Daniel memandu masuk kedalam kawasan rumah banglo yang besar. Kaca mata hitamnya dipakai agar dapat melindungi matanya dari cahaya matahari.
Masuknya dia.. dia terus berhenti didepan rumah. Dia keluar dari kereta selepas menguncinya dia terus masuk kedalam.
Orang gaji yang tengah sibuk membersihkan rumah terus tunduk apabila melihatnya. Daniel membuka kaca mata hitamnya dan memandang sekeliling.
Dah 2 tahun dia tidak balik kerumah keluarganya. Dia tak kisahpun dia hanya nak mengambil barang-barangnya.
Kelihatan ibu tiri, abang tiri dan ayahnya tengah berehat diruang tamu.seperti biasa abangnya akan bermanjakan dirinya dengan ibunya, mereka berbual sambil bergelak tawa.
Menyampah dia tengok..dua beranak yang tak guna tu. Daniel tidak menghiraukan mereka dia terus menyambung langkahnya.
"Daniel.."namanya dipanggil. Langkahnya terhenti dia menoleh kearah mereka. "Kenapa kamu dah lama tak balik"ujar ibu tirinya sejurus saja menyedari kelibatnya, dia berpura-pura kelihatan risau.
Daniel tersenyum "kau tak perlu tahu"balasnya dengan nada yang spontan. Wajah ayahnya kelihatan marah apabila dia mengunakan 'aku dan kau' dengan ibu tirinya. Wajahnya memang begitu apabila orang tua tu memandangnya, matanya penuh dengan penyesalan.mungkin menyesal sebab kelahirannya.
"Daniel! Kenapa kamu biadab sangat"tegur ayahnya surat khabar yang dibacanya dilipat dan diletakkan dengan kasar diatas meja.
Wajah daniel langsung tidak menampakkan rasa takut dengan ayahnya malah senyumannya semakin manis.
"Abang janganlah marah dia" ibu tirinya kelihatan mengambil berat dengan daniel tetapi didalam hatinya dia berasa sangat gembira apabila melihat daniel dimarahi.
Dan dia lebih suka apabila anaknya liam diutamakan,sebab dia kan bakal mengantikan ayahnya sebagai peneraju utama syarikat berbanding dengan anak haram yang berlagak didepannya.
"Ya..betul tu ayah"sokong liam. Apabila melihat lakonan hebat dua beranak didepannya daniel tersenyum sinis.
Memang boleh dapat anugerah pelakon terbaik mereka ni.
Daniel yang berasa jengkel dengan mereka terus membuka langkah.
"Daniel!"
Ayahnya memanggilnya tetapi daniel tidak mempedulikannya. Dia telahpun tawar hati dengan ayahnya.
"Daniel!"namanya dipanggil lagi kali ni abangnya liam. Daniel menoleh kearahnya dia tersenyum tetapi senyumannya langsung tidak mengambarkan apa yang dirasainya.
Pandangan daniel sangat dingin, "apa yang kau nak?"soalnya. Liam membersihkan debu dibahunya perangainya yang baik yang ditunjukkan didepan ayah berubah serta merta.
"Aku dah kata dengan kau jangan tunjukkan muka kau disini lagi"kata liam dengan sinis pandangan hina dilemparkannya.
Daniel yang menyedari perubahan perangainya abang terus ketawa. Apabila perangai liam yang suka berpura-pura alim didepan ayahnya masih tidak berubah, dan itu membuatkannya lebih membencinya.
"Kau tu cuma anak haram sial! Jangan datang kerumah ni lagi kalau tak.."belum sempat liam menghabiskan kata-katanya daniel memotong.
"Kalau tak? Apa yang kau nak buat?"daniel sengaja membuatnya marah. Dia berpeluk tubuh keningnya diangkat.
Liam mulai berang apabila melihat perlakuannya "kalau tak aku akan bagitahu semua orang yang kau ni tiada pertalian darah dengan keluarga ni"ugutnya..
"Dan kau ni anak perempuan sundal yang ingin mengambil harta ayah aku!"tambahnya lagi dia menunjal-nunjal dada daniel.
Senyuman daniel terus hilang. Rasa marah mulai memenuhi dirinya. Liam tersenyum kemenangan apabila dapat menyakitkan hatinya.
Daniel memegang lehernya kasar dan terus menghempaskannya dinding. Pasu antik yang diletakkan diatas meja sebagai hiasan terus jatuh dan pecah berderai.
Liam terkejut dengan tindakannya. Ini kali pertama dia melihat daniel bertindak diluar kawalan.
Matanya tajam memandang liam, nafasnya turun naik menahan amarah. Daniel tersenyum tetapi senyuman kelihatan menakutkan. Cengkamnnya yang kuat membuatkan liam sesak nafas.
"Kau tak kenal dengan aku dan kau tak tahu aku macam mana bila aku marah.jadi jaga mulut kau tu kalau kau nak hidup lama"kata daniel dengan wajah yang tidak berperasaan.
"Kau..kau memang gila"kata liam, apabila menyedari yang dia menempah maut sejurus saja menghinanya.
Daniel tersenyum sinis dia mendekatkan wajahnya ketelinga liam. "Aku memang gila.. sampai aku nak kerat-kerat badan kau tu dah bagi makan dengan babi."bisiknya berdiri bulu romah liam. Dia mulai rasa takut.
"Daniel lepaskan liam!!"marah ibunya. Dia menuju kearah mereka dan terus menarik lengan daniel yang mencekik liam.
Papp!!
Satu tamparan hinggap dipipi daniel. "Berani kau buat anak aku macam Ni..minta maaf sekarang juga!"ibu liam menjerit.
Nafasnya turun naik menahan marah. Manakalah liam masih memegang lehernya yang dicekik.
"Hahaha..buat apa aku nak minta maaf"kata daniel sambil menunjukkan wajah tidak bersalah.
"Aku kata minta maaf sekarang juga!!!"jeritnya seperti orang gila. Kemarahannya telahpun meletus apabila melihat anak kesayangannya diperlakukan sedemikian rupa.
Daniel tersenyum "ini jawapan aku.. fuck you"balasnya dengan spontan sambil menunjukkan jari tengahnya.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...