Nia masuk kedalam rumahnya, tanpa menegur ibunya dia terus kebiliknya yang terletak ditingkat atas . Dia ingin elakkan pergaduhan dari tercetus disebabkan masalah mereka. lebih baik dia mengelak dari ibunya buat sementara waktu bila keadaan dah redah dia akan fikirkan cara untuk memperbaiki hubungan mereka. Dia berjalan menuju kebiliknya. Begnya diletakkan diatas meja belajar, satu keluhan dilepaskan . Banyak betul masalah semua ni berlaku selepas wade datang..Apa yang dia fikirkan ni? wade tak salah dalam hal ni. walaupun begitu rasa ragu-ragu masih melekat dihatinya. Dia membuka lacinya untuk mengambil cas telefon. Matanya terhenti pada botol kaca yang dipenuhi dengan pil. Ubat penenangnya, ketika dia depress. For the first time, ubat ni masih penuh. Satu senyuman terukir diwajahnya, bila difikirkan balik munculnya wade didalam hidupnya membuatkan dia lupa semua trauma yang dihadapinya.
Dia tidak berasa kosong seperti selalu, sebab dia mulai sedar yang dia mempunyai kawan-kawan dan keluarga disisinya. Hatinya berasa senang apabila memikirkan wade. Dia kena kuat! Supaya dia dapat menjaga adiknya! tekadnya dalam hati.
Dia menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan. Mengumpulkan semua kekuatan yang masih ada, baik aku bersihkan diri aku dulu ujarnya dalam hati. Nia cas telefonnya sebelum mengambil tuala dan masuk kebilik mandi.
15 minit kemudian..
Nia keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban. Almarinya dibuka, dia memilih baju baggy berwarna putih dengan seluar pendek berwarna coklat paras lutut. Setelah siap mengeringkan badannya, dia pun memakai baju dan seluarnya. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan pengering rambut.
Setelah semua siap, dia terus baring dikatilnya. Telefonnya yang bercas, diambil. Dia terus membukanya telefonnya, whatsapp yang first dibukanya ketika itu.
Anak matanya membesar apabila mendapat mesej dari wade.
Wade: kau dah sampai rumah?
Nia:dah, sorry lambat balas.
Wade: (typing..)
Jantung nia berdegup dengan laju.
Wade: dah makan?
Nia:dah (tipunya)
Wade: really? rehat cukup2, tidur awal kalau tiada kerja.
Semasa nia ingin membalas wade terus offline. Last seennya boleh kelihatan. Nia mencebik, tanpa disedari satu senyuman terukir diwajahnya. Balik-balik dia membaca chat dia dengan wade. Apa yang aku buat ni? nia yang baru sedar terus mencubit wajahnya beberapa kali.
Banyak masalah yang timbul sekarang ni nia! Kau tak boleh fikir benda remeh temeh ni ! nia cuba menyedarkan dirinya. Walaupun dalam hatinya perasaan aneh yang tak pernah dirasainya mulai tumbuh perlahan-lahan terhadap wade. Baik aku tidur! Nia menarik selimutnya hingga keparas dadanya agar diberasa lebih selesa.
************************************************
Part 2
"so kau dah beli semua saham dari syarikat z?" soal wade sebelum menutup telefonnya. daniel memandang pemandangan Bandar x disebalik cermin kaca didepannya. Wade pula duduk disofa sambil membaca dokumen-dokumen yang perlu diurus oleh Daniel.
Daniel menghisap rokoknya, tattoo yang melingkari dada bidangnya yang tidak pernah dilihat oleh orang lain boleh kelihatan. Daniel baru mandi, dia hanya memakai seluar panjang berwarna hitam membiarkan badan sasanya terdedah. "belum lagi semua"balasnya, sebelum berjalan menuju kearah wade.
Dia duduk didepannya dia mengambil sehelai kertas, "aku hanya perlukan saham dari keluarga sky "ujarnya sambil tersenyum. Dia mencucuk rokok ditempat rokok, sebelum menyandarkan tubuh disofa dan menghembus asapnya. Wade terdiam sejenak, dia berpeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya.dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu disebalik wajah dinginnya "dan selepas aku dapat saham tersebut, semua ni belum berakhir". tambahnya lagi, "sebab masih banyak lagi hal yang perlu aku urus" sambungnya satu senyuman lebar terukir diwajahnya.
"aku tahu yang kau dah rancang semua ni tapi aku nak kau berhati-hati dengan evan sky" wade meletakkan satu dokumen yang dibacanya diatas meja yang merupakan biodata anak kedua keluarga sky. Gambar seorang lelaki tampan berambut blond, dengan suit biru gelap jelas terpapar pada gambar yang diambil . kaca mata yang dipakainya menyembunyikan wajah tak berperasaanya dengan dua bodyguard kiri dan kanannya. Lelaki ni dikenali sebagai salah satu ahli perniagaan yang kejam dan tidak bertoleransi.
"kau pun dah tahu dia merupakan salah satu pemegang saham terbesar"tambah wade lagi, "aku tahu" rambutnya yang masih basah ditolak kebelakang. "sebab tu aku nak berunding dengannya" dia mengambil gambar evan, dia menatapnya dengan lama. Wajahnya yang selalu ceria berubah menjadi serius.
"evan bukan boleh dibawah main, dalam permainan ni dia adalah jeneral yang layak menjadi raja" kata Daniel, "dan aku hanya pahlawan hitam yang bakal membunuh keluarganya sendiri demi takhta seeorang raja" gumamnya.
"malas aku nak cakap pasal ni!" wajahnya berubah menjadi ceria balik. "oh ya macam dengan girlfriend baru kau" Daniel mengangkat keningnya, wade hanya diam membatu sebelum dia mengeluarkan telefonnya. soalan Daniel dibiarkan sepi "oii wade, seronok ke? Tak nak kongsi dengan aku?" katanya lagi sambil ketawa kecil. Sengaja ingin menguji kesabaran kawannya.
Wade memandangnya dengan tajam "kau kan dah tahu aku tak suka berkongsi" balasnya dengan nada yang mendatar dalam masa yang sama dingin. "she mine, only mine. Kau tahukan apa yang aku buat lepas tu" balasnya dia kelihatan sangat posesiv ketika itu.
"kau dah banyak berubah" kata Daniel masih tersenyum kelihatan tidak takut dengan ugutannya. "semenjak Nia muncul dalam hidup kau" tambahnya lagi, sambil memandang wajah beku wade. "betullah mereka kata, salah satu kelemahan seorang lelaki adalah perempuan yang mereka sayang" kata Daniel. wajah wade berubah, dia seperti sedar sesuatu. Hatinya menjadi tenang dan gembira apabila bersama nia. Wajah gembira nia muncul dibenaknya tanpa disedari satu senyuman menghiasi bibirnya.
"dan aku tak faham pasal benda ni" Daniel ketawa, dia kelihatan sarkastik dengan bab2 cinta. Disebabkan hatinya telah lama tertutup dan penuh dengan luka disebabkan masalah kehidupannya. Cinta? Benda tu telah lama dibuangnya.
Wade merenung wajahnya "sekarang kau mungkin takkan faham, but when you meet the one semuanya akan berubah." apabila Daniel mendengar ayat yang keluar dari mulut wade, dia memandangnya seperti dia bergurau dengannya. senyuman wade telah lama hilang, dia memandang Daniel dengan poker seperti ayat yang keluar dari mulutnya tidak sesuai dengan riak wajahnya. Wade berdiri "aku balik dulu" dia minta diri sebelum meninggalkan Daniel seorang diri . senyuman daniel mati "love? mustahil " wajahnya menjadi serius,
"mungkin kalau ada pun nasibnya memang malang" gumamnya, matanya kelihatan dingin. daniel kelihatan seperti orang lain, auranya pun berubah. sebelum dia menutup mulutnya dan meleraikannya tangannya. satu senyuman terukir diwajahnya.
dia berdiri dan membuka langkahnya menuju kebiliknya.
"who are you?"
Langkahnya terhenti, dia menoleh apabila melihat seorang budak berambut hazel. dia kelihatan naif dan sangat pemalu. dia memeluk anak patungnya dengan erat.
budak itu adalah dia.
"aku adalah kau" balasnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
dia kelihatan terkejut dan anak matanya membesar, "no..no!" anak patung yang dipegangnya jatuh, budak tersebut memegang kepalanya. "kau..bukan aku" daniel cuba untuk menyentuhnya, tapi tangannya ditepis dengan kasar. "monster"katanya sambil memandangnya dengan jijik.
daniel memandang dirinya dengan lama"kau dimasa depan"
semuanya adalah halisunasinya. apabila dia mengelip matanya semuanya hilang.
mungkin dia dah tak dapat berpatah balik.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...