bab 23

2.1K 75 1
                                    

Nia keluar dari kereta, victoria yang besar tersergam indah didepannya.

Rumah itu mempunyai laman yang besar yang dikelilingi oleh pagar yang menjadi sempadan antara hutan yang mengelilinginya.

Wade membawanya kesatu Rumah yang jauh dari bandar.

Tapi...

Kenapa wade bawa dia kesini? Nia menoleh kearah wade tengah sibuk mengeluarkan bagasi dari bonet keretanya.

"Kenapa kau bawa aku kat sini?"luahnya. Wade yang tengah mengangkat bagasi memandang kearahnya.

Dia tidak menjawabnya malah wade seperti tidak menghiraukanya apabila dia terus berjalan menuju pintu masuk rumah tersebut.

Nia berasa geram dia bagaikan orang bodoh menanyakan hal tersebut. Mahu tak mahu dia terus membuka langkah menuju kearahnya.

Wade mengambil kunci didalam koceknya. Selepas itu dia terus membuka kunci rumah neneknya.sejurus saja pintu rumah dibuka bunyi pintu berkeriut jelas kedengaran.

Wade masuk kedalam, apabila kaki nia mencecah lantai. Bulu romahnya terus berdiri dia mulai berasa tidak sedap hati.

Dia merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Nia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan agar dia dapat menenangkan hatinya lebih baik lagi apabila semua fikiran negatifnya terus hilang.

Dia cuba untuk berfikir positif. Wade yang baru masuk kedalam terus meletakkan bagasinya diatas sofa baldu berwarna biru cair lalu menuju ketingkap dan menarik langsir tingkap serta membuka tingkap agar udara segar dapat masuk kedalam.

Ruang tamu yang gelap sebentar terus menjadi terang apabila cahaya matahari mulai menerobos masuk kedalam.

Nia memandang sekeliling dengan kagum. Dia ternganga melihat susun atur rumah agam yang besar ini.

Dengan berkonsepkan klasik ia membuatkan nia merasakan dirinya pergi kemasa lalu.

Pendiang api yang dibuat dengan cantik serta perabot-perabot juga kelihatan sangat mahal. Diatas pendiang api terdapat gambar nenek dan datuknya yang tengah duduk dengan pakaian formal.

Mereka kelihatan bahagia dan gembira dengan senyuman neneknya hingga ketelinga yang menampakkan giginya yang cantik dan putih.

Tapi apabila dia memandang wade dia merasa disebaliknya. Kenapa wade kelihatan tidak begitu gembira dengan hidupnya.

Dia jarang tersenyum bersikap dingin ataupun dia memang begitu?. Dia kenal wadepun baru beberapa bulan. Dia rasa lebih baik dia tidak memikirkannya, kerana itu bukannya masalah dia.

Selepas membuka tingkap wade mengangkat semula bagasinya. Dia terus berjalan menuju ketangga.. "nia aku nak pergi atas kejap."katanya lalu memanjat tangga.

"Aku nak ikut"katanya tidak mahu berseorangan dibawah. Kerana ia sangat menyeramkan..nia mengikutinya dari belakang.

Sampainya mereka diatas, mereka menuju kesatu bilik yang tidak jauh dari tangga. Nia sangat kagum apabila melihat lukisan yang tersangkut kemas di dinding rumah.

Lebih-lebih lukisan seorang perempuan berambut blond, perempuan itu tengah menari ballet. Ia sangat cantik..

Wade kelihatan tidak berminat dengan semua lukisan itu. Dia hanya melimpasinya tanpa memandangnya.

Sampainya mereka disatu bilik wade terus membuka pintu dan masuk kedalam. Nia yang berdiri didepan pintu hampir terbeliak matanya apabila melihat bilik yang cantik dan besar itu.

Dengan katil saiz queen.. wade meletakkan bagasi yang dipegang pada sofa berwarna coklat dibilik itu. Wade menoleh kearah nia yang masih berdiri dimuka pintu.

"Lupa pula nak bagitahu.. kau akan tinggal disini mulai sekarang."kata wade dengan spontan.




Obsesi CintaWhere stories live. Discover now