bab 29

1.8K 70 4
                                    

nia berlari keluar dari hospital, teksi yang lalu terus ditahannya. selepas memberitahu alamat rumahnya teksi tu terus bergerak. nia menyandarkan tubuhnya pada kerusi penumpang. wajahnya kelihatan risau ketika itu kenapa dia takut sangat ni?

dia mulai berasa tidak sedap hati apabila teringatkan mimpinya. kalau memang betul wade ada buat sesuatu yang mengancam nyawa dengan ibunya macam mana. takkan dia nak duduk diam sahaja sekarang dia kena pastikan yang ibunya selamat.

wade tu bukannya boleh dipercayai sangat, dia memang tak tahu apa yang mamat tu fikirkan sebenarnya dia memang tak tahu. sebab wajah dia kelihatan sama sahaja sentiasa dingin seperti ais. apabila teringat apa yang paul cakap tanggapan dia dengan wade semakin buruk.

wade.. dia siapa sebenarnya? apa motif dia dengannnya? dia kelihatan sangat misteri apabila dia fikirkan tentang wade dia teringat pula daniel. mamat yang ceria dan suka senyum tapi sebenarnya pembunuh yang kejam. meremang bulu romahnya..

dia memandang keluar tingkap daun yang gugur dari pokok yang besar disepanjang jalan memenuhi jalan ketika itu. daun-daun telah bertukar warna yang menandakan musim luruh telah tiba. dia tak sedarpun...masa cepat betul berlalu berbagai-bagai perkara yang dia lalui sepanjang tahun ni.

harap-harap yang ibunya selamat..sampainya dia, diapun membayar tambang dan terus keluar dari perut kereta. dia membuka langkahnya menuju kerumah..

kelihatan anak jirannya tengah bermain bola dihalaman rumah. manakalah ibunya tengah sibuk membersihkan daun-daun yang gugur.. dia mempercepatkan langkahnya. langkahnya terhenti apabila melihat ibunya keluar dari rumah. 

dia bernafas lega apabila melihatnya nia tersenyum, "ma.." dia ingin memanggilnya tangannya kelihatan cuba untuk melambai-lambai ibunya tapi dia berhenti serta merta. senyumannya terus hilang apabila melihat..

orang yang paling dibencinya keluar dari rumah iaitu ayahnya. kemeja kerjanya yang berwarna putih dan bertaris-taris hitam lengan panjangnya disinsing hingga kesiku. hidungnya yang mancung wajahnya yang tenang, kelihatan ibu tengah menghantar ayahnya keluar.

air muka nia berubah dia menapak selangkah kebelakang jantungnya berdegup dengan laju.badannya mengeletar ketakutan, ibunya yang menyedari kelibatnya kelihatan cemas. "nia!"panggilnya nia kelihatan binggung dan takut. ibunya terus membuka langkah menuju kearahnya, nia memandang ayahnya mata mereka bertembung. rasa takut dan jijik mulai menyelubungi dirinya dia terus melarikan anak matanya"sanggup mak"katanya dengan bibir yang terketar-ketar.

"nia mak boleh jelaskan!!" ibunya sedaya upaya cuba untuk memujuk anaknya, "tak..aku tak nak" nia menapak selangkah kebelakang. "tolonglah nia.." kata ibunya sambil cuba untuk memegang lengannya tapi belum sempat dia memegangnya "jangan sentuh aku!!" ujarnya dia terus menepis tangannya.

ibunya terkejut pandangan nia penuh dengan kebencian dan rasa jijik. "a..aku benci mak"apabila kata-kata itu keluar dari mulut nia, ibunya tergamam. nia yang kelihatan tidak keruan terus membuka langkah meninggalkannya.

apabila dia sampai keperhentian bas nia terus menaiki bas yang berhenti. dia mengambil tempat duduk disebelah kiri berdekatan dengan tingkap. banyak orang yang menaiki bas awam ketika itu untuk pulang dari kerja. nia kelihatan tidak mempunyai hala tujuan dia hanya diam memikirkan masalah yang melandanya.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now