Bab 42

409 16 0
                                    

"Wei aku jalan dulu" ujar daniel sebelum kelibatnya hilang ditelan  pengunjung yang datang ketaman tema itu.

"So kita nak pergi mana dulu?" Soal nia dengan kekok, dia hanya memakai t-shirt putih dan seluar jeans berwarna biru muda.

"Kita pergi sini dulu" dengan wajah pokerfacenya, wade mengeluarkan peta taman tema dipoketnya. Peta yang telah ditanda dengan maker, dia membuatnya seperti peta harta karun.

Matanya bersinar-sinar, nia mengosok matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya betul ke tidak. Kenapa makin lama dia berkawan dengan wade makin dia dapat membaca mood mamat ni?

Wade menunjukkan rumah hantu yang tidak jauh dari sini, nia mengangguk sebelum membuka langkah menuju kesana dengan wade.

Masuknya mereka dirumah hantu, pada permulaannya nia dia tidak berapa takut dengan hantu yang mengejutkan mereka, tambahan lagi dengan wade dengan wajah poker facenya.

Semakin hampir mereka dengan pintu keluar semakin banyak hantu yang mengejar mereka. Ada yang menghalang jalan, wade tanpa ragu-ragu menampar hantu yang menghalang jalan sebelum menarik tangannya keluar dari rumah hantu. Nia terkejut melihat tindakan wade, pada waktu itu baginya wade lebih menakutkan dari hantu yang mengejar mereka.

Sejurus saja mereka keluar, wade dan nia pun singgah disalah satu kedai makan di taman tema itu. Nia makan dengn berselera memandangkan dia belum makan dari pagi.
Pelanggan perempuan yang memenuhi tempat itu, semuanya mencuri pandang kearah wade.
Memandangkan mamat ni sangat tampan dengan wajah dingin yang tidak begitu mempedulikan orang lain disekelilingnya.

Nia yang sedar hanya tunduk, dia yang berasa tidak selesa dengan tumpuan terarah kearah mereka Bersuara " wade aku nak ketandas dulu" dia meminta diri sambil tersenyum kecil.

"Okay" jawabnya pendek sambil memandang kelibatnya sehingga hilang. nia masuk kedalam tandas.Dia memilih tandas yang paling hujung, sebelum menutup pintu.

Satu keluhan panjang dilepaskannya, perasaanya berbolak-balik pada waktu itu. Rasa rendah diri memenuhi dirinya.

"Wei kau nampak tak mamat handsome yang aku tunjuk tu?" Suara seorang perempuan memenuhi ruang tandas itu. "ya aku nampak, handsome doh!" Jawab kawannya. Suara mereka sangat kuat, sehingga nia yang duduk dihujung pun boleh dengar.

"Kau rasa siapa perempuan yang duduk dengan dia tu?" Ujar perempuan itu, jantung nia berdegup dengan laju. "Girlfriend?" Jawab kawannya.

"Mustahillah, aku nampak mereka berdua tu bagai langit dan bumi. Perempuan tu taklah cantik sangat, aku rasa muka aku lagi cantik" katanya sebelum pecah tawanya.

Nia yang didalam tandas hanya diam, dia tunduk.

"Tak baiklah kau cakap macam tu" tegur kawannya,

Perempuan tu membalas "hmm.. aku rasa mereka berdua ni kawan je. Takkanlah dia nak perempuan yang low standard dari dia." Balasnya tanpa mendengar teguran kawannya.

kenapa aku tak sedar dari awal? ya, mesti dia kesiankan aku kan sebab tu lah dia selalu datang bila aku susah. Hubungan aku dan mak aku tak berapa baik dan adik aku pula koma.
ya, aku patut jaga batas aku dengan dia, aku tak nak kehilangan dia..

Bila dia memikir hal tu hatinya terasa sakit.
Senyuman wade muncul dimindanya.

Apa yang dah jadi dengan aku?

Nia kelihatan binggung, kenapa  aku hati sakit bila fikirkan hal tu?

Nia keluar dari tandas selepas memastikan tiada orang didalam ruang tandas perempuan.

Nia mencuci tangannya sebelum keluar, langkah terhenti apabila melihat wade ditegur oleh dua orang perempuan cantik.
Perempuan itu kelihatan sedang mengajak wade untuk berjalan-jalan dengan mereka ditaman tema.

Hatinya terasa sakit, sedih dan marah bercampur baur didalam dirinya. Apa yang dah jadi dengan aku ni?

                                 🌸🌸🌸🌸

Hari semakin senja pengunjung ditaman temah itu mulai berkurangan, Nia kelihatan tengah berjalan beriringan dengan wade.

"Penat ke?" Soal wade apabila menyedari perubahan riak wajah nia.  Nia yang mengelamun panjang tersedar dari lamunannya sebelum mendongak memandang wade.

"Taklah" balas nia pendek sambil cuba untuk tersenyum. Langkah wade terhenti sebelum dia memandang nia dengan lama, wajah dinginnya kelihatan kecewa "kau tak suka keluar dengan aku?" Kata wade, nia terkejut apabila mendengarnya.

"Eh.. taklah aku cuma penat" tipu nia, dia cuba mengelak dari bertentang mata dengannya. Dia kelihatan kekok pada waktu itu. Nia perlahan tunduk "kenapa kau selalu bawa Aku keluar?" Tanpa disedari persoalan yang bermain dimindanya dituturnya.

"Sorry.. aku cuma" nia yang tersedar cuba untuk menjelaskannya kepada wade,
Mata mereka bertentang lidah nia kelu tak tahu nak cakap apa.

"Kau dah tahukan" gumam wade sebelum tersenyum, wajahnya kelihatan tenang.

dup..

Jantungnya mulai berdegup dengan laju, wajahnya menjadi merah. "Nia.." panggil wade, nia yang baru sedar sesuatu menutup wajahnya.

Aku..aku suka wade?

tanpa melihat kedepan, kakinya tersadung sebelum dia hilang imbangan. "ouch" nia mengerang kesakitan,wajahnya berkerut seribu.

apabila melihatnya, wade dengan pantasnya memegang lengan nia, menghalang dia dari tersembam jatuh. "nia?" ujar wade menyedari wajah nia kelihatan merah.

"Kau okay?"

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now