Bab 43

370 13 0
                                    

"kau okay?" soal wade, nia mengangguk dan cuba untuk berdiri "ugh.." kakinya yang terseliuh terasa sangat sakit. wajah nia berkerut seribu sambil memegang kakinya,

"naik"ujar wade sambil membelakanginya, wade memandang belakang wade dengan lama. "takpe.. aku boleh jalan lagi ni" tolaknya, dia kelihatan malu memandang ramai orang yang memandang kearah mereka pada waktu itu.

wade melepas keluhan kecil, sebelum dia menoleh kearahnya "kau nak naik atau kau nak aku angkat kau macam hari tu?" wajah wade kelihatan serius.

"okay.. aku naik!"katanya perlahan-lahan nia naik dibelakangnya. dia lebih rela didukung macam ni daripada ala-ala bridal style. nia memeletakkan kedua-dua tangannya dibahu wade.

wade berdiri, wade menaikkan badan nia sedikit sambil mengeratkan pegangannya, nia kelihatan sibuk menutup wajahnya. telinganya kelihatan merah. jantung berdegup dengan laju pada waktu itu.

buat kali pertama, dia merasa gemuruh bersama dengan wade. gemuruh bukan kerana takut tapi gembira? dia pun tak faham dengan perasaannya sendiri. sebab ini kali pertama dia jatuh hati pada seseorang setelah sekian lama berkurung dirumah.

"nia.." panggil wade, angin petang berhembus dengan tenang pada waktu itu. nia memandang wade, rahangnya yang terbentuk dengan cantik jelas kelihatan. sepasang mata biru jernih miliknya memandang kedepan,

masa bagaikan terhenti, suara orang ramai bagaikan hilang. " do you feel happy when you with me" nia yang tidak menjangka soalan yang keluar dari mulut wade terdiam. lidahnya kelu,

am i? soalnya kepada dirinya. memori mereka bersama datang menerjah mindanya.

wajah wade berubah menjadi dingin apabila nia diam tidak menjawab persoalannya. rasa kecewa boleh kelihatan pada pandangan matanya,

"i don't know" nia kelihatan binggung,

dia pembunuh nia.. suaranya tergiang-ngiang ditelinganya. kau nak bersama dengan pembunuh?

tapi dia lindungi aku.. dia lah orang Yang disisi Aku semasa Aku susah.

kata-kata paul mulai terngiang-ngiang dikepalanya.

nia memandang wade,

tapi.. aku gembira bila lihat dia senyum. aku happy bila dia ada untuk aku bila aku susah. aku nak kenal dia lebih lagi..

"yes" balasnya pendek, "dan terima kasih sebab telah banyak tolong aku selama ni" ucapnya separuh berbisik. apabila mendengar, tanpa disedari satu senyuman terukir diwajah wade.
mata birunya mengecil mengkut senyumannya.

nia terdiam.. matanya tidak lepas dari wajah wade. perasaan gembira memenuhi dirinya, sebelum dia tersenyum,

dia menutup matanya mengeratkan pegangannya, tidak mahu perasaannya hilang.

                           🍁🍁🍁🍁🍁

Hari berganti hari, minggu berganti bulan. Musim panas telahpun tiba. Nia seperti biasa akan terus melawat adiknya apabila dia balik dari sekolah. 

Keadaan adiknya bertambah baik, tapi malangnya dia masih belum sedar dari koma. Sekolah mereka pula akan mengadakan aktiviti perkemahan , dimana semua pelajar yang terpilih wajib datang dan kelas Nia adalah salah satu darinya.

Nia kelihatan termenung jauh dibangku hospital. orang yang lalu lalang tidak dihiraukan.

"Nia.."

Nia tersedar dari lamunannya apabila mendengar namanya dipanggil, kelihatan doktor Adriel berdiri didepannya. Nia mendongak ,  "lama tak jumpa"  sapanya, suara garaunya jelas kedengaran. Dengan baju dan kot doktornya, rambut paras bahunya kini dipotong pendek.

"yaa.." kata Nia pendek, satu senyuman terukir diwajahnya. tanpa segan silu, dia duduk disebelah Nia. "Nia seorang datang sini?" soalnya, nia mengangguk sebelum menjawab "mak sibuk kerja jadi dia tak dapat datang dengan nia"

Doktor Adriel membuang pandangannya keluar, memandangkan mereka duduk berdepan dengan taman hospital. budak-budak bermain diperhatikannya dengan lama. "Nia okay?"katanya perlahan, nia yang mendengarnya terdiam sejenak.  cuba mentafsir soalannya, "apa maksud doktor?" soalnya, dia dah tahu pasal semua ni kenapa dia nak tanya lagi? gumam nia dalam hati.

"nothing" balasnya pendek sebelum dia memberi kadnya yang tertera dengan nombor telefonnya. Nia mengambilnya dengan tanda tanya, "kalau nia nak minta tolong ke apakah just call me" sambungnya, dia memegang kepala nia sebelum mengosok rambutnya.

"Nia!" nia menoleh apabila mendengar namanya dipanggil, kelihatan kelibat wade tidak jauh dari mereka. wajahnya kelihatan sangat dingin dari sebelumnya, dia memandang kearah tangan Doktor adriel yang masih diatas kepala Nia.

"siapa ni?" Doktor adriel menurunkan tangannya, sebelum menyoal Nia dengan tenang.  dia berdiri " wade kawan sekolah Nia" balasnya pendek, Nia pada waktu boleh merasakan suasana dingin diantara mereka.

Doktor Adriel berdiri sebelum menghulurkan tangannya "saya Adriel" katanya dengan senyuman kecil. Wade memandang tangannya dengan lama, sebelum memandang wajah doktor Adriel dengan dingin. Doktor Adriel yang sedar huluran tangannya tidak disambut, dengan tenang membalas pandangannya.

Nia pada waktu itu hanya berdoa yang keadaan tidak melarat, dia cuba untuk membuka mulut tapi langkah terhenti apabila Doktor Adriel mengerling kearah jam tangannya. "masa rehat dah tamat"gumamnya,  "oh ya sebelum tu" dia mendekati wade, tangannya dengan selamba memegang bahunya sebelum dia membisik sesuatu ditelinganya.

apabila mendengarnya, wajah dinginnya berubah bertambah dingin. wajah Doktor adriel turut kelihatan serius pada waktu itu, sebelum dia menepuk-nepuk bahu wade dan membuka langkah meninggalkan mereka.

"apa yang dia bagitahu?"soal Nia ingin tahu, wade memandang wajah Nia dengan lama sebelum dia bersuara " kau akan tahu nanti" balasnya, Nia kelihatan ingin memaksa wade  untuk memberitahunya tapi apabila melihat pandangan matanya kelihatan marah Niatnya terhenti.

dia hanya diam membiarkan dirinya bergelumang dengan rasa ingin tahu.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now