Nia terjaga dari tidurnya..
Ibunya adalah orang pertama yang dilihatnya..Adriel berdiri disebelah ibunya. Ibunya kelihatan risau. Perlahan-lahan dia bangun.
"Apa..yang dah jadi"suaranya agak serak dan tekaknya terasa sangat kering..
"Kamu pengsan nia"kata ibunya lalu memberinya segelas air. Perlahan-lahan nia meneguknya.
Nia memegang kepalanya yang sakit.
"Doktor boleh saya bercakap dengan doktor kejap"kata nia sambil memandang adriel.
Adriel tersenyum sambil mengangguk perlahan. "Mak boleh saya bercakap dengan adriel kejap..maaflah" dia memandang ibunya agar dapat memberinya ruang.
"Baiklah.."kata ibunya yang memahami maksud anaknya yang tidak mahu diganggu.
Ibunya pun terus keluar dari biliknya. Pada waktu itu hanya mereka berdua didalam bilik itu.
Wajah nia kelihatan tegang. Dia memegang kepalanya.
"Doktor boleh saya ambil ubat tu lagi"kata nia sambil memandangnya dengan penuh mengharap.
Wajahnya kelihatan terdesak.. dia mengengam selimutnya.wajahnya didogakkan memandang adriel.
"Tak boleh..kau tak boleh ambil"tolak adriel dengan tegas.
"Saya takut..sangat takut doktor. Dia asyik muncul didalam mimpi..!"kata nia dengan terdesak,perasaan takut mulai memenuhi memenuhi jiwanya.
adriel duduk dihujung katilnya "nia dengar sini.. jangan terlalu mengharapkan ubat tersebut"nasihat adriel dengan perasaan risau.
nia kelihatan sangat takut wajahnya cemas sejurus saja mendengar kata-katanya.
"tak!aku nak ubat tu juga!!!"dia menjerit bagaikan orang gila. dia memegang tangan adriel. badannya mengeletar "tolonglah.."dia merayu kepadanya, dia kelihatan sangat terdesak.
apabila melihat keadaan nia adriel bertambah risau. nia seperti hilang kawalan disebabkan terlalu takut.
dia sangat takut apabila nia akan kembali menjadi seperti dulu.
"apa yang dah jadi?"soal ibunya sejurus saja mendengar anaknya menjerit. dia masuk kedalam dengan tergesa-gesa..
nia tidak menghiraukan ibunya dia terus memandang adriel agar dia bersetuju, air matanya mulai bergenang. dia memegang erat tangannya.
"maaflah.."adriel meleraikan tangannya. ibu nia hanya diam mulutnya seperti terkunci ketika itu.
adriel berdiri dan membuka langkah untuk keluar dari bilik itu, tetapi langkah terhenti apabila nia memegang lengannya.
"tolonglah.. aku sangat takut"ujarnya dengan nada yang perlahan. "ini semua demi kebaikan kau nia.."tanpa menoleh kearahnya dia terus membuka langkahnya.
adriel tak boleh biarkan nia menjadi begini selamanya. dia mesti mencari jalan agar dapat menolongnya.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...