bab 21

2.2K 85 2
                                    

Wade mencuci tangannya yang terkena percikan darah. Dia menutup pili air..

Dia mendongak memandang wajahnya dicermin. Kali ni dia akan pastikan dia akan dapat apa yang dia nak.

Jadi dia kena lenyapkan sesiapa saja yang dia hendak.

Pintu bilik mandi dibuka secara tiba-tiba.

"Opocot!!"

Nia yang baru hendak masuk berasa terkejut apabila melihat wade.

Dia mengurut dadanya beberapa kali. Wade menoleh kearahnya "kau belum tidur lagi?"soalnya sambil memandang nia.

"Aku tak dapat tidur"jujur nia, dia memegang lengannya sendiri.

"Kenapa kau kesini? Bukan ada bilik air didalam bilik?"wade mengangkat keningnya. Dia inginkan penjelasan dari nia.

Dia tahu yang nia pasti ada niat untuk keluar dari rumahnya.

Nia yang mendengarnya terus menjadi gelabah. "Ta..tak sebenarnya aku nak cari kau"jelasnya takut wade salah faham dengannya.

"Kita bincang diruang tamu"kata wade lalu berjalan meninggalkan nia yang terkebil-kebil.

Nia menyusuli dari belakang. Dia berasa agak pelik dimana wade pergi pada tengah malam ni.

Dan lagi satu kenapa dia rasa macam dia dikurung oleh wade didalam rumah agamnya. Dia tersedar apabila orang gajinya mengunci pintu keluar dan tidak membenarkan dia keluar dengan pelbagai alasan.

Tambahan lagi dia takut yang ibunya akan Risau.

Sampainya mereka wade duduk disofa baldu berwarna biru laut. Nia melabuhkan duduk berhadapan dengan wade
Hanya meja kopi menjadi penghadang.

Wade memandangnya agar nia bersuara. "Sebenarnya aku nak telefon emak aku"jelas nia wajahnya kelihatan risau.

Wade berpeluk tubuh dia menyilangkan kakinya. "Aku dah beritahu dia jadi jangan risau"balasnya dia menyandarkan tubuhnya.

"Apa yang kau bagitahu dia?"soalnya lagi dia masih ragu-ragu dengan wade.

Wade kelihatan tenang "kau tak perlu tahu"jawabnya dengan nada yang dingin.

Matanya tidak lepas dari nia,itu membuatkan nia berasa tidak selesa.

Apabila wade memandanganya ia seperti tembus terus kehatinya. Kerana semakin lama wade memandangnya semakin laju degupan jantungnya.

"Janganlah pandang aku macam tu!"nia yang tidak tahan terus meluahkan apa yang terbuku dihatinya sebentar tadi.

Wajahnya kelihatan merah.wade tersenyum nakal "kenapa?"soal wade sengaja hendak mengusiknya.

"Kau takut.."wade memandangnya lagi. Nia terus mengelengkan kepalanya.

"Tak..sebenarnya.."belum sempat dia menghabiskan kata-katanya wade memotong "ataupun jantung kau berdegup dengan laju"usiknya..

Wajah nia menjadi merah terus.. dia cuba untuk berlagak tenang walaupun pada waktu itu jantungnya bagaikan hendak tertanggal.

"T..taklah"balasnya perlahan,dia mulai tak keruan. Posisi duduknya asyik digantikan olehnya.

Wade ketawa kecil, "kau suka kat aku ke?" Dia sengaja berkata begitu kerana ingin melihat reaksi nia.

Nia cuba untuk ketawa tetapi didalam hatinya hanya tuhan yang tahu. "Hahaha..mana ada" dia cuba untuk menidakkan kata-kata wade.

Kenapa dia berasa suhu dikelilingnya sangat panas? Dia cuba untuk tidak memandang wade.

Keadaan pada masa itu agak kekok. Nia cuba untuk menenangkan dirinya yang mulai gelabah.

Wadepun dari tadi hanya diam, kelihatan malas untuk bersuara. Kerana matanya tidak habis-habis memandangnya.

"Aku naik atas dululah"ujarnya dia bercadang naik keatas. Tetapi belum sempat dia membuka langkah menuju keatas wade memegang lengannya.

"Nia.."kata wade nia menoleh memandangnya.

"Kenapa?"soalnya wajah wade ketika itu sukar untuk ditafsirkan.

"Good night nia" ucap wade sambil tersenyum.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now