"Apa..yang" lidah nia kelu dia bungkam. Apa yang dah jadi? Nia kaku, wade masih memandangnya menunggu jawapan dari nia. Dia baru cium aku dan cakap dia sukakan aku? Wajah nia terus menjadi merah.
Jantungnya berdegup dengan laju, ingin sahaja dia menyembunyikan wajahnya dari wade. Nia mulai tidak keruan "alamak s..saya dah lambat" dia memberi alasan dengan tergagap-gagap. Fikiran nia kosong, dia terus meninggalkan wade.
Ini kali pertama dia dia berada didalam situasi ini. jadi nia tak tahu nak buat apa! Nia melajukan langkah tanpa memandang kedepan.
Bukk!!
Dia terlanggar tiang dan terus jatuh. "Nia!"panggil wade dengan risau dia menuju kearah nia yang telah terduduk dilantai. Malunya aku!! Jerit nia dalam hati, kenapalah dia tak berhati-hati.
Semasa wade ingin menolong nia, dia terus berdiri. Membuat wajah tenang macam perkara yang berlaku tadi tidak pernah berlaku. "Hahahah..aku terjatuh pula. Wade aku pulang dululah"tanpa memberi peluang wade membuka mulutnya nia terus beredar.
Wade memandang kelibat nia dari belakang sehingga dia hilang dari pandangan. Dia hanya perlu tunggu nia memberi jawapan kalau dia tidak terima pun, dia takkan mengalah. Sebab dia akan dapat apa yang dia mahu. Oh..dan lagi satu dia nak jumpa cikgu jayden sekarang.
Dia berjalan masuk kedalam bangunan dan terus menuju kebilik disiplin. Cikgu jayden masih belum balik kerana masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan, dari tadi telefonnya tidak henti-henti berbunyi.
Kring!!kring!!
Dia tersenyum apabila puan lilac pengetua sekolah menelefonnya.
"Hi baby"jawabnya."Sayang kenapa tak jawab mesej I?"soal puan lilac dengan nada manja. Dengan jari-jemarinya yang ralit bermain pen cikgu jayden memusingkan bangkunya menghala tingkap. "Why do you miss me?"ujar cikgu jayden dengan nada tawa dipenghujung ayat.
"Ish you ni.."
" I berguraulah..ada apa ni?"
"I cuba nak ingatkan jangan lupa bawa cincin perkawinan sayang. yang I tinggalkan kat rumah you"
"I tak lupalah sayang, so malam ni kita jumpa"
"Ok..love you sayang"
"Love you too"
Cikgu jayden menamatkan panggilan dengan senyuman lebar. Dia memusingkan kerusinya menghadap meja semula, dia hampir jatuh dari kerusi apabila melihat wade tengah duduk berhadapan dengannya.
"Dah habis?"soal wade sambil mengangkat keningnya,dia berpeluk tubuh dengan wajah beku dan dingin yang terpamer diwajah.dia mulai gelabah, apabila melihat wade seperti telah mendengar perbualan dia tadi.
"Kau berbual dengan siapa?"soal wade selamba menggunakan bahasa 'aku' dan 'kau' didepan cikgu jayden.
Cikgu jayden menelan air liurnya. Pada waktu itu dia binggung sama ada wade sudah tahu ataupun belum, jadi dia cuba untuk berlagak tenang.
"Mana adab kamu? Kenapa kamu masuk kepejabat cikgu sesuka hati! Dan jaga percakapan kamu tu"marahnya sengaja ingin menutup kegelisahannya. Wade ketawa sinis, langsung tidak terkesan dengan kata-katanya.
Cikgu jayden mulai cemas peluh mulai merenik didahi walaupun biliknya dipasang penghawa dingin, mati dia kalau wade tahu. Dia boleh dibuang kerja nanti!"Berapa lama?"soal wade tiba-tiba dia memandang cikgu jayden dengan tajam. "Apa maksud kamu?"soal cikgu jayden berpura-pura tidak faham. Jantungnya berdegup dengan laju, dia mulai gelisah.
"Hubungan sulit kau dengan mak aku?"soal wade straight to the point terus tanpa berselindung.
"Apa maksud kamu ni?"cikgu jayden masih tidak mengalah.
"Apa yang kamu cakap ni?"kali ni cikgu jayden pula ingin menyerang wade tanpa bukti wade takkan dapat berbuat apa-apa.Wade tersenyum sinis dengan selambanya dia mengeluarkan telefonnya. Dia menekan galeri "aku ada banyak bukti didalam. Semua gambar ni aku boleh hantar kepada ayah aku"ugut wade sambil menunjukkan semua gambar cikgu jayden bersama puan lilac.
Mereka kelihatan seperti suami isteri didalam gambar.
"Atapun kau nak aku sebarkan"tambahnya lagi. Cikgu jayden menelan air liurnya. Dia mengelengkan kepalanya dengan wajah cemas.
"Jadi ikut arahan aku"
YOU ARE READING
Obsesi Cinta
Romance"ya..saya memang tamak terutamanya dengan apa yang milik saya"kata Wade sambil tersenyum kepadanya..."a..apa maksud awak??"soal nia dengan takut apabila melihat pisau yang dipegangnya penuh dengan darah, lututnya terasa lemah Dan badannya terasa kak...