Zenny tersenyum lebar, dia menguak rambut blondnya ketelinga. Dia berasa gembira apabila wade ingin jumpa dengannya.
Mungkin dia dah lupa dengan perempuan sundal tu. Pada ketika itu mereka berada dicafe, tidak jauh dari rumahnya.
Duduk berduaan dengan wade, lelaki itu dengan wajah dingin dan tenang seperti selalu. "So kenapa nak jumpa?"soalnya memulakan perbualan.
Jari-jemari runcingnya memegang secawan kopi suam.
Hujan turun renyai-renyai, memang sesuai dia pesan kopi . Walaupun dia tidak suka kerana rasa pahit tapi itu adalah minuman kegemaran wade."Aku nak kau berhenti ganggu nia"jawab wade dia memandang wajah zenny yang mulai bertukar menjadi marah. Senyuman lebarnya mati sejurus saja mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.
Cawan kopi yang dipegangnya diletakkan dengan kasar hingga sebahagiannya tumpah kemeja. "Apa yang bagus sangat dengan perempuan sundal tu?"soal zenny dengan rasa cemburu.
"Zenny.."belum sempat wade menghabiskan ayatnya, zenny memotong "aku kaya dan cantik kenapa kau langsung tak pandang aku?"dengan bongkak dia menyatakannya.
"Berbanding dengan perempuan tu!" Nafas zenny turun naik menahan amarah. Dia tidak pernah rasa terhina dan maruahnya dipijak sepanjang dia hidup.dia hidup dengan mewah dan semua perkara yang dia nak akan dia dapat. Lelaki? Petik jari semua datang beratur,tapi wade lain. Dia tidak pernah memandangnya walaupun dia sempurna bagi seorang perempuan.
"Hentikan semuanya selagi aku masih bersabar" wade memandang dingin kearah zenny, meremang bulu romahnya.
Rasa takut mulai timbul apabila pandangan wade seperti ingin membunuhnya. Tapi ego lebih menguasai diri, "kalau aku tak nak? Dan aku takkan berhenti selagi kau tak terima aku!"ujarnya.
" kau belum kenal aku lagi zenny. Ini amaran terakhir aku, if you cross the line kau dah tak boleh patah balik."balas wade, zenny terdiam. Dia tersentak.
marah dan cemburu
Semua perasaan itu bergumpal menjadi satu. Wade berdiri dan terus meninggalkan zenny. Hujan turun semakin lebat dia mengenggam tangannya dengan erat.
Aku kenal kau wade, kenapa kau lebih pandang perempuan tu?
Kenapa kau tak pernah pandang aku? Ya aku memang kejam sebab buat dia macam tu,tapi aku tak nak kehilangan kau.Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang! Aku tak suka apabila dikelilingi dengan orang yang hanya mendekati aku disebabkan status aku.
Berpura-pura baik. satu perkataan tidak asing bagi zenny.
Dia hanya nak kan perhatian, perhatian daripada seseorang yang dia sayang. Dan menariknya keluar dari dunia gelapnya.
Kolam matanya mulai berair,
Dia tunduk. Jangan menangislah sial!! Jadi seperti selalu!!! Gedik dan bodoh!!!Hatinya sangat rapuh, realitinya dia hanya seorang perempuan yang lemah. Mungkin ini semua salahnya.
Wade hanya pengganti kepada hunter, abang kembarnya yang telah meninggal dunia. Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang hunter telah meninggalkannya.
Zenny berdiri, dompetnya diambil. Dia terus keluar dari kedai. Hujan turun dengan lebat zenny menuju kekeretanya.
Dia masuk kedalam dalam keadaan yang basah dan terus menghidupkan enjin. Selepas itu dia terus memandu keretanya dengan laju.
Menyusuri lebuh raya yang sibuk, dia terus masuk kedalam simpang besar keluar dari bandar besar itu.
15 minit kemudian..
Dia sampai disebuah rumah kecil dengan laut terbentang luas didepannya. Hujan telah lama berhenti,dia keluar dari kereta.
Membuka pagar besi yang telah berkarat dan masuk kedalam.
zenny memandang sekeliling."Hunter.." gumamnya dia membuka langkah menuju kerumah kecil itu. Asap keluar dari cerobong rumah. Kelihatan bunga dengan pelbagai jenis warna seperti biru, merah dan kuning ditanam diluar rumah.
Hari semakin gelap, lampu rumah telah dipasang boleh kelihatan dari tingkap. Zenny menelan air liurnya, jantung berdegup dengan laju.
Dia teragak-agak mengetuk pintu rumah itu.
"Hunter!tolong buka pintu tu!"
"Baiklah mak!"
Apabila mendengar suaranya, jantungnya berdegup dengan laju. Boleh kedengeran derapan tapak kaki dari dalam. Tombol pintu berpusing dan pintu rumah dibuka.
Seorang budak kecil tersenyum, rambut hitam dan mata biru sama seperti wade. Tapi dia mempunyai bentuk mata yang tajam. Berbeza sikit dengan wade yang mempunyai mata yang layu.
"Kenapa lambat sangat datang, rossy?"soalnya dengan senyuman lebar.Zenny bungkam, tanpa disedari air matanya mengalir dengan laju. Dia terus memeluk hunter dengan erat, dia kelihatan tidak mahu melepaskannya.
"Jangan tinggalkan aku lagi"katanya sambil menangis teresak-esak. Bahunya terhinjut-hinjut.
Matanya sembap, dia sangat sayangkan hunter. Dia tidak dapat menerima kenyataanya.
"Maafkan aku"
Kring!!kring!!
zenny terjaga dari tidurnya, dia berpeluh dengan banyak.
Matanya bengkak, pipi basah dengan air mata. Telefonnya masih berdering dia mengambil telefonnya.
'Wade' nama wade tertera diskrin telefon. Dia cuba menenangkan diri, membiarkan telefonnya berdering.
Telefonnya berhenti berdering,
'3 miss call'Ting! Satu mesej dihantar. Dia memandang whatsappnya.
Wade: jumpa aku ditempat selalu.
Dia memandang mesej yang dihantar oleh wade. Zenny teringatkan mimpinya.
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...