Bab 16

2.6K 97 6
                                    

"Ayah!tolonglah lepaskan saya" nia sedaya upaya cuba untuk melepaskan dirinya..

Air matanya berguguran dengan laju.. wajah ayahnya kelihatan bengis.

Nia bergelut untuk melepaskan dirinya..

"Ayah!"

Wajahnya ditampar dengan kuat..

Badan nia mengeletar dengan kuat.

Dia terus terus terjaga dari tidur..

Nafasnya turun naik..dia berpeluh dengan banyak.

Dia memandang kearah tangannya  yang mengeletar dengan kuat.

Jantung masih berdegup dengan laju. Dia cuba untuk melupakan segalanya.. tapi mimpi itu asyik datang menganggunya.

mimpi yang datang yang dari cebisan memori kisah silamnya yang gelap.

dikala fikirannya mulai tenang mimpi itu datang menjengah.. seakan-akan memberi amaran kepadanya..

tapi kenapa mimpi itu asyik muncul?

kenapa ia tidak lenyap sahaja dari hidupnya seperti debu pasir yang terbang serta merta apabila ditiup angin. matanya sembap.. dan merah. pipinya masih terasa panas dengan air matanya yang jatuh dengan banyak.

baju tidurnya basah dengan peluhnya... termasuk dengan bantal dan katilnya. badannya masih mengeletar dengan kuat..

dia cuba untuk berdiri tapi lututnya terasa lemah dia terus terduduk kembali.

rasa takut mulai menguasai dirinya.. nia ketakutan. dia memeluk lututnya.

"ayah datang sayang"

nia memandang sekeliling.. "tak..tak.. aku taknak!!" dia menangis apabila suara ayahnya bermain-main difikirannya. dia menekap telinganya dengan kedua-dua tangan, dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.

"aku taknak!" dia menjerit dengan kuat.. "nia..nia sayang" nia berundur kebelakang. fikirannya mulai bercelaru.. dan buntu. dia berasa takut! sangat takut.. kisah silamnya menjengah fikirannya satu persatu seperti memori yang diputarkan semula.

'ubat' nia terus merangkak menuju kemeja belajarnya apabila teringat tentang ubatnya. barang-barangnya yang tersusun rapi diselongkarnya dengan tangan terketar-ketar tapi ubat yang dicarinya langsung tidak dijumpai.

dia memegang dadanya jantung berdegup dengan laju ia terasa sangat sakit dan pedih seperti ada sesuatu yang tajam mencucuknya. dia menuju kesudut biliknya dan menyandarkan badannya disudut bilik. dia bernafas dengan cepat menahan kesakitan yang dialaminya.

air matanya berguguran dengan laju... 'tolong aku' dia memandang kearah pintu biliknya. dia cuba untuk menjerit meminta tolong tapi suaranya bagai tersekat dikerongkonya.

dia berpeluh dengan banyak menahan kesakitan yang dialaminya.

matanya tertutup perlahan-lahan..

bukkk!!!bukkk!!!

pintunya ditendang dengan kasar beberapa kali.. ia terus terbuka apabila tombol pintunya rosak akibat ditendang.

seorang lelaki berambut silver menuju kearahnya.. tattoo  yang melingkari leher hingga ketangannya jelas kelihatan kerana dia hanya memakai baju t-shirt hitam.

dia terus mengangkat nia yang telah pengsan.. "cepat sediakan kereta!" katanya kepada ibu nia yang terus menerpa kearahnya. adam kelihatan takut dan risau dengan kakaknya yang telah pengsan pangkuan lelaki itu.

ibunya mengangguk lalu menuju kebawah.. dia berpeluh dengan banyak. lelaki itu hanya mampu memandangnya dengan rasa simpati..

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now