Bab 41
"aku tahu yang kau dah berubah" lily memegang tangan suaminya. mereka berada direstoran itali pada waktu itu. John tersenyum hambar " macam mana keadaan adam sekarang?" soal john dengan nada risau. Lily memegang kepalanya, jelas kelihatan garis hitam dibawah matanya disebabkan kurang tidur.
"belum ada perubahan, dia masih dalam keadaan koma" balasnya, satu keluhan dilepaskannya.
Lily meneguk wine merah yang dipesannya , "nia" lily berhenti minum. Gelas kaca yang dipegangnya diletakkan diatas meja. "aku bergaduh dengannya" jujur lily, john memandang lily dengan lama seperti hendak membaca apa yang bermain difikirannya pada waktu itu. Sebelum riak wajah lily berubah menjadi marah.
"semua salah budak tu!" lily mengenggam gelasnya, dia teringatkan wade. Nia seorang budak yang baik dan mendengar cakap tapi bila dia mulai berkawan dengan wade semuanya berubah . John memotong stik yang baru dihidangkan. "biasalah anak-anak baru nak membesar" katanya lalu tersenyum. Melihatkan giginya yang cantik tersusun rapi, dia kelihatan segak dengan suit kerjanya.manakalah Rambutnya ditolak kebelakang, dia kelihatan sangat teratur dan kemas bagi seorang lelaki.
"kamu kena kuat supaya dapat menjaga mereka"nasihatnya.
"oh ya siapa nama budak yang kamu maksudkan tu?" soalnya ingin tahu.
"wade" apabila mendengar namanya,tangannya berhenti memotong steak. Senyumannya mati, 'wade'. Lily yang menyedari riak wajahnya membuka mulut "kamu kenal dengan dia ke?" soalnya ingin tahu. John ketawa kecil, menyembunyikan kegelisahannya "tak..namanya sama dengan kenalan aku " balasnya.
"oh" lily tersenyum sebelum menyambung makan.
Selepas siap makan, mereka pun keluar dari restoran untuk menikmati udara malam. Lily berpeluk tubuh berasa sejuk disebabkan dia memakai blouse biru tidak berlengan. Angin malam berhembus dengan perlahan mereka berjalan beriringan. John yang menyedari lily mengeletar kerana sejuk, hanya mampu tersenyum kecil sebelum membuka kotnya.
Dia meletakkan kotnnya dikedua-dua bahu lily, melindunginya dari sejuk.lily agak terkejut, wajahnya menjadi merah. Disebabkan john agak dekat dengannya, deru nafasnya yang hangat boleh dirasainya. "pakai baju yang tebal sikit kalau nak keluar"tegurnya dengan lembut, disebabkan musim luruh dah tiba. Cuaca agak sejuk, walaupun musim sejuk belum masuk. Lily memuncungkan mulutnya, "kalau kau sakit nanti macam mana?" katanya, dia mengangkat keningnya dengan senyuman manis yang menghiasi bibirnya.
Wajah lily bertambah merah dia mengangguk. Walaupun umurnya dah tua, perasaan cintanya dengan john tidak pernah luntur. Disebabkan sikapnya yang tenang dan mengambil berat membuatkan dia jatuh hati dengannya. "teringat pula masa lalu" lily bersuara. Langkahnya terhenti, "time mula-mula kita jumpa" tambahnya lagi, john yang telah berjalan mendahuluinya memberhentikan langkahnya. Dia menoleh, "hmm..ya"balasnya wajah john agak tegang mungkin memikirkan kesalahannya dulu.
"kau ikhlaskan"
"apa maksud lily?"soal john, dia berjalan mendekati lily. Lily mendongak memandang bekas suaminya, matanya mulai berkaca "untuk membaiki hubungan kita" john memegang kedua-dua pipinya, tangan besarnya yang hangat boleh dirasai lily. John memandang tepat matanya sebelum menjawab " ya aku ikhlas, aku takkan ulangi kesalahan aku lagi. Aku akan betulkan semuanya balik"suaranya penuh dengan tekad. Apabila lily mendengarnya, air matanya berjurai jatuh sebelum dia memeluk john dengan erat.
><><><><><><>
Nia sedang menunggu bas, begnya diletakkan diatas bangku. Dia dah bagitau ibunya awal pagi tadi yang dia akan ikut bas sekolah. Dia duduk termenung sambil memegang telefonnya tanpa disedari kereta audi berhenti didepannya. Nia mendongak, apabila mendengar bunyi enjin berdektan tempat dia duduk.
Cermin kereta diturunkan..
Wajah wade boleh kelihatan, dia masih dengan uniform sekolahnya. Tali lehernya, dilonggarkan sambil membiarkan rambutnya dalam keadaan tidak kemas walaupun begitu dia masih kelihatan tampan. "kau tunggu siapa?" soal wade, dia memandang nia dengan malas.
nia menelan air liurnya, jantungnya berdegup dengan laju, apa kena dengan aku ni? ujarnya dalam hati "bas sekolah"
Ramai pelajar memandang kearah mereka dan itu membuatkan nia berasa tidak selesa. Dia kelihatan cuba untuk menutup wajahnya sedikit menggunakan rambutnya . Dia tahu yang wade ni idol bagi pelajar perempuan sekolah ni, disebabkan wajahnya yang tampan. Statusnya sebagai anak pengetua sekolah, dan CEO syarikat empayar. Dalam masa yang sama walaupun dia tidak ikut peraturan dan selalu lambat datang kesekolah dia adalah pelajar top 10 disekolah besar ni . nia pun agak terkejut apabila mendengarnya dari danise . anggapannya terhadap wade, yang memikirkan dia hanya anak orang kaya yang memiliki rupa lesap begitu saja, dia pula yang berasa rendah diri disebabkan gred dia bagaikan langit dan bumi kalau dibandingkan dengan wade.
"masuklah, biar aku hantar kau balik" katanya, pelajar disekliling mereka agak terkejut dan mulai berbisik antara satu sama lain. nia yang tidak berasa selesa terus berdiri, tanpa memandang kiri dan kanan dia masuk kedalam perut kereta dan duduk bersebelahan dengannya.
Wade menutup tingkapnya, apa yang aku nak cakap dengan dia? nia kelihatan nervous. Matanya terbalalak apabila melihat Daniel berdiri didepan kereta dengan senyuman paling manis. Wade memberhentikan keretanya secara mengejut, nia tertolak kedepan nasib dia pakai tali pinggang keledar awal-awal"dammit!"maki wade, apabila kereta wade berhenti Daniel berjalan menuju ketingkap wade.
Tok!tok!
Dia mengetuknya tingkap kereta, wade memandangnya dengan tajam "apa yang kau nak?" soalnya, Daniel dengan wajah tak bersalah menjawab "nak ikutlah bro!"katanya dengan nada yang ceria seperti selalu. Nia boleh merasai killing intent wade, dia mulai berpeluh sejuk.
"kau kan ada motor, jangan harapkan aku je " balasnya, sebelum menaikkan tingkapnya. "motor aku rosak, aku nak naik apa lagi?" katanya , "jalan kaki" balas wade tanpa memberi muka dia terus menutup tingkapnya.
Daniel membuat wajah kesian, sambil berdiri memandang mereka. wade mengerutkan dahinya sebelum melepaskan keluhan kecil. Dia memberhentikan keretanya dan menurunkan tingkapnya "naiklah"kata wade, Daniel tersenyum.
Klik!
Boleh kedengaran kunci kereta dibuka. Daniel pun duduk dibelakang. Nia menelan air liurnya, harap-harap dia belum tahulah yang aku tahu semuanya. Nia mengerling kearahnya, Daniel kelihatan sibuk memandang telefonnya. apabila menyedari pandangan nia dia mendongak lalu tersenyum "hey, cutie"tegur Daniel, nia cuba untuk tersenyum.
Sebelum dia memandang kedepan, jantungnya mulai berdegup dengan laju. Ditambahkan lagi dengan aircond yang dipasang dengan kuat, nia berpeluk tubuh berasa sejuk. Wade yang menyedari hal tersebut, terus memelankan aircond keretanya. "sejuk lagi?"soalnya dengan nada mendatar, walaupun begitu pandangan matanya agak lain. risau? Itulah apa yang disedari nia. Mustahil ujarnya dalam hati. Dia mengelengkan kepalanya "thanks"ucapnya, jauh disudut hatinya ada sedikit harapan yang melekat dengan kukuh.
"what a great view" Daniel bersuara, mereka berdua menoleh kearahnya dengan serentak. wade mencebik sebelum focus pada pemanduannya. Wajah nia menjadi merah, dia juga turut memandang kedepan. Dia berasa malu pada waktu itu, "aww... why i feel like a third wheel?" katanya sambil memegang dadanya, dia membuat wajah seperti seorang yang tengah terluka. "kau nak aku turunkan kau ditengah jalan?"ugut wade, walaupun dia tidak memandangnya nia tahu yang mood wade agak buruk pada waktu tu.
Daniel ketawa "aku gurau je lah" katanya.
"oh ya apa kata petang ni korang pergi date" dia memberi cadangan, sambil memegang dagunya. Date? Nie menoleh, dia tak merancang sesuatu yang buruk ke? Tak..aku tak boleh fikir buruk pasal dia, dia cuba untuk menghilangkan keraguannya pada Daniel.
" aku ada beli tiket masuk ketaman tema"
Dia mengeluarkan 3 tiket dari begnya, "tada! Memandang kamu tengah hangat bercinta aku ada beli tiket lebih" katanya dengan nada yang ceria, wade memandangnya melalui cermin kereta. Matanya memandang tajam kearah Daniel, nia menelan air liurnya. Dia merasakan aura tegang antara mereka berdua.
" nia kau free tak petang ni?" ujar wade dengan suara monotone, nia memandang wade, kau biar betul? Aku ingat perang dunia ketiga akan meletus.tanpa disedari nafas yang ditahannya disebabkan terlalu takut dilepaskan , dia memandang wade dengan lama. Wajahnya terus menjadi merah, aku dan wade pergi date? Degupan jantungnya bertambah lagu tanpa disedarinya dia mengangguk.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...