kringg!! kring!!
telefon nia berdering beberapa kali dan terus berhenti apabila telefonnya kehabisan bateri. nia terjaga dari tidurnya dia memisat misat matanya beberapa kali..
dia memandang sekeliling lelaki itu telahpun tiada.. dia berasa biggung.. mungkin dia bermimpi kot..
"alamak!! dah lewat ni" nia terus berdiri apabila menyedari hari semakin senja. dengan pantasnya dia membuka langkahnya..
gedebuk!!
dia terus jatuh apabila kakinya tersadung pada kotak yang bertempiaran dilantai. dia mengerang kesakitan nasib kakinya tidak terseliuh..
dia melepaskan keluhan kecil memang dia bernasib malang pada hari ini. dia pun menuju keluar sambil memegang pinggangnya yang sakit. dia dengan berhati-hati berjalan melimpasi kotak yang bertempiaran didalam bilik itu takut dia terjatuh lagi.
sampainya dipintu keluar dia terus menuju perpustakaan dengan langkah yang perlahan. hujan telah lama berhenti dia bercadang nak telefon danise pada malam ni kerana berasa bersalah sebab tidak dapat menunggunya.
beberapa minit kemudian dia pun sampai diperpustakaan tanpa membuang masa dia terus mengambil begnya nasib baik perpustakaan masih belum ditutup kalau tak terpaksalah dia tunggu sampai besok. dia mempercepatkan langkahnya menuju keluar bangunan sekolah.
"nia!!"
nia memandang kedepan apabila namanya dipanggil.. wajahnya terus berubah apabila mendapatinya ibunya tengah menunggunya diperkarangan sekolah dengan wajah yang risau.
nia menuju kearahnya "kenapa ni? mak tak pergi kemakan malam dengan lelaki tak guna tu"sindirnya dengan nada yang dingin.
"kenapa kamu tak balik rumah!"ibunya tak mengendahkan sindirannya dengan wajah yang marah dia memandang kearah anaknya. perasaan risau menghambat dirinya apabila nia tidak balik kerumah..
nia mendongak memandang ibunya sambil tersenyum sinis "buat apa saya nak balik kalau ada lelaki tu"dia membalasnya tanpa ada sedikit rasa takut. kemarahannya membuak-buak..
"masuk sekarang!" arah ibunya dengan nada yang keras..
"saya tak nak!"nia dengan degilnya menolak.. "mak kira sampai 3..baik kamu masuk kedalam sekarang" wajah nia berubah menjadi tegang..ibunya menekan suaranya..
"satu.."
ibunya mengira nia tetap tidak berganjak..
"dua"
nia tetap dengan pendiriannya..
"masuk sekarang nia!! kalau tak mak takkan ambil tahu lagi dengan kamu" ibunya dengan wajah yang serius mengatakannya.
nia memandang ibunya dengan wajah yang masam mencuka dengan rasa tidak puas hati dia pun masuk kedalam kereta..
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...