bab 18

2.4K 80 2
                                    

"kau dah dapat?"soal wade sambil memandang dingin kearah daniel yang tengah makan burger yang baru dibeli.

daniel tersenyum burger yang belum dihabiskannya dibalut semula dengan pembalutnya.

dia meletakkan diatas meja dan mengambil beg sandangnya lalu mengeluarkan satu sampul besar.

"aku dah dapat~!"katanya sambil menunjukkan sampul tersebut. dia kelihatan ceria seperti selalu.

"tapi.. semua ni bukannya percuma" senyumannya semakin lebar. dia memandang wade..

wade memang dah agak yang daniel takkan menolongnya dengan percuma. dia menyandarkan badannya dikerusi pada waktu itu mereka berada disatu cafe berdekatan dengan sekolah.

pelanggan dicafe itu agak banyak kerana cafe itu terkenal dengan burgernya yang sedap. kebanyakkan yang datang adalah dikalangan remaja seperti mereka.

"apa yang kau nak?"soalnya dengan tenang dia berpeluk tubuh.

"aku nak kau jual saham yang kau beli disyarikat ayah aku"jawabnya dia memasukkan tangannya dia poket seluarnya.

wade terdiam sejenak, dia tahu yang daniel bukannya seorang yang bodoh selepas mendengar abangnya yang akan mengantikan ayahya menerajui syarikat keluarganya.

wade tersenyum sinis "kau nak buat apa dengan saham tu?" katanya berpura-pura tidak mengetahui niat sebenarnya.

daniel ketawa sejurus saja mendengarnya "aku tahu yang kau bukan bodoh wade. kenapa kau nak tahu lagi."balasnya dengan selamba.

wade mengangkat keningnya "ya aku memang bukan bodoh, tapi aku nak tahu kenapa kau nak sangat terajui syarikat tu?dan kenapa kau nak sangat  rebut tempat abang kesayangan kau" dia sengaja menyoalnya begitu agar dia dapat tahu apa yang difikirkan oleh daniel.

senyuman daniel terus hilang apabila mendengarnya lengannya yang berada didalan koceknya digengam dengan erat.

"sayang?" katanya dia memandang wade dengan dingin. apabila mendengar abangnya disebut rasa benci mulai membuak-buak didalam hatinya.

"aku tak pernah anggap dia sebagai abang. kau kata aku sayangkan dia..memang luculah.hahaha!!"dia ketawa tetapi pandangan matanya menunjukkan rasa marah.

tawanya terhenti dia memandang tajam kearah wade " aku cuma nak lenyapkan dia didalam dunia ni"katanya dengan dingin. sewaktu mereka kecil dia selalu dibanding-bandingkan dengan abangnya.

ayah dan ibunya lebih sayangkan abangnya liam. dia selalu dia pinggirkan, dia tahu kalau dia matipun mereka memang tidak menghiraukanya.

kerana mereka hanya tumpukan abangnya liam. asyik Liam!Liam!Liam!!!!. itulah keluar dari mulut mereka.

dia nak sangat bunuh abangnya, agar namanya dia tidak keluar dari mulut ibu dan ayahnya lagi.

ataupun...

dia patut bunuh mereka sekali? dan lepastu dia patut bakar mereka hidup-hidup? mungkin kalau dia bunuh mereka rasa sakit didalam hatinya akan hilang.

mungkin kalau dia bunuh abangnya rasa cemburu dan marahnya mungkin redah.

"aku akan jual dengan kau.."kata wade, dia terus mengambil sampul ditangan daniel.

daniel yang tersedar dari lamunannya tersenyum semula. "itulah yang aku nak~!"ujarnya.

wade tidak begitu menghiraukannya "jadi apa maklumat yang kau dapat tentang nia?"soalnya dia membuka sampul tersebut.

beberapa keping kertas diambilnya, tetapi semuanya kosong. dia memandang daniel agar didapat memberi penjelasan kepadanya.

"aku malaslah nak print semua maklumat tu.. jadi aku ada letak didalam pendrive didalam sampul tu balasnya dengan rungutan.

wade hanya memandangnya, dia mengambil pendrive yang diletakkan  didalam sampul. "aku letakkan didalam sampul tu agar nampak cool sikit macam didalam filem"jelasnya dengan wajah yang ramah.

"dan maklumatnya memang menarik.. "katanya separuh berbisik. dia kelihatan seperti memberitahunya satu rahsia yang penting.

wade hanya diam pendrive berwarna biru yang diberi dipegangnya.



Obsesi CintaWhere stories live. Discover now