bam!!!!!
bunyi hentakan boleh kedengaran dengan kuat.
"tolonglah saya merayu dengan kau" seorang lelaki penuh dengan lebam merayu sambil menangis teresak-esak supaya daniel menghentikan semuanya.
kawannya yang terbaring lemah dan kesakitan terbaring disisinya dan gengnya yang lain semuanya telah pengsan akibat dipukul. daniel tersenyum sambil memegang kayu besbol yang penuh dengan darah yang menitis jatuh kelantai.
daniel duduk mencangkung memandangnya "cuba kau fikir siapa yang mulakan dulu"
lelaki tersebut tunduk kerana berasa begitu takut untuk memandangnya tangannya yang terketar-ketar digenggam dengan erat. "dan cuma kau je yang tinggal sekarang... hahahaa!! Its so fun!! " daniel ketawa sambil menunjal-nunjal kepala lelaki itu, daniel berdiri lelaki itu terpaku tak tahu nak buat apa kerana berasa begitu takut.
dia menyesal kerana mencari pasal dengan daniel dia sangat menyesal..tapi nasi sudahpun menjadi bubur dah takde gunanya menyesal. "okay apa yang nak saya buat dulu ye..."
daniel tersenyum lebar dia memegang dagunya "hah!! saya dah tahu nak buat apa.."
lelaki itu menelan air liurnya dan bercadang hendak melarikan diri..
"bamm!!!"
belum sempatpun dia bertindak daniel memukulnya dengan kayu besbol. dia memukulnya tanpa berhenti..
lelaki itu mengerang kesakitan dia cuba untuk menahannya tetapi pukulan daniel terlalu kuat dan betul-betul kena dibelakangnya. daniel ketawa berasa seronok dengan tindakannya. dia berasa seronok apabila lelaki itu kesakitan..sebab itu yang dia mahu.
"argh!!!!!"
lelaki itu menjerit kesakitan tetapi daniel tetap tak berhenti... matanya dipenuhi dengan kesoronokkan dan keterujaan 'bunuh ' suara kecilnya memenuhi ruang benaknya.
'kau memang tak berguna' wajahnya berubah menjadi tegang.. dia menjerit dengan marah secara tiba-tiba.
wajah ayah dan abangnya muncul dilayar matanya 'kelahiran kau hanya satu kesilapan anak haram!!' wajahnya menjadi merah menahan marah..
pukulannya bertambah kuat... darah memercik diwajahnya dia berhenti memukul apabila lelaki yang berada didepannya telah tidak bernafas. Wajahnya telah hancur dipukulnya.
Daniel yang tercungap-cungap terus membuang kayu tersebut.
'anak haram!'
'kau memang tak berguna!'
kata-kata tersebut memenuhi ruang benaknya. dia memegang kepalanya supaya suara tersebut hilang.. tetapi ia semakin lama semakin kuat..
"diamlah!!!" dia menjerit dengan kuat... dia terduduk melutut air matanya berguguran dengan laju..
kring!!!kring!!
telefonnya berdering.. tangannya yang terketar-ketar. nama ayahnya tertera ditelefonnya...
dia terus membuangnya tanpa berfikir panjang..
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...