya yang runcing dengan kuku yang diwarnakan membuka butang baju nia satu persatu.

nia mulai berasa tidak sedap hati. "apa yang kau buat ni?" dia mulai cemas.

perempuan itu dengan senyuman jahatnya memandang kedua-dua lelaki sasa yang berada dikiri dan kanannya.

"kamu tahukan apa nak buat"ujarnya tanpa membalas kata-kata nia.

"rogol dia"

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now