"Wade.."
"Hmm?"
Nia memandang wade dengan wajah yang benggang. "Boleh aku pinjam telefon kau kejap"kata nia.
"Kau nak buat apa?"soalnya yang tengah sibuk memandu. "Aku nak telefon mak aku"jawabnya kerana sejak semalam dia tidak dapat lelapkan matanya kerana tidak begitu mempercayai kata-katanya.
Wade terdiam sejenak selepas itu dia pun meminjamkan nia telefonnya.
Nia tersenyum wajahnya kelihatan tenang sedikit. Kerana dia tidak dapat menghubungi ibunya disebabkan telefonnya tertinggal dirumah.
Dia menekan nombor telefon ibunya..
"Hello..siapa ni?"
Belum sempat nia menjawabnya
Secara mengejut wade memusingkan stereng keretanya.Telefon wade tercampak jatuh kebawah, jantung nia bagaikan hendak tertanggal. Dia mengurut dadanya kerana terlalu terkejut.
Badannya mengeletar,kereta wade berhenti ditepi jalan secara mengejut.
"A..apa yang dah jadi?"dengan bibir yang terketar-terketar nia menyoalnya.
"Aku hampir terlanggar budak tadi"balas wade, bulat mata nia apabila mendengarnya.
Apabila nia cuba untuk memandang keluar.wade terus memegang lengannya.
"Kamu cedera?"soalnya seperti hendak menarik perhatian nia. Nia mengelengkan kepalanya beberapa kali.
Tanpa dia sedari mereka sangat dekat pada masa itu. Nia boleh merasai deru nafas wade yang hangat.
Nia cuba mengundurkan badannya sedikit. Dia mulai berasa tidak keruan.
Wade mendongak memandang nia mata mereka bertembung.
Nia menelan air liurnya. Jantungnya berdegup dengan laju.
Nia terkaku badannya seperti susah untuk bergerak. Badannya terasa panas dia boleh mendengar degupan jantungnya sendiri.
Matanya tidak lepas dari mata biru wade yang sukar untuk ditafsirkan.
Wade mendekatkan wajahnya dengan wajah nia. Matanya tidak lepas dari bibirnya.
Dia mendekatkan lagi..
Lagi... sehingga pada waktu itu jika nia cuba untuk bergerak bibir mereka akan bertembung.
Nia seperti tidak sedar kerana dia terpukau dengan wade. Hidungnya yang mancung..mata birunya yang dingin, dan bibirnya merah.
Kring!!kring !!
Telefon wade yang terjatuh berdering dengan kuat memecahkan kesunyian pada waktu itu. Nia dan wade yang tersedar terus menjauhkan diri masing-masing.
Wade mengambil telefon tersebut nama 'daniel'tertera diskrin telefonnya yang telah retak.
Wade terus menutup telefonnya. Manakalah nia hanya diam.
Tetapi didalam hatinya..
Argh!!! Apa yang aku dah buat? Dia bermonolong sendirian. Dia cuba untuk mentafsir apa yang berlaku.
Dia tidak berani untuk menoleh kearah wade ketika itu. Kerana degupan jantungnya akan terus meningkat secara mendadak.
Dia berasa beggang.. kerana dia asyik menjadi tidak keruan,cemas dan gelabah apabila bersama wade.
Fikirannya akan terus menjadi kosong, dia.merasakan dia bagaikan orang yang bodoh.
Apa yang dah jadi dengannya!?
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...