Bab 14

2.6K 102 5
                                    

nia memandang keluar tingkap..

apa yang patut dia buat sekarang ni? wade dah tahu yang dia terdengar perbualan mereka ditandas..

kalau daniel tahu macam mana! dia takut yang lelaki itu akan melakukan sesuatu yang berbahaya terhadapnya.. tapi kenapa aku lebih takut dengan wade.. ujarnya dalam hati.

sekarang dia lebih takut dengan wade..pandangan dinginnya membuatkannya berasa kecil didepannya..

apa yang aku harus buat?

aku kena buat sesuatu! fikir..fikir nia!! nia memegang kepalanya..  tanpa disedarinya tangannya mengetuk-ngetuk meja belajarnya.

wajahnya yang pucat..matanya yang biru..bibirnya yang merah.. tidak!!! apa yang aku fikirkan ni.. wajah wade memenuhi fikirannya..

kring!!kring!!

disebabkan terlalu terkejut nia hampir terjatuh dari kerusinya apabila telefonnya berdering dengan kuat..

"siapa ni!?" nia yang berasa geram melihat skrin telefonnya "nombor tak dikenali..?" tanpa berfikir panjang dia terus menjawabnya..

"hello.."

"hello nia"

nia mengerutkan dahinya siapa yang telefonnya malam-malam buta ni.. tapi suara yang menelefonnya macam pernah didengar.

"siapa ni? "

"sayalah..wade"

nia terkejut beruk.. tangannya mengeletar ketakutan tetapi dia mengengam dengan erat. dia cuba menenangkan dirinya. dia cuba menguatkan hatinya..

"apa yang kau nak?"

"aku nak kau keluar"

"huh.. apa maksud kau ni?" nia perlahan-lahan menjenguk keluar.. kereta sport hitam tersadai diluar rumahnya..

wade yang berada didalam kereta itu memandangnya dengan selamba. nia menelan air liurnya. macam mana dia tahu alamat rumahnya..

dup!!dap!!dup!!dap!!

nia menelan air liur dimulai berpeluh sejuk.. jantungnya berdegup dengan laju.

"aku tak nak" nia memberanikan dirinya menolak.

"kalau begitu aku akan masuk kedalam rumah kau"

"kau dah gila! "

"aku akan tunggu kau kat sini kalau kau tak keluar aku akan masuk"

nia mulai takut, wade memang dah hilang akal..  nia berbelah bahagi..pintunya diketuk..

"nia kamu okey?" boleh kedengaran suara ibunya yang risau diluar biliknya.. alamak suaranya mungkin terlalu kuat sebentar semasa wade menelefonnya.

"saya okey.."  tipunya.. nia menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu biliknya. dia cuba untuk tersenyum didepan ibunya yang berdiri didepan biliknya.

"kenapa wajah kamu pucat" ibunya cuba memegang kepalanya untuk  memeriksa suhu badannya tapi dengan pantasnya nia memegang lengannya.

ibunya kelihatan terkejut sedikit dengan kelakuan nia..  "mak sebenarnya ada kawan saya tunggu kat luar sekarang" kata nia yang cuba menyembunyikan rasa cemasnya.

"kawan.. malam begini?"

nia menganguk.. dan cuba untuk berlagak tenang. "sebenarnya kami satu group dikelas.. besok kami dah ada pembentangan jadi dia nak minta tolong sikit.." katanya lagi..

maafkan saya! itulah perkataan pertama yang bercampur baur dengan perasaan takut dan rasa bersalah didalam hatinya.

ibunya memandangnya.. dia takut yang ibunya fikir yang bukan-bukan. "ok..pergilah" ibunya tersenyum lalu turun kebawah.

nia bernafas lega.. dia mengambil jaketnya tanpa membuang masa lagi dia terus turun kebawah dan menuju keluar rumah.

jaketnya dipakai.. dia memandang sekeliling sebelum masuk kedalam kereta wade. sejurusnya dia masuk wade terus meningalkan kawasan perumahannya.

wade langsung tidak bersuara pada waktu itu dan itu membuatkan keadaan didalam kereta itu senyap dan kekok. nia pula tengah berperang dengan ketakutannya..

"jadi kenapa kau nak jumpa?"nia mula bersuara dan memecahkan kesunyian pada malam itu. wade dengan masih sikap dinginnya  memandang nia..

dia membiarkan soalannya tidak terjawab dengan mendiamkan dirinya disepanjang perjalanannya.. nia hanya mampu berdoa ketika itu agar dia selamat..

wade membawanya kesatu tempat.. satu tempat yang tidak difikirkannya iaitu pantai.

nia memandangnya dengan pelik perkara-perkara negatif difikirkannya serta merta lesap. dia ingatkan wade akan membawanya ketempat yang menakutkan.

"kenapa kau bawah aku kesini?"soalnya sambil memandang wade.

"aku nak bincangkan sesuatu" wade dengan suara mendatar menjawabnya pertanyaannya.

"bincang tentang apa?"

"tentang daniel" wajahnya kelihatan serius.

"pa..sal apa yang kau nak bincangkan tentang dia?"

wade terus tersenyum "tentang bagaimana kau tahu dengan rahsianya"

perasaan takut meresap didalam dirinya.. dia mulai cemas.

"apa niat kau sebenarnya ni.." 

wade terus ketawa... ketawanya kedengaran sinis. berdiri buluh romah nia. pandangan dinginnya seperti menusuk jantung nia.

"aku nak kau jadi milik aku"

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now