bab 26

2.1K 78 6
                                    

Nia berbaring dikatil, matanya memandang siling. Kejadian tadi masih terbayang-bayang dimindanya.

Dia terus menekup wajahnya "kenapa dia buat macam tu!!"

kenapa mamat tu buat dia macam tu, dia nampak murahan sangat ke! kalau datuk dia yang tinggal dimalaysia tahu mati wade dikerjakannya. jantungnya berdegup dengan laju ketika itu..dia pun tak tahu kenapa. wajah mulai menjadi merah macam tomato..

macam mana dia nak bersua muka dengannya lagi, dia mungkin berasa kekok! nia mulai tak keruan ketika itu.. 

krokk!!

perutnya berbunyi dengan kuat baru dia ingat dia tak makan dari pagi tadi. dia berdiri dan membuka langkah menuju kebawah langkahnya terhenti. kejadian sebentar tadi menerja benaknya.. "malunya aku!"dia mengaru kepalanya dengan kasar.

macam mana dia nak turun!! dia berasa sangat malu ketika itu. dia berjalan ulang alik didepan pintu bilik.

dia kelihatan sedang berfikir panjang, dengan kakinya yang tidak pandai diam.

kenapa aku menangis!!? sepatutnya aku tampar muka dia!!! ujarnya dalan hati dia meraup wajahnya dia bagaikan hendak menjerit dengan kuat.

dia duduk mencangkung "aku memang dah gila!!"katanya dengan kuat. dia boleh terasa bahang diwajahnya, dia kelihatan tidak keruan.

jantung berdegup dengan laju..sangat laju sehinggakan lututnya terasa sangat lemah. dia tidak pernah merasakan perasaan aneh yang timbul dihatinya.

dia cuba mengumpulkan keberanian dan keyakinan yang masih tersisa dihatinya. dia berdiri dia menarik nafas dan melepaskannya. jangan takut nia! setakat mamat sombong tu..yang tampan dan mengod..argh!!!! kenapa dengan dia ni!

adakah dia dah hilang akal! nia yang berasa kecewa dengan diri sendiri keluar dari bilik. dia berjalan menuruni tangga..

wade kelihatan tengah sibuk memasak. bau masakannya membuatkan nia terliur kerana dia tidak mengisi perutnya dari tengahari tadi.

nia membuka langkah dan cuba untuk berlagak tenang  walaupun jantungnya bagaikan nak meletup ketika itu.

nia kelihatan teragak-agak menuju kearahnya "duduklah..nanti saya sediakan makanan."wade bersuara tanpa memandang.

nia yang berasa agak kekok terus duduk tanpa banyak cakap. suasana diruang makan itu agak hening. kerana nia tidak tahu nak bualkan apa dengannya..

wade menghidang lauk yang baru dimasaknya. disebabkan nia berasa lapar matanya tidak lepas dari makanan yang dihidangkan.

selepas semuanya siap terhidang wade duduk didepannya. "makanlah"pelawanya, dia sedar dengan kelakuan nia yang tidak begitu selesa dengannya.

nia mengangguk tanpa memandangnya dia terus makan. matanya membesar sejurus saja merasainya..

dia memandang wade "sedapnya~!"pujinya selepas itu dia makan dengan gelojoh. wade ketawa kecil melihat kelakuannya. rasa gembira terbit dihati apabila makanan yang dimasaknya disukai oleh nia.

"makan perlahan-lahan" tegurnya dia mengambil gelas dan menuangkan air lalu menghulurkan kepada nia.

nia mengambilnya, kuah makanan dimasaknya melekat dihujung bibir nia. tanpa nia sedari wade mengelap hujung bibirnya dengan ibu jarinya.

masa bagaikan terhenti..
mata mereka bertembung "thanks bro!" ujar nia tangan wade ditepisnya.

"makan tu jangan gelojoh sangat nanti sakit perut"ujarnya kepada nia. nia mengangguk wade mengelap tangannya dengan tisu.

kring!!kring!!

telefon wade berbunyi dia mengambilnya nama 'Fifi' tertera diskrin telefonnya.

"kau makan dulu..aku nak jawab telefon kejap"katanya selepas itu dia pun menuju kebiliknya. nia  bernafas lega, sejurus saja wade pergi.

jantung bagaikan nak tertanggal wajahnya terus menjadi merah. "apa yang aku nak buat ni?"

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now