bab 27

1.9K 68 1
                                    

nia bangun dari katilnya apabila jam loceng berbunyi dengan kuat.  nia bangun dari pembaringannya dia memisat matanya beberapa kali.  2 minggu telah berlalu kenapa dia rasa yang dia macam dikurung didalam rumah ni.

dia tak pergi sekolah,telefonnya diambil dan dia langsung tidak boleh keluar malah yang membuatkannya sakit hati kenapa dia tidak boleh berjumpa dengan ibunya. dia melepaskan keluhan, mamat tu pun hilang entah kemana. 

dia berdiri dari pembaringannya..

"nia sayang" 

langkahnya terhenti, keadaan disekelilingnya terus menjadi gelap. matanya melilau memandang sekeliling.  "nia sayang" suara ayahnya bergema, rasa takut mulai memenuhi dirinya. jantung nia berdegup dengan laju..

wajahnya terus menjadi pucat tanpa bercakap banyak nia terus membuka langkah untuk melarikan diri. nafasnya turun naik, dia berlari dengan perasaan takut. dia hujung jalan yang gelap itu terdapat satu pintu yang terbuka dengan luas , cahaya dari dalam bilik itu menerobos keluar.

nia terus melangkah masuk kedalam.. "wade!"

kelihatan wade berdiri didalam bilik itu kemeja putih yang dipakainya penuh dengan darah. wajahnya kelihatan tidak berperasaan.. hitam dan putih itulah yang menghiasi warna didalam bilik  itu, dia seperti didalam tayangan filem hitam putih.

ditangannya pisau digenggam dengan erat, hanya warna merah darah sahaja yang kelihatan selain hitam dan putih. darah itu terpalit sedikit diwajahya bau hamis menusuk hidung. mata wade memandang kosong pada sekujur tubuh yang terbaring dengan lemah.

nia perlahan-lahan memandang sekujur tubuh itu.. darah memenuhi lantai, nia terus menekup mulutnya "mak!"jeritnya dia terus mendapatinya. wade menikam tepat dijantung ibunya, "mak!" dia memeluknya dengan erat, air matanya mengalir dengan laju.

"bangun mak!bangun!" nia mengoncangkan bahu ibunya yang telah tidak bernyawa. "kau!kenapa kau bunuh ibu aku!"jerit nia, wade memandangnya. "aku bunuh dia sebab kau"jawabnya nia tergamam. "aku?"nia mendongak memandangnya wajahnya dikerutkan dia kelihatan binggung.

"ya, ini semua sebab kau" balasnya wade tersenyum manis wajahnya langsung tak menunjukkan rasa bersalah. "ap..apa sebabnya"nia teragak-agak menyoalnya, "sebab.."belum sempat dia menghabiskan kata-katanya nia terjaga dari tidurnya.

rasa sakit terus menyerang kepalanya, dia bagaikan atlet pelari 100 meter apabila peluhnya membasahi badan dengan nafas yang tercungap-cungap. dadanya turun naik dengan cepat dia kelihatan keliru dan sangat takut ketika itu.

'aku nak lari' itulah ayat pertama yang muncul dimindanya yang tengah sarat dengan pelbagai telahan buruk tentang wade. dia secara automatiknya berdiri, kakinya menjadi sotong kerana terlalu takut. rambutnya yang kelihatan seperti sarang burung diikat sanggul dia kelihatan seperti wanita berpantang selepas bersalin.

topi besbol yang berada diatas meja diambil dan terus dipakainya. tingkap bilik dibuka dia terus menjenguk kebawah. angin sejuk masuk kedalam, keadaan diluar gelap gelita  bagaikan tidak berpenghujung kabus menemani kesunyian pada malam itu. dia merasakan hantu akan keluar bila-bila masa dari kabus itu,dia menelan air liurnya.

tempat dia berada sekarang adalah tingkat dua, dia tak boleh keluar dari pintu utama ataupun belakang takut wade terjaga. jadi dia kena keluar dari tingkap tapi takkan dia nak lompat dari tingkat 2 !! dia boleh patah kaki lepas ni!! dia kelihatan benggang wajahnya pucat tidak berdarah. dia kehulur kehilir cuba mencari jalan..

fikir nia!fikir!! macam mana dia boleh membiarkan dirinya dengan wade? adakah dia dah gila!? kawan dia pembunuh psyco tidak berbayar. sempat lagi senyum selepas membunuh orang. kau ni dah bengap ataupun bodoh dia memaki  hamun dirinya. 

macam mana dia nak turun kalau ada tali kan bagus.. dia melepaskan keluhan. tali..tali ya!! tali, anak matanya membesar satu idea muncul  diminda, matanya terus tertumpu pada selimut yang digunakannya untuk tidur. "tapi tak cukuplah.." dia bermonolog sendirian. almari kayu yang besar itu dibukanya untuk mencari selimut.

nasib menyebelahinya apabila terdapat beberapa selimut yang dilipat dengan kemas diletakkan didalam. selimut diambil terus diletakkan diatas katil, dia menyambungkannya dengan mengikat hujungnya setiap satu dengan kuat.dah macam rapunzel lah pula, manakalah wade adalah ahli sihir yang jahat dan kacak.. 

argh!!.. apa yang dia fikir ni!! stop!! jangan angau sangat dengan dia, nia mengelengkan kepalanya agar dia tidak terpesong dari rancangannya. tanpa membuang masa dia terus mengikat selimut itu pada katil queen tempat dia tidur. setelah memastikan selimut itu diikat dengan kuat dia terus menjatuhkannya keluar tingkap dan panjangnnya hanya sejengkal dari tanah.

beg dan barang-barangnya diambil, kasut dipakainya setelah semuanya sedia, dengan keberanian yang ada dia panjat tingkap yang besar itu. dia memandang kebawah jantungnya berdegup dengan laju seperti drum yang tengah dimainkan, tanpa banyak fikir dia terus turun kebawah katil queen itu terseret sedikit demi sedikit tangannya berpeluh membuatkan tali itu menjadi licin. tapi dia sekuat hati memegangnya dengan erat.

apabila katil itu terseret secara mengejut dia hampir melepaskan tali itu nasib dia sempat memegang mengimbangi badannya dan membetulkan posisi kakinya yang memijak dinding. dia melepaskan nafas lega hanya degupan jantung dan deruan nafasnya sahaja yang didengarnya ketika itu. dia berasa sangat panas membahang walaupun suhu pada malam itu sangat sejuk.

dia perlahan -lahan turun, peluh merenik pada dahinya. turunnya dia dia terus terduduk lututnya teras lemah badannya menjadi lembik. dia pun berdiri  dengan kaki yangg terketar-ketar dia terus membuka langkah seribu, pagar rumah wade dinaiki tanpa ragu-ragu selepas itu dia terus lompat keluar. 

dan dia berlari lagi..berlari.. walaupun dia tak nampak apa-apa ketika itu kerana hari masih gelap. dia tercungap-cungap tetapi dikerahkan sahaja seluruh tenaganya untuk berlari, penglihatannya tiba-tiba menjadi kabur. lariannya menjadi perlahan..

badannya menjadi lemah, imbangannya badanya hilang dia bagaikan lumpuh. perlahan-lahan dunianya menjadi gelap dan dia tidak sedar diri.




Obsesi CintaWhere stories live. Discover now