Bab 44

710 20 9
                                    

jam 7:30 am

Awal pagi lagi, kelihatan ramai pelajar yang telah berkumpul didewan utama. Dengan beg pakaian masing-masing dan sukan sekolah yang kemas tersarung.

mereka berbual antara satu sama lain, sehinggalah bunyi high heel datang bergema. automatik, dewan utama menjadi senyap semua fokus kepada seorang wanita cantik membuka langkah menuju ke podium dewan.

penampilannya sangat anggun dan cantik. Dengan Rambut ikal berwarna kuning keemasan yang dibiarkan lepas, dia memiliki sepasang mata besar berwarna biru muda. sesiapa melihatnya untuk kali pertama  perkara pertama yang muncul dibenak mereka  sudah pasti akan memikirkan kesempurnaan yang tidak dapat ditandingi pada wajahnya dan begitulah apa yang difikirkan oleh setiap pelajar apabila melihat wajah Puan Lilac

Dia terpegun dengan kecantikannya, dan dia langsung tidak terkejut apabila mengetahui wanita  itu adalah puan Lilac iaitu ibu kepada wade dan merupakan seorang pengerusi sekolah memandangkan wade juga mempunyai wajah yang sangat tampan. puan lilac memberi ucapan dan nasihat kepada pelajar sekolahnya untuk sentiasa berhati-hati semasa perkemahan.

apabila ucapannya tamat semua pelajar memberikan tepukan, Nia yang fokus memandang wajahnya dengan lama terkejut apabila puan Lilac memandangnya dengan tajam. Tapi dia cuba untuk tidak mengendahkannya 'mungkin dia sedang pandang pelajar lain' detik hatinya, dia terus melarikan pandangan matanya.

"our school goddess" gumam paul yang duduk disebelah danise, apabila danise mendengarnya dia memandang paul dengan wajah meluat "barang kau takde yang tinggal kan?" katanya kepada paul yang masih dengan wajah baru bangunnya. rambutnya agak serabai dan baju sukannya tidak dizip dengan betul. boleh dilihat yang dia tergesa-gesa pergi kesekolah.

"dah.." katanya pendek, matanya masih tidak lepas dari puan Lilac. danise melepaskan keluhan melihat adiknya.

ting!

Nia terkejut dari lamunannya apabila mendengar notifikasi masuk ditelefonnya. Dia membukanya, kaca matanya dibetulkan.

anak matanya membesar apabila melihat wade menghantar mesej kepadanya. dia terkejut sebelum dia membukanya.

wade: jumpa aku lepas ni

mesej yang pendek tapi jantungnya berdegup dengan laju pada waktu itu. telinganya menjadi merah, apa aku nak jawab? dia memandang sekeliling mencari kelibat wade. apabila memandang yang ditengah duduk dibarisan hadapan bersama daniel, kelihatan daniel tengah berbual dengannya yang tengah sibuk melihat telefonnya.

wade yang sedar dengan pandangannya, menoleh mata mereka bertembung.

wajah nia bertambah merah, Wade tersenyum dengan senyuman nakalnya. nia mengosok matanya beberapa kali tidak percaya yang lelaki dingin didepannya membuat riak wajah macam tu tapi senyumannya telah hilang dan wajahnya kembali menjadi dingin, nia cepat-cepat tunduk berasa malu untuk memandangnya.

apabila semua pelajar bersurai dan menunggu bas sekolah. Nia, danise dan paul bercadang untuk menunggu bersama pelajar yang lain dikantin, mereka sibuk berbual. sebelum satu tangan memegang kolar belakang baju nia, "aku nak pinjam dia kejap" kata Wade dengan selamba kepada danise dan paul.

danise terngangah, tidak sangka melihat lelaki idaman sekolah tengah berdiri didepan mereka. Nia terkejut sebelum menoleh memandang wade, "wei apa yang kau buat ni?" kata nia dengan suara perlahan, dia memandang sekeliling semua tumpuan terarah kepada mereka. wade memandang nia dengan lama sebelum bersuara "aku nak jumpa buah hati.." belum sempat wade menghabiskan ayatnya nia terus menutup mulutnya.

"guys kamu pergi dulu nanti aku datang menyusul" kata nia dengan wajah bersalah sebelum menarik tangan wade menuju ketempat yang lebih senyap. Nia membawanya disatu kelas kosong, apabila memastikan tiada orang lain selain mereka dia terus melepaskan nafas lega. Pendek umurnya kalau jantung sentiasa berdegup dengan laju seperti hendak meletup.

"wade..kenapa kau buat macam ni?" soal Nia memandang wade dengan lama.

"apa yang aku buat?" wajah pokerfacenya jelas kelihatan.

"buat perkara yang menarik perhatian orang ramai"

Wade diam.

apabila melihat reaksi wade, Nia mulai rasa bersalah. "aku cuma nak berbual dengan kau, salah ke?" soalnya balik kepada Nia.

Nia mengelengkan kepalanya, "cuma.." lidah nia kelu dia tak tahu nak cakap apa pada waktu itu. "aku takut orang fikir lain" jujur nia, memandangkan kejadian dia bergaduh dengan zenny dikantin sekolah telah tersebar diseluruh sekolah. dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi, tapi dia tahu yang wade tidak salah dalam hal ni.

"Nia" panggil wade, dia mendekatinya. "sorry" ucapnya pendek. walaupun pendek nia tahu yang wade ikhlas minta maaf padanya pada waktu itu. "tak..ini semua bukan salah kau. cuma aku takut orang lain.."

"Nia.." potong wade , Nia tersedar wade perlahan-lahan mengambil tangannya. dia menciumnya sebelum meletakkan tangan kecil Nia diwajahnya, mata jernih miliknya jelas kelihatan. "bertenang, aku okay."katanya perlahan, sebelum menyambung "kalau kau tak nak Aku buat macam ni. Aku Akan stop" Katanya dengan tenang, tapi apabila dia mendengarnya rasa bersalah memenuhi hatinya.

"Tak..maksud aku" Belum sempat Nia mengahabiskan ayatnya, Telefon Wade berbunyi.

"Hello" suara Serta merta bertukar menjadi dingin, berbeza dengan nada suaranya apabila dia bersama Nia.

"Aku tahu" balasnya pendek, sebelum dia mematikan panggilannya. Wade kelihatan sedang memikirkan sesuatu, wajah kelihatan tidak berperasaan pada waktu itu.

Sebelum dia memandang Nia "apa yang kau nak cakap tadi?" Ujarnya, dia mengelengkan kepalanya. Dia kelihatan ragu-ragu pada waktu itu. Lidahnya Kelu, suaranya bagaikan tersekat dikerongkongnya.

"Takde apa-apa"  balasnya sambil cuma untuk tersenyum. Berbeza dengan riak wajahnya, mindanya bergelumang dengan setiap kemungkinan hubungannya dengan Wade.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now