Nia memandang keluar tingkap, cuaca pada waktu itu agak baik. Tingkap biliknya dibuka luas agar udara yang bersih dapat masuk kedalam.
Kejadian tempoh hari masih terbayang-terbayang di ingatannya.
Rasa jijik dan takut memenuhi hatinya. Apabila teringatkan sentuhan lelaki tak guna tu dia terasa mual.
Kulitnya yang disentuh membuatkannya ingin mencarik-carik kulitnya. Dia mulai berpeluh kepalanya terasa pening.
Jantungnya berdegup laju. Dia mengurut dadanya.
Dia berdiri lalu memegang meja belajarnya agar dapat menampung badannya yang lemah.
Ubat!!aku nak ubat tu!! Dia menjerit didalam hatinya. Dengan lemah longai dia menuju kealmari baju.
Dia membuka laci almarinya dengan kasar. Badannya mengeletar, barang-barangnya dihamburkan apabila dia tidak dapat mencari ubatnya.
Nafasnya turun naik dengan cepat. "Ma..mana ubat tu?"katanya dengan bibir terketar-ketar. Dia kelihatan cemas.
Dia mencari,mencari lagi sehingga semua barang didalam almarinya berhamburan dilantai.
Apabila dia terlihat sebiji pil yang berada dibotol kecil berdekatan dengan buku yang berhamburan dilantai. Dia terus merangkak menuju kearah botol kaca itu.
Dia bercadang mengambilnya, tetapi belum sampai tangannya mencapai botol itu lengannya dipegang tindakannya terus terhenti.
"Jangan buat begini nia"kelihatan wade tengah memandangnya dengan dingin.mata birunya jelas kelihatan.
"A..apa yang kau buat disini!"nia kelihatan terkejut. Dia sedaya upaya meleraikan tangannya dari cengkaman wade. Tetapi disebabkan badannya agak lemah dia gagal untuk meleraikannya.
Wade menarik lengannya dia terus mengangkat badannya secara mengejut dengan gaya ala bridal style. Nia kelihatan agak terkejut dengan tindakannya.
"Apa yang kau buat ni!!"nia cuba untuk turun dengan mengoyangkan kakinya. Tetapi wade tidak begitu menghiraukannya dia terus keluar dari bilik nia.
Nia mulai cemas..takut ibu dan adiknya nampak.
"Wade!"
Nia memandangnya, dia berpeluh dengan banyak disebabkan menahan rasa pening dan sakit dikepalanya.
Tambahan lagi dengan perasaannya kacau bilau pada waktu itu. Dia merasakan keadaan disekeliling bagaikan berpusing-pusing.
Selepas itu terus tidak sedarkan diri.
°°°°°°°°°
Nia perlahan-lahan membuka matanya.keadaan disekelilingnya agak gelap. Katilnya terasa sangat selesa dan besar.
Dia berasa cemas apabila dia mendapati dirinya berada ditempat yang asing.
Dia tidak begitu nampak kerana keadaan dibilik itu agak gelap.
Kreak!
Pintu itu perlahan-lahan dibuka. Mata nia terasa sakit apabila lampu diluar bilik itu menorobos masuk kedalam. Dia menutup matanya dengan tangan.
Kelihatan susuk tubuh wade yang tinggi tengah berdiri didepan pintu.
"Apa..yang dah jadi?"soalnya dia mengundurkan badannya sedikit dan menutup badannya dengan selimut. Pelbagai persoalan yang mulai timbul dibenaknya.
Apa yang dibuat disini?
Kenapa wade ada disini?
Jangan-jangan! Dia memandang badannya dia bernafas lega apabila dia masih berbaju.
"Aku takkan buat macam tu"kata wade apabila melihat reaksinya. Dia menuju kearahnya. Dia terus duduk disebelahnya.
Wajah nia diusap lembut, nia terkaku jantungnya bagaikan terhenti seketika "ataupun kau nak aku buat macam tu?"tambahnya lagi. senyuman manis terukir diwajahnya. Jantungnya nia berdegup dengan laju wajahnya terus menjadi merah.
Nia menjauhkan dirinya dari wade. Pandangan tajam dihalakan kepadanya..
Tangannya digenggam dengan erat, dia bercadang nak tumbuk wajahnya jika dia berbuat sesuatu yang berbahaya baginya.Sebab selama ni dia tidak pernah pergi kerumah lelaki malah dia tidak pernah berdua-duaan dengan mereka.
Sebab dia tahu batas seorang perempuan walaupun dia tinggal dinegara yang sangat bebas dengan pergaulan antara perempuan dan lelaki dia tidak boleh berbuat begitu sesuka hati.
Walaupun mereka akan ketawakannya apabila mereka tahu yang dia masih dara.
Nanti sekejap...
Kenapa pula dia nak fikir sampai kesitu! Argh!!
Dia kena sedar.. dan keluar dari tempat ni.
Tanpa menghiraukan wade dia turun dari katil. Tetapi niatnya terbantut apabila wade menarik lengannya dia terus terbaring secara mengejut.
"Apa yang kau buat ni!!!"nia terkejut tindakannya dia bangun semula tetapi wade memegang bahunya dan memaksanya untuk baring.bulat matanya memandang wade.
Wajahnya kelihatan bersahaja tetapi matanya menunjukkan disebaliknya. Pandangan tajamnya membuatkan nia tidak berani untuk bergelut.
Mata mereka berdua bertembung. Hati nia bergetar jantung mulai berdegup dengan laju.
Dia terus melarikan anak matanya dan cuba untuk berlagak tenang didepannya.
Jarak mereka sangat dekat. Tanpa disedari wade membelai rambutnya. Tangannya yang besar membuatkan nia terdiam seketika dia bagaikan dipukau.
Apabila tangan wade menyentuh wajahnya rasa dingin pada telapak tangannya membuatkan nia menjadi tidak keruan.
Nia memalingkan wajahnya agar dia menghentikan tindakannya. Wade tersenyum dia memegang dagu nia dan memaksanya mendongak.
Dia memandang tepat pada matanya seperti ingin membaca apa yang difikirkan nia.
"Kau takut?"soal wade..
"Huh? Takut? Kau ingat aku takut dengan kau ke?"balas nia dia memberanikan dirinya untuk membalas pandangannya.
Dia ingat kalau wade buat macam ni dia takut!jangan haraplah ujarnya dalam hati.
Senyuman wade terus mati. Wajahnya bertambah dingin matanya jelas memaparkan rasa marah.
Nia menelan air liurnya.. kenapa dengan dia ni? Kasar sangat sangat ke aku cakap hatinya mulai bermonolong Apabila menyedari perubahan riak wajahnya.
"Jangan risau.. lepas ni kau akan hidup dengan tenang"katanya nia terkebil-kebil memandangnya. Dia tidak berapa faham apa yang dikatakannya.
Wade berdiri dan membiarkan nia yang masih bertanda tanya dengannya. Dia pun membuka langkahnya senyuman lebar terukir diwajahnya.
'Kau akan hidup tenang selepas aku lenyapkan semuanya'katanya didalam hati selepas itu dia terus meninggalkan nia sendirian.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...