bab 24

2K 82 2
                                    

"Kau dah gila!" Kata nia yang terkejut. Dia berjalan masuk menuju kearahnya.

Apa yang dia nak cakap dengan ibunya nanti dan apahal dengan mamat ni senang hati je suruh dia tinggal dirumah ni.

"Aku nak balik.."nia mendongak memandang wade. Wade membalas pandangannya wajah kelihatan dingin matanya menjadi gelap sejurus saja mendengar kata-katanya.

"Kau tak boleh balik"balasnya dengan nada yang mendatar. Wade berpeluk tubuh, dia takkan biarkan nia balik walaupun dia terpaksa mengurungnya.

Nia yang menyedari yang dia tidak dapat mengubah keputusan wade apabila pandangannya kelihatan serius bersuara "aku nak balik!!kalau kau taknak hantar aku biar aku balik sendiri"ujarnya tanpa berfikir panjang dia terus membuka langkahnya menuju keluar.

Tetapi niatnya terhenti apabila wade merentap kasar lengannya dan terus menolaknya kekatil. Nia yang terhumban kekatil terus terbaring.

Belum sempat nia berdiri wade yang telah berada dikatil memerangkap nia dengan badannya. Kedua-dua tangan nia dipegang.

Jantung nia berdegup dengan laju. Jarak mereka sangat dekat sampai nafas hangat wade boleh dirasainya.

Mata mereka bertembung.. nia mulai tidak keruan terus memalingkan wajahnya.

Wade yang ingin melihat wajahnya dengan lebih dekat terus memegang dagunya dan memaksa nia memandangnya.

"Lepa.. lepaskan aku"kata nia dengan.. dia cuba untuk meleraikan tangannya dari cengkaman wade tetapi gagal kerana wade lebih kuat darinya.

"Aku akan jadikan kau milik aku sorang"katanya matanya tidak lepas dari wajah nia.

Tangannya menyentuh bibir nia. Keinginannya dan nafsunya mulai memenuhi dirinya apabila melihat wajah nia.

Nia adalah milik dia jadi ditakkan biarkan sesiapa mengambilnya. Sebab dia takkan tahu apa yang dia lakukan apabila hak milik dia diganggu.

Selepas itu dengan lembutnya tangannya membelai wajah nia.
Dia seperti terpukau.. perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya kewajah nia.

Dia mendekatkan lagi...

Bibir mereka bersentuhan, tetapi tindakannya terhenti apabila air mata nia mengalir.

Nia kelihatan takut.. badannya mengeletar. Jelas kelihatan rasa takut dari pandangan matanya.

Wade melepaskan keluhan kecil..dia terus berdiri dan meninggalkan nia seorang diri.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now