"ring ring ring ring"
Bunyi loceng sekolah mula berbunyi dengan kuat yang menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar berpusu pusu keluar untuk pergi kekantin "jomlah"danise mengajaknya..
"Pergi kemana?"soalnya sambil memandang danise . "Kekantinlah"jawabnya sambil ketawa kecil apabila melihat muka nia yang agak binggung.
Nia memegang tengkuknya kerana berasa malu dengan danise"jomlah"katanya nia mengangguk tanda setuju mereka pun bersama sama menuju kekantin, sampainya dikantin nia pun menuju kearah pelajar yang tengah beratur untuk membeli makanan langkahnya terhenti apabila danise menghalangnya dengan menarik lengannya"kenapa ?"soal nia dengan pelik.
Danise tersenyum sambil menunjukkan beberapa bekal makanan "jomlah Kita duduk kat sana tak perlu pun awak beratur saya ada bawa makanan ni"katanya lalu menuju kearah meja yang kosong yang terdapat dipenjuru kantin itu nia teragak agak mengikutinya.
"Thanks"ucap nia dengan rasa segan"ish awak ni tak perlulah awak malu malu didepan saya ni"balas danise lalu menghulurkan bekalnya. Danise ada bawa dua bekal kesekolah kerana maknya agak risau apabila melihat anaknya begitu kurus kadang kadang dia agak geram dengan maknya suka betul menyuruhnya makan dengan banyak.
Tapi itu tak bermakna yang dia benci dengan maknya dia sangat sayang dengan maknya yang begitu 'overprotective' terhadapnya. " Hye Sweetie dah lama tak jumpa"tiba tiba seorang lelaki menyapa mereka.
Danise memandangnya "ei mamat ni tak habis habis dengan gaya playboy dia ni"kata danise dengan menyampah. "Paul apa yang awak nak?"soal danise sambil memandangnya suaranya serta merta menjadi kasar dia tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan danise serta merta matanya tertumpu kearah nia.
"Siapa nama murid baru yang comel ni?"soalnya sambil matanya tidak lepas dari nia. Nia yang tengah minum hampir tersedak mendengarnya meremang bulu romahnya pada waktu itu."dia nia murid baru disini"terang danise, "patut pun Malam tadi saya termimpikan bidadari turun Dari syurga rupa rupanya ada murid baru yang comel dan cantik ni telah ditakdir untuk saya"katanya dengan nada yang mengelikan.
Nia hanya diam memandangnya 'mamat ni biar betul' bisik hatinya. "Bla bla bla bla paul sudah sudahlah tu dengan lakonan awak ni..ini bukannya kelab drama awak tu"marah danise yang mula meluat dengan sikap paul "secantik cantik bunga rose muka awak lagi cantik"tambahnya lagi..nia tersenyum kelat memandangnya.
Danise mula hilang sabar apabila paul masih tidak berhenti dia mengetap giginya dengan geram"paul nak saya koyakkan mulut awak tu"marah danise paul tersenyum apabila melihat danise yang mulai naik angin"yalah yalah Aku gurau jelah"katanya sambil ketawa dia berasa geli hati apabila melihat kemarahan kakaknya.
"Nama saya paul selamat berkenalan"katanya sambil tersenyum memandang nia "Nia perkenalkan ini adik saya paul dia ni agak Gila Gila sikit suka betul nak kenakan orang"kata danise sambil menjeling tajam kearah adiknya. paul buat endah tak endah dengan jelingan kakaknya.
Paul juga mempunyai rambut berwarna coklat tetapi mata mereka agak berbeza sikit dan dia ni agak tinggi . "Saya nia mysarah selamat berkenalan"balas nia.
Pada waktu itu Mereka pun berbual dan makan bersama sama. Walaupun nia agak kekok dengan dua beradik yang ramah ini tetapi dia tetap berusaha untuk membiasakan dirinya.kerana ini kali pertama dia berbual dengan orang lain selain dari keluarganya.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...